Sunday, December 8, 2013

Misi Bantuan Mangsa Banjir, Ke Pahang

Selamat Bertandang Rumah Online KNMH

Petang tadi, semasa saya turun padang membantu En.Ubi di Pusat khidmat, Saya tak tolong apa pun sebenarnya, tolong tengok je sambil snap-snap foto. Setelah itu, saya 'lepak' di kawasan rumah jiran sebelah. Jiran sebelah tersebut china.

Sejak dua tiga hari lepas, setiap kali saya diajak En.Ubi ke sana, bagi mengumpul barang-barang sumbangan untuk mangsa banjir, saya sering melihat pakcik cina tersebut memantau pergerakkan kami. [Memantau? Haha , apa-apa pun boleh lah :P]
Dia melihat pergerakan kami dari mula sehingga selesai. Hari pertama dan kedua, saya hanya melemparkan senyuman tanda sapaan. Alhamdulillah dibalas. Dalam hati saya, 'Pakcik cina ni tak sombonglah.'Tergerak hati untuk menegurnya, melihatkan susana yang agak tidak mengizinkan saya berkelakuan demikian, saya membantutkan niat.

Namun, Alhamdulillah. Hari ini Allah dengar 'demand' saya dua hari yang lepas. Disebabkan suasana ketika itu ramai 'ihkwah' mengerumun untuk membantu, maka saya membawa diri jauh sedikit ke rumah jiran sebelah, berdiri di perkarangan rumah cina tempoh hari. Melihat ada wanita yang berada di pusat khidmat terbabit, isteri pakcik cina itu keluar. Suasana agak terik, pakcik cina yang melihat saya berdiri, masuk ke dalam rumah dan mengambi kerusi kayu untuk saya. Dipersilakan saya duduk di serambinya. Alhamdulillah. Walaupun segan, tetapi saya menyambut usaha ikhlas beliau membuat kebaikan terhadap manusia lain. Saya puji sikap ini. Baik!

Sambil-sambil kami melihat para pemuda sedang sibuk mengangkat dan menyusun barangan sumbangan ke gerabak kenderaan, saya mencuri peluang untuk menyapa makcik cina disebelah saya.

SH : Aunty, dah lama tinggal sini?
MCC : lama, sudah lebih 20 tahun. Saya punya anak smua sudah besar, paling besar 21 tahun.
SH :Owh. [dalam hati saya, mesranya makcik ni. Aku tanya sikit je, jawabnya panjang lak tu. Soalan aku tak tanya pun dia kasi jawapan, apa pun boleh lah ;p]
MCC : Kamu wartawan yea?
SH : [Soalan biasa ditanya orang, mungkin sebab selalu bawa kamera DSLR ke mana sahaja saya berpergian] *hehe* Tak adalah uanty, saya saje je ambil gambar kenangan. [Erk,kenangan? Motif? Apa-apa jelah:P] Saya, ikut suami saya saje. Boring duduk rumah cuti-cuti ni.
MCC : Mana suami you?
SH : erm..[sambil saya mencari-cari] owh mungkin dia ada kat dalam, nanti dia keluar saya tunjukkan. [ Bila dah keluar, ...] Tu dia aunty.
MCC: owh. banyak muda aa.. Kamu aa, orang melayu memang banyak selalu bahwin muda-muda loo. Kami aa, orang cina jarang-jarang mau kahwin muda-muda. Umur kamu berapa?
SH : umur saya? Saya 22 tahun.
MCC : Oo, sudah kerja aa? Aiyoo. Muda-muda suda kahwin. ish !
SH : saya belum kerja lagi, lagi tengah belajar.
MCC : O.. belum punya anak aa ?
SH : Ini, sudah 5 bulan [ sambil tunjukkan perut dan angkat jari 5 padanya].
MCC : Aiyoo, manyak cepat loo. Anak you nanti mest besar jadi bagus maa. macam you. [agak semangat ucapannya]
SH : [senyum] *hehe* mudah-mudahan.

Diam seketika, sibuk memerhati pemuda-pemuda memunggah barang ke keatas lori.

SH : unty, nama apa?
MCC : Saya chuu, ini aa (tunjuk suaminya) khoo.
SH :Owh. [Walaupun saya tak dapat bezakannya, bunyinya hampir sama, tapi seboleh mungkin saya meraikannya]. Maaf, nama bunyi agak sama...[belum habis saya menerus kata, makcik cina mencelah] Saya Hafizah.
MCC : alaa, biasalah. itu nama cina selalu ada panjang-panjang. 3 kdang-kadang 4.
SH : erk? Samalah, melayu juga ada yang nama panjang-panjang. Nama Islam saja pendek-pendek. Ect : Ahmad, Muhammad.
MCC : [dia angguk, kemudian dia bagaikan teringat sesuatu...] Eh, Melayu aa, kalau itu apa [ cuba lukis-lukis pada tangan ]...
SH : tatto ke?
MCC : aa! Itu aa, tak boleh ya? Sebab apa you tahu aa.. kita punya anak buah aa ada bercinta dnegan anak dato' melayu. Manyak kaya itu orang. Laki itu pun sangat baik loo. Tapi aa... ish ! [ geleng kepala, saya masih diam dan menanti kata-kata seterusnya] anak sudara saya aa, suka itu lukis-lukis tangan kaki, itu emak laki tarak suka. Katanya dalam islam tidak boleh, halam. Betui aa?
SH : [ saya senyum] Aah. Dalam Islam tatto haram. Aunty tahu kenapa Islam haram kan?
MCC : tak tahu maa... [ sungguh-sungguh nak tahu, sebab pandang tepat pada wajah saya]
SH : sebab islam tidak mahu penganutnya sakit dan disakiti. Islam menjaga suaya tidak kemudharatan berlaku. [Erk? agak-agak dia paham ke aa?]
MCC ; Aiyoo. Macam mana boleh jadi macam itu?
SH : Iya lah, buat tatto kan sakit. Dia kan ada cucuk-cucuk, bakar kulit kan. Itu semua sakit tau. Tambah lagi, dosa.
MCC : owh, itu macam ka? Tapi betul aa. Itutato buat banyak bahaya. [sambil angguk-angguk tanpa diminta]

* * *
Banyak juga soalan yang diajukan kepada saya, tetapi disebabkan tangan saya dah letih nak taip. Maka saya nak sambung akan datang. [ Boleh dop, itu pun kalau ada orang baca, erm :(] Tapi, Makcik tu memang sporting. Dalam pada itu, saya cuba ambil kesempatan cuba 'jana letrik' dakwah secara hikmah dan berakhlak. Semoga saya tidak menjadi fitnah buat agama, maka saya cuba sumbang apa yg saya terdaya dan tahu.

Oklah, tett! nanti sambung lagi untuk sesi akan datang. Bobye  

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang