Friday, February 24, 2012

Tapak web-Bab Baitulmal ( Melayu)

بسم الله الرحن الرحيم الحكيم الودود

Ahlan, disini serba sedikit ilmu tentang -Perbankan Islam- Baitul Mal.

BAITULMAL


Definisi BAITULMAL:

Baitulmal merupakan satu istilah bahasa Arab yang bermaksud rumah harta. Dalam istilah moden, ia dikenali sebagai Perbendaharaan Negara. Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk menyelenggarakan segala harta umum atau tempat penyimpanan barang-barang berharga seperti wang emas atau perak. Ringkasnya, ia juga berperanan sebagai pusat pelaburan harta umat Islam. Sekaligus, ia juga berfungsi untuk menubuhkan Bank Islam yang aktif dan secara langsung memperniagakan harta umat islam secara terkumpul.


Sejarah Penubuhan Baitulmal



Institusi kewangan Islam dalam bentuk Baitulmal secara tidak rasminya telah wujud sejak dari zaman Rasulullah (s.a.w.) dan Saidina Abu Bakar As-Sidiq lagi. Tetapi Baitulmal dalam erti kata yang sebenar belum lagi wujud kerana pendapatan Negara yang masih belum berkembang dengan pesat pada ketika itu. Pendapatan negara pada masa itu diperolehi melalui dua sumber, iaitu zakat dan harta yang diperolehi daripada peperangan seperti ghanimah, jizyah dan fai. Pendapatan negara pada ketika ini tidak disimpan lama, ia akan terus diagih-agihakan kepada golongan yang memerlukan seperti golongan fakir, anak-anak yatim dan lain-lain golongan yang memerlukan.faktor inilah yang menyebabkan fungsi Biatulmal mudah dan tidak begitu ketara penggunaannya pada ketika itu.

Institusi Baitulmal ini secara rasminya telah wujud pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al-Khattab. Pada zaman ini, kerajaan Islam banyak melakukan penaklukan dan menyebabkan wilayah islam berkembang dengan pesat. Hasil daripada peluasan ini, harta benda yang terkumpul manjadi amat banyak dan tidak dapat diagihkan secara serta-merta. Khalifah Umar menerima cadangan yang dikemukakan oleh Khalid bin Al-Walid untuk menubuhkan satu Perbendaharaan Negara yang berasaskan kepada Al-Quran dan Al-Hadis serta ijtihad para Sahabat. Pada peringkat awalnya, perbendaharaan tersebut dikenali sebagai Diwan.

Pada zaman Bani Umayyah (41-132H), Institusi Baitulmal telah berkembang dengan begitu pesat. Islam telah berjaya meluaskan jajahan takluknya sehingga ke Afrika, Rom dan Constantinople. Sumber pendapatan Negara yang paling penting pada ketika itu ialah Kharaj, di samping Zakat, Ghanimah, Fai dan Jizyah.



Pada zaman Bani Abbasiyyah (132-655H), pusat pemerintahan Islam telah berpindah ke Baghdad iaitu sebuah kawasan yang paling strategik dan juga merupakan yang terpenting bagi urusan perdagangan antara Timur dan Barat. Kesan daripada perpindahan ini, pendapatan institusi Baitulmal telah berkembang berlipat kali ganda. Perebutan kuasa politik antara Al-Ma’mun dengan Al-Amin adalah titik permulaan kepada kemerosotan institusi Baitulmal. Institusi Baitulmal di bawah pemerintahan Al-Ma’mun tidak dapat berfungsi dengan baik dan teratur. Apabila berlaku penaklukan kuasa Barat ke atas Negara Islam selepas era Perang Salib (1096-1250M), Institusi Baitulmal tidak lagi berfungsi dalam erti kata yang sebenarnya dalam menjana ekonomi dan membangunkan prasarana umat islam. Peranannya semakin sempit dan terhad kepada pengumpulan dan pengagihan wang zakat, fitrah, zakat harta dan wakaf.

_______________________________
sumber : http://ekonomidalamislam.blogspot.com/2007/12/baitulmal.html

********************

INSTITUSI BAITULMAL : KONSEP LAMPAU DAN MASA KINI

Posted by syafiqe on August 12, 2008
Oleh: Mohamad Syafiqe bin Abdul Rahim
Pada umumnya hanya terdapat satu sahaja institusi kewangan dan pemegang amanah harta dalam Islam iaitu Baitulmal. Harta-harta yang terkumpul dalam khazanah Baitulmal merupakan harta negara dan dimiliki oleh semua rakyat yang tinggal di negara tersebut. Baitulmal mengikut pandangan al-Mawardi menggambarkan ia seperti tempat merekodkan pembahagian dan pengumpulan harta.[ Al-Mawardi, 1983, al-Ahkam al-Sultaniyyah, Dar al-Shahab li al-Tiba'ah, Kaherah, hal. 124]
Jika dilihat tafsiran mengikut Dictionary of Islam, ia boleh ditakrifkan sebagai perbendaharaan negara yang menerima wang yang dipungut oleh negara Islam dari pelbagai sumber seperti zakat, ghanimah, jizyah dan lain-lain.[Patrick Thomas Huges, 1964, Dictionary of Islam, Lahore Premier Book House, Lahore, hal. 35]
Pada zaman awal Islam, Baitulmal tidak begitu menonjol kepentingannya. Ini disebabkan perkembangannya pada waktu itu agak terbatas dan sumber pendapatan negara tidak banyak dan sukar untuk mengurusnya. Masalah lebihan harta juga tidak timbul kerana sebanyak mana pendapatan diperoleh, maka sebanyak itulah juga ia dibelanjakan. Secara ringkas, Baitulmal ketika zaman awal Islam khususnya ketika zaman Rasullulah boleh diringkaskan seperti berikut:
  1. Tidak ada tempat tertentu untuk menyimpan harta
  2. Sumber terhad
  3. Wujud dana adhoc
  4. Prosedur agihan mudah dan ringkas di mana sesuatu harta itu akan terus dibahagi tanpa disimpan.
Walaubagaimanapun, keadaan ini berubah pada zaman Umar al-Khatab apabila semakin banyak wilayah dikuasai. Harta rampasan perang yang banyak serta tanah baru yang dikuasai telah mendatangkan masalah baru dalam pentadbiran zaman Umar al-Khatab. Oleh itu telah dicadangkan untuk ditubuhkan Diwan bagi menjaga kepentingan harta tersebut dan kegunaannya. Dengan itu juga, Saidina Umar al-Khatab telah meletakkan asas dalam pentadbiran dan penyelarasan Baitulmal sesuai dengan perkembangan sosial dan ekonomi ketika itu. Maka bertitik tolak dari situlah, Baitulmal terbentuk secara rasmi dalam negara Islam. [Hailani Muji Tahir, 1982, Baitulmal:Institusi Kewangan Negara Islam, al-Rahmaniyyah, Kuala Lumpur, hal.60]
Jika dilihat dari konteks Baitulmal di awal Islam, ternyata ia merupakan satu perbendaharaan bagi sebuah negara. Namun bagi Malaysia kini, ianya telah disempitkan skop dan fungsinya. Kini telah telah wujud dua pecahan dalam pentadbiran perbendaharaan negara iaitu melalui Kementerian Kewangan dan juga Baitulmal. Baitulmal kini telah dibentuk sebagai Kumpulan Amanah Majlis dan hanya diletakkan di bawah perbendaharaan negeri sahaja.
Ini dapat dilihat berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan berdasarkan Jadual 9 Senarai 2 Senarai Negeri yang memberi kuasa kepada negeri dalam bidang kuasa Zakat Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya.
Struktur pentadbiran Kumpulan Wang dan Baitulmal terletak di bawah satu badan yang dikenali sebagai Majlis Agama Islam. Majlis bertindak sebagai pengurus dalam menguruskan pentadbiran Baitulmal di sesebuah negeri. Seksyen 81(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003(selepas ini disebut EPAIS) menjelaskan tentang penubuhan sebuah kumpulan wang yang dinamakan sebagai Baitulmal di Selangor. Seksyen 81(3) pula seterusnya menyebut dan menjelaskan bahawa semua wang dan harta dalam Baitulmal adalah menjadi hak Majlis untuk mentadbir dan terletak hak pada Majlis.
Walaubagaimanapun, terdapat juga negeri yang mengasingkan tugas Baitulmal kepada satu perbadanan khusus. Sebagai contoh ialah Perbadanan Baitulmal Sabah yang ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Baitulmal 1998. Seksyen 3 Enakmen tersebut telah menyebut tentang penubuhan Perbadanan Baitulmal di negeri Sabah. Pada pandangan penulis, usaha Sabah untuk “mengkorporatkan” institusi Baitulmal adalah harus dipuji. Ini kerana hampir semua Enakmen Pentadbiran Negeri telah diperuntukan tentang kuasa Majlis untuk menubuhkan perbadanan. Contohnya ialah dalam Seksyen 8(1) EPAIS yang memberi kuasa kepada Majlis untuk menubuhkan perbadanan dan Majlis juga berkuasa untuk mentadbir perbadanan tersebut.
Menyentuh tentang sumber, Perkara 97(3) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa apa-apa zakat, fitrah, Baitulmal dan hasil-hasil agama Islam yang seumpamanya hendaklah dimasukkan ke dalam suatu Kumpulan Wang Berasingan. Berdasarkan peruntukan tersebut, ini menunjukkan bahawa Baitulmal merupakan salah satu daripada Kumpulan Wang Majlis yang menjadi bidang kuasa Majlis untuk mentadbirnya.
Sepertimana ynag telah dijelaskan sebelum ini, negeri berkuasa untuk menubuhkan satu Kumpulan Wang di setiap negeri masing-masing. Sebagai contoh, dalam Seksyen 81(1) EPAIS manakala bagi Wilayah Persekutuan bidangkuasa Baitulmal ditentukan berdasarkan Kaedah-kaedah Baitulmal (Wilayah Persekutuan) (Perbelanjaan dan Penggunaan) 1980 (Pindaan) 1996. Kebanyakan negeri menyebut Baitulmal sebagai satu Kumpulan Wang atau Kumpulan Wang Baitulmal dan ada juga yang menyebut Kumpulan wang Khairat Am. Meskipun namanya berbeza-beza mengikut negeri, namun fungsinya adalah sama.
Namun apa yang lebih menarik di sini ialah Baitulmal juga boleh meliputi orang bukan Islam (non-muslim). Sebagai contoh dalam Seksyen 100 Ordinan Sarawak (Perbadanan) 1984 membolehkan orang bukan Islam untuk mencarum dalam Baitulmal. Begitu juga dalam Kaedah Wakaf Johor 1983 yang membolehkan wakaf dibuat oleh orang bukan Islam.
Selain itu, segala aset dalam Baitulmal juga boleh dilaburkan dari semasa ke semasa. Berdasarkan Seksyen 81(4) EPAIS menjelaskan bahawa segala aset atau Kumpulan Wang yang terletak hak pada Majlis boleh dijual atau dilaburkan. Malah Seksyen 81(5) juga menyebut bahawa Majlis dengan kelulusan Sultan boleh membuat peraturan tentang pemungutan, pentadbiran dan pembahagian semua harta Baitulmal.
Jelas disini bahawa terdapat satu perbandingan yang amat ketara institusi Baitulmal pada masa lampau dan masa kini. Perbezaan yang paling ketara adalah dari segi pentadbiran Baitulmal kini yang lebih tersusun dan sistematik. Malah telah wujud pelbagai peruntukan yang memberi bidangkuasa kepada Majlis dalam mentadbir Baitulmal supaya menjadi sebuah institusi yang dapat menjamin kebajikan masyarakat Islam di Malaysia. Setiap peruntukan yang dibuat adalah berdasarkan kepada prinsip keperluan masa kini yang memerlukan reformasi dan perubahan yang dapat membawa dan memastikan institusi Baitulmal sentiasa releven pada setiap zaman.
________________________________
******************


AKTA 505

AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993



BAHAGIAN VI - KEWANGAN

Amanah Khairat





Seksyen 60. Penubuhan Baitulmal.



(1) Suatu Kumpulan Wang yang dikenali sebagai Baitulmal adalah dengan ini ditubuhkan. Kumpulan Wang itu hendaklah terdiri daripada semua wang dan harta, alih atau tak alih, yang menurut Hukum Syarak atau di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya terakru, atau disumbangkan oleh mana-mana orang, kepada Kumpulan Wang.



(2) Semua wang dan harta dalam Kumpulan Wang hendaklah terletakhak pada Majlis yang hendaklah mentadbirkan semua wang dan harta itu mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini:



Dengan syarat bahawa mana-mana pelaburan aset dan kumpulan-kumpulan wang yang terletakhak pada Majlis boleh dijual, dihasilkan atau dilupuskan, dan hasil-hasil daripadanya boleh dilaburkan dari semasa ke semasa dalam mana-mana pelaburan yang dibenarkan oleh mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa bagi pelaburan wang amanah.



(3) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, Majlis, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, boleh membuat kaedah-kaedah bagi pemungutan, pentadbiran dan pembahagian semua harta Kumpulan Wang.

________________________________
********************
CARTA ORGANISASI




Selaras dengan kedudukan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sebagai sebuah badan korporat yang bertanggungjawab penuh dalam bidang baitulmal rohaniah dan jasmaniah umat Islam di negeri ini, Bahagian Baitulmal yang diketuai oleh Ketua Pegawai Pembangunan berperanan untuk membangun harta-harta Majlis dan harta wakaf yang diamanahkan kepada Majlis bagi faedah umat Islam.
Harta-harta yang dimiliki dan diamanah kepada Majlis yang berpotensi akan digunakan sepenuhnya dengan cara dibangunkan atau dilaburkan dalam bidang-bidang pelaburan yang boleh mendatangkan pulangan yang terbaik.

OBJEKTIF BAHAGIAN
Objektif utama Bahagian Baitulmal adalah sebagaimana berikut :
  • Menghasilkan organisasi yang cekap dan berkesan
  • Melaksanakan tugas Majlis ke arah sebuah badan korporat
  • Menambahkan pendapatan MAIK
  • Meningkatkan kebajikan untuk mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang membangun dan maju
Bahagian ini dipecahkan kepada beberapa unit iaitu :

_____________________________________


********************
BAHAGIAN BAITULMAL.

Baitulmal merupakan salah satu bahagian utama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan mengikut Seksyen 60(1), Akta 505 yang telah memperuntukkan :

“Suatu Kumpulan Wang yang dikenali sebagai Baitulmal
adalah dengan ini ditubuhkan. Kumpulan Wang itu hendaklah
terdiri daripada semua wang dan harta, alih atau tak alih, yang
menurut Hukum Syarak atau di bawah peruntukan-peruntukan.
Akta ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya terakru,
atau disumbangkan oleh mana-mana orang, kepada Kumpulan
Wang.”

  1. Menyediakan kaunter agihan zakat yang kondusif serta mesra pelanggan
  2. Menyediakan kemudahan skim bantuan yang sempurna merangkumi pelbagai aspek
  3. Menyediakan aliran kerja yang seimbang bagi mempermudahkan sistem agihan zakat.

  1. Menguruskan & mengendalikan agihan zakat kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan.
  2. Menguruskan penerimaan hartanah wakaf dan pusaka di Wilayah Persekutuan
  3. Menguruskan penerimaan harta luqatah, sedekah, faraid, fidyah, kaffarah, wasiat dan wang faedah di Wilayah Persekutuan.
  4. Menguruskan kutipan zakat fitrah bagi seluruh masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan.



Fungsi Unit-Unit Bahagian Baitulmal
  • Unit Pentadbiran
    Menguruskan hal ehwal pengurusan pejabat dan kakitangan bahagian Baitulmal.
  • Unit Keurusetiaan
    Menguruskan perjalanan Mesyuarat Jawatankuasa Agihan Baitulmal & Mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal.

  • Unit Khidmat Kaunter
    Menguruskan hal ehwal borang permohonan bantuan yang melibatkan kesemua Skim Bantuan Zakat Baitulmal.
  • Unit Siasatan
    Membuat siasatan & temuduga serta bagi setiap permohonan Skim Bantuan Zakat Baitulmal.
  • Unit Pembangunan Asnaf
    Menguruskan program pembangunan asnaf berbentuk saraan diri dan berdikari kepada individu seperti Bantuan Kewangan Bulanan, Bantuan Perniagaan, Pertanian, al-Gharimin dan sebagainya.

  • Unit Pembangunan Ummah
    Menguruskan permohonan bantuan zakat kepada pelbagai agensi , surau dan institusi pendidikan.

  • Unit Pembangunan Akademik
    Menguruskan permohonan bantuan yang melibatkan Skim Dermasiswa sekolah, skim bantuan Am Pelajaran IPT, Biasiswa Pelajar Cemerlang dan Skim Galakan Hafaz al-Quran.

  • Unit Pengurusan Zakat Fitrah, Wakaf dan Sumber Am
    i. Menguruskan kutipan wang zakat fitrah bagi seluruh masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan
    ii. Menguruskan penerimaan hartanah wakaf dan pusaka di Wilayah Persekutuan
    iii. Menguruskan penerimaan harta luqatah, sedekah, faraid, fidyah, kaffarah, wasiat dan wang faedah di Wilayah Persekutuan.


.

.
.
.
Statistik agihan zakat oleh Baitulmal MAIWP berdasarkan skim-skim bantuan:
BIL.ASNAFBILANGAN PENERIMA
JUMLAH
(RM)
1.Fakir           10,442
25,129,502.54

2.Miskin15,336
22,347,741.11

3.Muallaf690
3,939,866.30

4.Fisabilillah7,59030,804,650.24
5.Al-Gharimin
1,247
2,522,638.67
6.Ibnu Sabil
3,480
1,708,070.90
7.Amil
63
18,776.00
JUMLAH
38,848
86,471,245.76

.
* Nota : Statistik penerima skim bantuan zakat Bahagian Baitulmal sehingga Jun 2011.
.
.


Direktori Staf Bahagian Baitulmal MAIWP





_____________________________
***********************
Unit Pembangunan Baitulmal (Malaysia)
CARTA ORGANISASI

PENGENALAN
Unit Baitulmal Dan Wakaf bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal mengenai pewakafan dan mengawal selia harta-harta wakaf disamping mengendalikan urusan baitulmal seperti berikut:
  1. Menyelenggara dan mentadbir hartanah wakaf/baitulmal dengan baik selaras dengan fungsi Majlis Agama Islam sebagai pemegang amanah (pengawal tunggal) ke atas semua jenis wakaf.
  2. Mengutip sewaan premis/tanah miliknya dari kategori wakaf, baitulmal (harta pusaka yang tiada pewaris)dan hartanah yang terletakhak kepada MAIK.
  3. Menerima dan menyelesaikan masalah perwakafan tanah samada wakaf am (kegunaan umum) atau Wakaf Khas (kegunaan khusus).
  4. Menerima dan menguruskan kutipan harta-harta wakaf dan harta Umat Islam dari pelbagai sumber (luqathah, hibah (hadiah) dan lain-lain harta syubhat - faedah bank).
  5. Berusaha mendapatkan sumber harta pusaka Umat Islam yang ketiadaan waris.


SUMBER-SUMBER PENDAPATAN


Sumber-sumber Baitulmal sebagaimana yang termaktub dalam Enakmen MAIK bil 4/1994 khususnya seksyen 43 (1) yang menyebut sumber Baitulmal ialah :
  • Harta-harta pusaka orang islam yang mati yang bermastautin dalam negeri ini sebelum atau selepas tarikh Enakmen ini mula berkuatkuasa.
  • Sebarang harta takalih dalam Negeri ini yang menjadi pusaka seseorang Islam yang mati sebelum atau selepas Enakmen ini dikuatkuasa sama ada di dalam atau di luar negeri ini atau sama ada dia bermastautin di dalam Negeri ini atau tidak: dan
  • Sebarang harta yang diserahkan kepada Majlis atau harta yang tidak ditentukan pemiliknya.
2.2   Demikian juga seksyen 61 dalam Enakmen yang sama telah termaktub :-
" Walau apapun peruntukan yang berlawanan dengan mana-mana suratcara atau pengistiharan, Majlis hendaklah menjadi pengawal tunggal kepada semua Wakaf, sama ada Wakaf am atau khas, semua nazar am dan semua amanah khairat untuk kepentingan Agama Islam dan orang-orang Islam, setakat mana harta itu terletak hak kepadanya atau yang terletak di dalam Negeri Kelantan".
Perinciannya adalah seperti berikut :
  1. Pungutan Sewa Premis
  2. Pungutan Sewa/Pajakan tanah Baitulmal dan Wakaf
  3. Sumbangan Kerajaan
  4. Pelbagai Hasil Baitulmal/Jual Barang
  5. Perolehan Pelaburan Baitulmal
  6. Lain-lain/Cucuran Pusaka/Pampasan

Premis-premis Majlis Agama Islam Kelantan sehingga tahun 2008 berjumlah sebanyak 53 buah. Premis-premis tersebut merangkumi jajahan Kota Bharu, Pasir Puteh, Pasir Mas, Machang dan Kuala Krai. Dari jumlah tersebut terdapat 3 unit daripadanya merupakan premis wakaf am utnuk tujuan kebajikan Islam.

Antara premis-premis MAIK :

TANAH WAKAF MAIK
Tanah-tanah wakaf MAIK adalah tanah-tanah di mana Majlis Agama Islam Kelantan di amanahkan sebagai nazir. Tanah-tanah tersebut secara kasarnya berkeluasan lebih kurang 10,800 ekar yang mana merangkumi tanah wakaf Tengku Kaya Pahlawan, Wakaf Sultan Mansor, Wakaf Am dan juga Wakaf Khas yang digunakan sebagai tapak masjid, surau, kubur dan seumpamanya.
________________________________

*************************
Kumpulan Wang Baitulmal.

NAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998
BAHAGIAN IV - KEWANGAN



Seksyen 20. Kumpulan Wang Baitulmal.

(1) Bagi maksud Enakmen ini, maka adalah ditubuhkan sesuatu kumpulan wang yang dinamakan "Kumpulan Wang Baitulmal" (kemudian daripada ini disebut "Baitulmal") yang akan ditadbir dan dikawal oleh Perbadanan.

(2) Baltulmal hendaklah terdlri daripada wang tunal dan harta sama ada yang boleh dipindah milik atau tidak mengikut Hukum Syarak seperti berikut: 

    (a) mana-mana wang milik Majlis sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan yang diperuntukkan kepada Baltulmal;

    (b) mana-mana wang atau harta yang diserahhakkan oleh Majlis kepada Baitulmal;

    (c) baki semua wang kuupan Zakat dan fitrah yang dibayar oleh orang-orang Islam yang dikumpulkan dl Negeri ini, selepas dibahagikan kepada asnaf-asnaf yang ada di Negeri ini dan yang berhak menerimanya, hendaklah dimasukkan ke dalam Baitulmal;

    (d) semua denda yang dikenakan oleh Mahkamah Syariah kepada orang-orang yang didapati bersalah atas kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 atau
    undang-undang lain yang berkuatkuasa hendaklah dimasukkan ke dalam Baitulmal;

    (e) apa-apa faedah yang diterima oleh orang Islam di Negeri ini yang menyimpan wang di bank dan tidak mahu melibatkan diri dengan riba dan apa-apa bentuk riba yang lain bolehlah diserahkan kepadaBaitulmal;

    (f) semua wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Baitulmal oleh Majlis;

    (g) semua wang yang diperolehi atau timbul dari apa-apa harta dan pelaburan yang diperolehi oleh atau dilerakkan pada Baitulmal;

    (h) semua wang atau harta pemberian atau sedekah orang-orang Islam bagi menanggung pengajian Agama Islam atau bagi manfaat orang-orang Islam amnya atau sebahagian daripadanya;

    (i) semua harta atau wang daripada orang-orang Islam yang murtad dan yang telah dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Syariah hendaklah dimasukkan ke dalam Baitulmal;

    (j) semua harta atau wang yang didevis dan dibekues oleh orang-orang Islam kepada Baitulmal;

    (k) semua harta atau wang yang tercicir atau hilang yang tidak dituntut oleh tuannya selama setahun selepas notisnya diterbitkan diserahkan kepada dan boleh diterima oleh Baitulmal;

    (l) semua harta atau wang warisan orang-orang Islam, sama ada simati tidak berwaris atau harta atau wang itu tidak dihabiskan oleh waris yang boleh menerimanya, hendaklah diserahkan kepada
    Baitulmal;

    (m) setiap hutang atau derida tebus diri yang wajib dibayar mengikut Hukum Syarak seperti fidyah-fidyah, langgar sumpah. diat dan sebagainya bolehlah dibayar dan diserahkan kepada Baitulmal;

    (n) semua wang dan harta lain yang dengan apa cara jua pun yang kena dibayar kepada atau diletakhak pada Baitulmal berhubung dengan apa-apa perkara bersampingan dengan tug as dan kuasanya:

    (o) harta atau wang yang diperolehi oleh orang Islam dengan cara haram, sarna ada melalui judi atau sebagainya yang mana selepas ia bertaubat, tidak dapat dikembalikan kepada empunya wang atau harta itu, bolehlah diserahkan kepada Baitulmal;

    (p) setiap hutang yang berupaharta at au wang kepada orang-orang Islam yang tidak diketahui sarna ada orang yang empunya harta atau wang itu hidup atau mati, atau sarna ada dia mempunyai ahli waris yang boleh menerima harta itu, boleh diserahkan kepada Baitulmal;

    (q) setiap hutang yang wajib dibayar mengikut Hukum Syarak tanpa melemahkan Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1992 seperti fidyah-fidyah bolehlah dibayar dan diserahkan kepada Baitulrnal; dan

    (r) sumber-sumber lain yang dipersetujui dan diluluskan oleh Majlis Fatwa Negeri.

______________________________


NOTE:

INi sebahagian yang sumber yang ana bolej kongsikan, (dalam bahasa Melayu),ada masa lagi, ija cari sumber lain BAITULMAL dalam bahasa english n bahasa arab pulak ok, harap dapat membantu walaupun x banyak;).

pencarian by :
 MH91-Jumaat- 24.2.2012
2.46 ptg .Irbid, Jordan.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang