Wednesday, May 23, 2012

Isu : Soalan- soalan Irshad Manji


Bismillahirrahmanirrahim.
23.05.2012-Wend.
Aktiviti : Jalan-jalan kota raya alam maya di lmalan Sosial Facebook.
Isu Perbincangan yg menarik perhatian : Soalan- soalan yg dilontarkan saudari Irshad Manji.

lanjutan isu Irshad Manji :-
________________________________________________________________
Kenapa orang perempuan harus menjalankan hal-hal yang wajib,
seperti solat lima waktu, pada usia yang jauh lebih muda berbanding orang Lelaki?

Mr.Khaki memberitahuku: Kerana orang perempuan lebih cepat dewasa. Mereka mencapai “usia wajib” beribadah pada umur sembilan tahun. Sementara orang lelaki tiga belas tahun!

“Kalau begitu, kenapa tidak memberikan penghargaan kepada orang perempuan atas
kedewasaannya dengan membiarkan kami menjadi imam solat?” aku bertanya.

“Orang perempuan tidak boleh menjadi imam.”

“Apa maksud Anda?”

“Orang perempuan tidak dibenarkan menjadi imam.”

“Kenapa tidak dibenarkan?”

“Allah menyatakan begitu.”

“Apa alasan-Nya?”

“Bacalah Al-Quran.”

- Irshad Manji -

_____________________________________________________________

Jawapan yang bermain difikiran saya buat persoalan diatas :

1- Islam memberi sesuatu penghargaan itu pada tempatnya. Menjadi imam itu merupakan satu amanah dan tanggungjawab. Imam merupakan simbol sebagai seorang ketua bagi memimpin orang di belakangnya. Maka seorang ketua semestinya punya kemampuan dari segi mental dan fizikalnya. Mental diantara lelaki dan perempuan pasti mampu untuk dipertandingkan akan tetapi seusaha mana pun seorang wanita itu mencuba untuk melatih fizikalnya pasti tidak akan sekuat lelaki. Maka layaklah lelaki memimpin kaum wanita di dalam solat dengan menjadi imam kerana lelaki memenuhi ciri2 seorang pemimpin y berkelayakkan dari segi fizikal dan mentalnya melebihi kaum wanita dan begitulah sebaliknya.

2- Asal penciptaan manusia itu bermula daripada Nabi Adam AS. Kemudiannya diciptakan Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam AS. Dapat kita lihat disitu wanita diciptakan selepas penciptaan lelaki dan diciptakan daripada sebahagian anggota badan lelaki. Dengan itu lelaki merupakan ciptaan asal / asli yang tidak diambil daripada mana-mana bahagian makhluk lain untuk dimuliakan sebagai khalifah di muka bumi. Mengapa pula hawa tidak diciptakan sama taraf dengan Nabi Adam AS tetapi diciptakan daripada sebahagian tulang rusuk baginda?! Jika diamati dengan baik, Hawa itu merupakan pembantu / pemudah cara / peneman dsb ( tetapi bukan ketua ) bagi Nabi Adam AS dalam meneruskan kehidupan yang asalnya di syurga kemudiannya di bumi dan kembalinya samada di syurga mahupun neraka bersandarkan hubungan kita bersama Allah. Maka layaklah ketua mengimamkan pembantunya dan tidak layak pulalah seorang pembantu untuk mengimamkan ketuanya dalam konteks asal-usul penciptaan lelaki dan wanita.

3- Dalam konteks mencapai umur baligh, kita tidak boleh meletakkan kepada kematangan aqal akan tetapi lebih kepada kemampuan untuk menghasilkan zuriat. Apabila seorang wanita mampu untuk menghasilkan ovumnya dan lelaki mampu untuk menghasilkan spermanya, masih belum mampu untuk diklaskan sebagai matang mentalnya. Ini kerana kematangan mental bukanlah terletak pada awal balighnya akan tetapi kepada pengalaman dan pembelajaran hidupnya selama mana seseorang itu menjalani kehidupan di dunia ini. Jadi wanita itu lebih awal berkemampuan untuk menghasilkan zuriat dan dengan kemampuan itu wanita wajib berterima kasih kepada Allah dengan melakukan amal wajib. Islam menggariskan kewajipan amal pada awal baligh bukan kerana matang aqalnya akan tetapi kerana kemampuan manusia menghasilkan pewarisnya.

__________________________________________________________

Saya cuba menjadi muslim yang berfikir kerana itulah yang diharapkan Saudari Irsyad Manji di dalam penulisannya.. diatas merupakan jawapan apa yang saya fikirkan.. jadi bagaimana dengan anda semua wahai seluruh mahasiswa/i Jordan sekalian?!

Apa jawapan anda terhadap soalan Saudari Irsyad Manji diatas?!

Beranilah berfikir dan kongsikanlah apa yang anda fikirkan.. Jangan jadi muslim yang tidak mahu berfikir dan tidak mahu berkongsi apa yang difikirkan..
 ·  ·  · Monday at 1:52am

  • 9 people like this.

    • Syarifah Nurfathiah kalau orang perempuan jd tok imam masjid, mesti makmum sllu tercari2, sebab tok imam sllu cuti 15 hari, xkira waktu pulak tu.. >.<
      Monday at 4:52pm ·  ·  15

    • Nur Hanani Fadzilah AbdKhalid ciri pada wanita itu sndiri yg menghalang dia dari jadi imam. sbb solat merupakan satu ibadah khas lillah wa laisa lil mar'ah(bkn dsebabkan pmpuan tu)... :

      1-suara
      2-bentuk fizikal
      3-dari sudut lain, fitrah asli iaitu malu. ruku' , sujud, duduk iftirosh dn sbgnya memerlukan pergerakan yg 'sdikit menyegankan bg wanita2 yg normal'..
      4- bimbang lelaki2 datang solat sbb nk dgr suara, nk tngok n else..
      5- jika anda seorang suami, apakah anda mengizinkan isteri anda utk jadi imam solat jumaat? hehe. tentu saja tak..

      cumanya wanita nak jadi imam tentu saja dibolehkan.. iaitu sesama wanita. terbaik dan selari dengan fitrah seorang wanita.. kalau ada yg tak segan utk ruku' sujud depan ribuan lelaki tu, mungkin minoriti sahaja~

      Monday at 6:10pm ·  ·  14

    • Huzaifah Bin Basit Tahniah bagi dua mahasiswi yang menyampaikan sedikit analisis dan komentar.. Layaklah anda berdua di gelar mahasiswi berfikir, menganalisa dan berkongsi bersama yang lain.. tahniah buat saudari berdua Syarifah Nurfathiah dan Nur Hanani Fadzilah AbdKhalid... yang lain bagaimana?? mari berkongsi maklumat yang dianalisa oleh golongan mahasiswa/i

    • Iz'aan Azalan aku rasa kalu perempuan jadi imam, bahaya time sujud dan ruku'.

      tak tahulah apa makmun fikir.

      Yesterday at 8:04am ·  ·  2

    • Muhammad Azim sebab leaki Muslim 'lemah'..ana kira, klau tok imam duduk sof pertama pn 'Syahid' :D Islam dah letak wanita pada kedudukan yang paling sesuai, mulia dan terhormat :)

    • Arif Amin Ni ada qiil yg mngkn bleh dbncngkn…

      وقال المرداوي الحنبلي في الإنصاف2/263: "ولا تصح إمامة المرأة للرجل هذا المذهب مطلقا, وعنه تصح في التراويح ولا يجوز في غير التراويح، فعلى هذه الرواية, قيل: يصح إن كانت قارئة وهم أميون , وقيل: إن كانت أقرأ من الرجال , وقيل: إن كانت أقرأ وذا رحم, وقيل: إن كانت ذا رحم أو عجوز. واختار القاضي يصح إن كانت عجوزا "

      قال النووي الشافعي في المجموع 4/151: "اتفق أصحابنا على أنه لا تجوز صلاة رجل بالغ ولا صبي خلف امرأة، وسواء في منع إمامة المرأة للرجال صلاة الفرض والتراويح , وسائر النوافل , هذا مذهبنا , ومذهب جماهير العلماء من السلف والخلف- رحمهم الله- وحكاه البيهقي عن الفقهاء السبعة فقهاء المدينة التابعين, وهو مذهب مالك وأبي حنيفة وسفيان وأحمد وداود وقال أبو ثور والمزني وابن جرير: تصح صلاة الرجال وراءها , حكاه عنهم القاضي أبو الطيب والعبدري".

      Hujah Imam At-Tobari & Al-Qadhi Abu Al-Toib dsandarkn kpd hadis Ummu Waraqah...mngkn bleh tnya Ustaz Muhamad Rozaimi status hdis ni...

      23 hours ago ·  ·  4

    • Muhamad Rozaimi فقد أجاب العلماء عن هذا بعدة أجوبة :
      1- أن الحديث ضعيف .
      قال الحافظ في "التلخيص" (ص 121) : " وفي إسناده عبد الرحمن بن
      خلاد وفيه جهالة " انتهى .
      وقال في "المنتقى شرح الموطأ" :
      " هذا الحديث مما لا يجب أن يعول عليه " انتهى .
      2- إن صح الحديث فالمراد : أنها كانت تؤم نساء أهل دارها .
      3- أن ذلك خاص بأم ورقة ، لا يشرع ذلك لأحد غيرها .
      4- أن بعض العلماء استدل به على جواز إمامة المرأة للرجل ، ولكن
      عند الضرورة ، ومعنى الضرورة ألا يوجد رجل يحسن قراءة الفاتحة . "حاشية ابن
      قاسم" (2/313) .
      وانظر : "المغني" (3 /33) .

      16 hours ago ·  ·  6

    • Nur Rashidah Muhamad sepatutnya Mr. Khaki yang jawab persoalan Irsyad manji tu, sepatutnya beri penjelasan yang sepenuhnya kepada dia...Perempuan boleh jd imam..takde masalah..tp sesama perempuan la...
      14 hours ago ·  ·  2




sumber : Facebook post by Huzaifah Bin Basit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang