Monday, May 21, 2012

KRI : [ Aku X mahu dimadukan ]

INPUT : by hasil Jalan2 Blog, tajuk: [ Aku X mahu dimadukan ]

Hari ini buka blog sat setelah berapa hari dah tak menjengah blogs wajibku disebabkan sekarang sedang diambang peperiksaan..tambah pula perasaan yg sering mudah berubah sejak akhir-akhir ini membuatkan 'merajuk'nyer mood untuk bertandang ke blog2 mereka pada saat itu..sehingga hari ini..hati jadi keruan ingin melihat apakah kak Fatimah Syarha ni tulis agaknya kali ni..xd apa, cuma gambar2 tudung..tapi di sebabkan lama x 'berjalan' dan singgah di sana..ruanya ada tertinggal isi rupanya.

Jadi hasil daripada 'perjalanan'ziarah menziarahi blog kak Fatimah Syarha tadi,maka aku nak suka lak kata-kata puisi ini:-

Syarat Buat Bakal Menantuku

Bakal Menantuku,
Tiba saatnya nanti,
Kuserahkan puteriku sebagai amanah,
Kerana kuhormati tuntutan fitrah,
Hiasilah hidupnya dengan hasanah,
Pandulah cintanya menuju jannah.

Dia puteri kesayanganku,
Melepaskannya tak semudah itu,
Dengarkan terus bicaraku,
Ada syarat sebelum kumerestu.

Bakal Menantuku,
Cinta yang kau tawarkan penuh bahagia,
Tiada hati lain yang terluka,
Tiada cinta lain rasa dikhianati,
Tiada anak isteri terasa sepi.

Bakal Menantuku,              
Kuingin  menjadi ayah sewibawa Rasulullah,
Tak rela semua puterinya dimadukan,
Baginda tahu risiko kepayahan,
Tak mahu menantunya kelelahan,
Kerana ia bukan keistimewaan,
Tapi tanggung jawab yang membeban.

Bakal Menantuku,
Berjanjilah padaku  dengan syarat ta’liq,
BEBASKAN PUTERIKU,   
Jika nanti kau ingin duakannya tanpa rela,
Izinkan cintanya berlabuh,
Buat lelaki yang setianya teguh.

Bakal Menantuku,
Semua puteri Rasulullah tidak bermadu,
Begitu jugalah fitrah puteriku,
Allah memberikan pilihan,
Kerana Dia hormat fitrah hati perasaan,
Jika kau enggan, gugurlah penerimaan.

Bakal Menantuku,
Kuingin dia menjadi bidadarimu di sana,
Jangan sukarkan ujian hidupnya,           
Dengan cinta lain yang kau undang bersama,
Kerana fitrah tumpuan cinta, tiada dua,
Bimbang rosak agamanya kerana kecewa.

Bakal Menantuku,
Kukenali puteriku berakhlak mulia,
Kukenali puteriku tekun beragama,
Perteguhkanlah dia dengan ketinggiannya,
Hidup beragama selama-lamanya,
Jangan cintanya kau persia,
Sudikah syaratku kau terima?
(Fatimah Syarha-Penulis blog Sebarkan Bahagia/Motivator)

****
Lama aku menatap puisi ini. Tahu apa aku fikirkan??...erm, aku juga seperti puteri2 Rasulullah itu...-TAK MAHU DIMADUKAN!- tapi jika ketentuan di belakang hari esok kita x ketahui...maka saat ini kita harus cuba sedian diri..kental dengan ilmu rumah tangga dan keakinan yg mantap pada pasangan yg ditetapkan Allah pada diri ini-Saiful Ridzuan Jasmin.-Aku sangat mempercayaimu dalam soal ini, jgn hampakan harapan ini..walaupun telah ku gantung tinggi harapan itu hanya pada Allah Rabbul Izzati.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang