Friday, June 21, 2013

#SPM is not everything. But everything is start from SPM#.

Selamat Bertandang Rumah Online KNMH

Ini fenomena :Salah tafsir Kejayaan

#SPM is not everything. But everything is start from SPM#.

SPM hanya garis mula. Bermula awal dan laju tak bermakna anda akan berakhir dengan cemerlang juga. Macam-macam boleh jadi. Bermula perlahan atau lambat juga tidak bermakna anda akan berakhir tercorot atau teruk. 
Macam saya, spm alhamdulillah okay tapi degree tahun pertama teruk.Muaddal semester pertama teruk. Alhamdulillah masih dikurnia peluang kedua di sini.

Perjuangan masih jauh. Ilmu Allah luas. Bukan hanya ilmu keduniaan yang kita cari, tapi lebih dari itu. Seimbangkan dunia dan akhirat, sebab kita nak duduk lama kat akhirat. Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk. Jangan makin banyak kita tahu di dunia, makin banyak penyesalan di akhirat kelak; kerana tak beramal dengan apa yang kita tahu dan tidak ambil tahu apa yang patut kita tahu.

Hidup di dunia seperti pengembara. Cari bekal secukupnya. Jangan terlalai dengan dunia yang hanya senda gurau dan tipu daya. Ingat fokus utama; tujuan penciptaan kita manusia (2:30 & 51:56).

Kesilapan sebelum ini, ambil iktibar jangan ulangi. Ilmu bukan dituntut hanya untuk dimuntahkan di hari peperiksaan. Ianya lebih dari itu.

Make sure that our lowest point and highest point make us closer to Him. Cemerlang atau kurang cemerlang, ada rahsiaNya. Ada hikmahnya. Satu hari, kita akan renungkan jalan yang kita telah lalui, sedang dan akan lalui dan kita akan tahu. Andai kita faham. Kita akan bersyukur. Jadilah hamba yang bersyukur, moga nikmat dan rezeki terus bertambah.

Syurga destinasi kita. SPM tiada apa2 dibandingkan dengan hisab di padang mahsyar. Jangan pula SPM menjadi titik tolak makin jauh kita dari agama. Lantas, jangan terlalu kecewa, jangan terlalu takbur juga.

Jadilah hamba Allah, bukan hamba dunia, hamba sistem pendidikan, hamba pandangan masyarakat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang