Bismillahirrahmanirrahim.Lillahi taala.
Terima kasih daun keladi Hafizah hulurkan buat sahabat-sahabat yang sudi bertandang ke blog [ Kanvas Nota Mujahidah Hafizah ] ini,dan untuk pengetahuan sahabat-sahabat pengunjung, blog MH ini bukanlah medan untuk menunjukkan diri yang MH berkebolehan menulis ilmu Allah, tetapi MH menggunakan kebolehan ini, ditambah pula dengan keperluan semasa,bahawa Ilmu dan dahwah itu perlu disampaikan..maka MH dengan optimisnya memilih medan ini untuk berdakwah.
Sahabatku pengunjung Kanvas Nota Mujahidah Hafizah,
Hafizah minta maaf, jika jujurnya...MH ini manusia yg pada pandangan manusia keliling biasa-biasa sahaja.Tetapi dengan sedikit ilmu yang MH perolehi dan yakin tegar dengan
MH selalu berpegang bahawa, setiap manusia x sempurna, tetapi mencari kesempurnaan itu penting kerana Allah Maha Sempurna.Dan MH selalu melihat tingkah manusia di keliling ana..memangya ramai yg agak kelihatan baik, tetapi secara jujurnya, masih belum cukup baik untuk digelar baik..begitu juga diri ini, tetapi MH memegang prinsip hidup, manusia itu fitrahnya sukakan kebaikan,Dan Allah mejadikan setiap manusia itu dalam sebaik-baik ciptaannya, Dan Allah sendiri sukakan sesuatu yg baik daripada hambanya.
Maka, apa salahnya kita mengubah sedikit cara pola berfikir kita dari menyalahkan manusia yg konon-konon nampak baik itu sebenarnya jahat ke apa ke..kita ubah semua ini, kita kene ingatkan diri kita semua org baik dan fitrahnya sukakan kebaikan.
Cuma manusia yg lebih baik MH kira adalah org yg memandang manusia lain yg mungkin tersilap, mungkin sahaja kurang kesedaran, atau lebih parah tidak tahu langsung hal-hal agama atau mungkin sunnatullah yg berlegar dalam diri mereka sendiri wahannya, namun MH tetap memandang golongan seperti ini, adalah golongan yg baik dan boleh berubah ke arah kebaikan jika...mereka diberi asas yg betul untuk ke arah kebaikan.itulah pandangan MH sepanjang MH memerhati manusia di luar sana.
MH cukup x suka manusia terlalu memilih untuk hidup dengan yg golongan baik-baik dan merasa diri terlau baik sehingga menganggap manusia yg punya salah sedikit itu tidak baik!..ingat sahabat, MH nak3x sgt pesan.Allah itu sifatnya mampu mengubah dan mengubah setiap hati hamba-hambanya.
Inilaha sahaja kata laluan MH rasa, bukan lagi kata aluan dah ^.^...tetapi ini laluan MH untuk mengingatkan sahabat2 yg bertandang ke blog ini.Erm sebelum MH terlupa, suka MH mengalukan buat mana-mana jiwa/roh yg nak bertanya soalan atau memberi komen sepanjang perkongsian MH di laman sosial blogger ini,selagi Allah x menjemput MH ke sisi-Nya, MH ingin mencuba membantu sahabat-sahabat yg ingin rasa lebih dekat berinteraksi dan mengisahkan sesuatu, dan MH juga secara jujurnya ingin menambah ilmu, dan jujurnya...banyak lagi bahan bacaan yg mungkin MH takkan pernah terlintas nak baca, tetapi dengan keterbukaan ini MH sediakan wadah untuk MH dan sahabat-sahabat pengunjung dapat cari peluang dan ruang untuk tambah ilmu dan antum melengkapi diri ini, MH juga dapat menopup apa yg sekadar yg termampu.
Tagline MH : Ilmu untuk dikongsi & berdiskusi, bukan untuk diperdebatkan unuk diri dipandang hebat.Ingat Allah Maha Lagi Hebat Maa ^.^
p/s : MH suka golongan yg bukan dari bukan bidang agama, kerana mereka lebih baik berbanding yg sedang bertitle syariah -ustaz/ustazah- jika mereka mampu berubah jadi lebih baik.Tapi ingat!..manusia semua baik, dan sifatnya inginkan kebaikan dan sukakan kebaikan ;),jgn mengutuk org dan mengata isu seseorg jika memang niat tidak mahu menegurnya, jgn buat diri anda sakit disebabkan sakitnyer hati anda itu kerana akhlah yg Allah pamerkan padanya.
Ingat lagi!, Allah jadikan dan takdirkan sesuatu berlaku nampak depan mata kita, dengar dek cuping telinga kita, rasa dengan pancaindera kita..semua itu ,supaya kita x lupa padaNya dan berkongsi rasa iman itu buat manusia lainnya dan suruh kita ini berfikir tentang-Nya.
Salam sayang dari Mujahidah Hafizah buat pengunjung-pengunjung Kanvas Nota Mujahidah Hafizah.
semoga selepas keluar dari gedung ini, ada input yg diambil yg dapat menghasilkan output.Hanya harapan, tetapi tetap berpegang dengan sangat yakin..bahawa, Allah yg memberi hidayah kepada hamba-hambaya jika Dia mengkehendaki.
Sebelum terlupa...jgn lupa taw, belek tafsir alquran anda 2 minit pun x per..tengok cerita-cerita dan ayat-ayat motivasi yg ada kat dalam tu.Tapi sebelum baca tu..sediakan hati, tenang dan bacalah seperti mana anada membaca novel/majalah/ komik/atau buku apa pun..yg penting baca sesantai yg mana kalian mahukan.
Moga-moga akan disentuh oleh Allah hati-hati yg menyentuh kalamnya, sepertimana ikhlasnya tangan itu menyentuh mushaf alquran terjemahan itu untuk membukanya.
x percaya??..cubalah!
Sekian.
-Mujahidah Hafizah -
-
No comments:
Post a Comment