Tuesday, May 15, 2012

isu : PERSOALAN2 BERKAITAN ISU PALESTIN 2012

Jawapan berkenaan isu yang ditimbulkan disini berkaitan Palestin, hanya pandangan peribadi- dibenarkan utk tidak bersetuju. ^_~

persoalan yg bagus kerana pastikan kita buat ssuatu yg kita tahu dan faham akan tindakan itu!

ya,dalam isu mogok saya sgt tak bersetuju dgn cara ini.Jika sanggup mogok lapar utk membinasakan diri demi menentang kezaliman , kenapa tidak gempur sahaja musuh diatas nama jihad sehingga memungkinkan kita syahid atau paling tidak ditangkap dan binasa kerana seksaan musuh bukan dgn sbb menyeksa diri ?
bukankah masih banyak cara lain selain mogok yg myeksa diri sedangkan nabi pun apabila berpuasa, baginda berbuka. bahkan ada yg bpendapat mogok adlh tindakan membunuh diri dan merupakan perbuatan jahiliah yg tiada asal dalam islam.

namun dalam isu palestin,sy bsetuju dgn Fatwa al Qaradhawi (ketika mengulas situasi tahanan ummat Islam Palestin di penjara Israel ) yg membenarkan mogok lapar kerana cara ini dapat membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka. Justeru ia perlu dilihat bagaimana keterbatasan ruang dan keupayaan yang dimiliki oleh seorang tahanan untuk membebaskan dirinya . Mogok lapar mungkin satu - satunya pilihan yang ada padanya dan fatwa al Qaradhawi membenarkan mogok lapar dalam situasi seperti itu . Tahanan itu berada di dalam penjara , maka apa lagi pilihan yang ada pada mereka bagi mendesak Israel agar membebaskan mereka sekaligus memberitahu dunia akan kekejaman Israel alihi laknatullah ???

dan alhamdulillah akhirnya tindakan mogok lapar terbesar ini BERJAYA memberi masalah besar kepada Israel dan ia adalah cara berkesan untuk tahanan Palestin mendesak rejim Zionis mengkaji semula amalan kejam mereka malah berjaya menyemarakkan bantahan di seluruh Tebing Barat dan Gaza, dan menarik simpati tahanan Palestin lain. Akhirnya situasi ini mendesak Israel utk membebaskan mereka!!!

dalam pada masa yg sama, ada yg menimbulkan persoalan, adakah dengan MENUKAR gambar sahaja ia memberi apa-apa kesan ?

saya tak tahu samaada Israel mengira bilangan mereka yg menukar gambar profil mereka (dilaporkan beribu-ribu pengguna facebook menukar profile picture mereka) namun saya melihat kepada kenyataan prof dr Yusuf al-Qardhawi yang mana menyatakan : 

"Mereka (pemogok) adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka !"

Sebab itu saya nyatakan, sekurang-kurangnya usaha kecil ini dapat menyebarkan berita mengenai apa yg berlaku kepada saudara kita di Palestin sekarang.Pastinya dengan kartun yg dilukis, dengan gambar profil yg ditukar menimbulkan persoalan mengenai simbolik kartun tersebut? ianya utk apa? kenapa coklat?

Nah, ini meningkatkan sensitiviti keprihatinan masyarakat (sekeliling kita terutamanya ) untuk sama-sama sedar akan kezaliman Israel. Tidakkah hal ini bermanfaat ?

Persoalan mengapa seluruh umat islam tidak menyertai mogok lapar

menjawab pelbagai persoalan lain mengenai isul ini, cuba kita lihat dari sudut RELAVEN dan LOGISTIK setiap tindakan yang diambil. Adakah ianya jalan yang terbaik untuk seluruh umat Islam melancarkan mogok gara2 kekejaman Israel? Jika ya, adakah semua umat Islam mahu melakukannya (nak bersatu pun susah inikan pula melakukan sesuatu yg mebinasakan diri)

Oleh itu, pada pandangan saya, setiap tindakan yang diambil mestilah difikirkan kewajarannya berdasarkan pada konteks dan situasi tertentu.

begitu juga dgn gambar ini, adakah masih relaven setelah isu ini berakhir? terserah kpd pendapat masing2

berkenaan kaedah fiqh matlamat tak menghalalkan cara, saya tertarik dengan tulisan Ust zaharuddin. boleh rujuk http://zaharuddin.net/politik-&-dakwah/55/835-mogok-lapar-a-benarkah-matlamat-tidak-halalkan-cara-.html

" Semoga usaha yang dilihat kecil ini sedikit sebanyak menyumbang ke arah pembentukan fikrah masyarakat ke arah kesedaran sejagat"
Wallahu'alam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang