Monday, May 21, 2012

Nota Hati 22 Mei 2012: Nak Putus Tunang!!!

Nota Hati: Nak Putus Tunang!!!



Bosan.
kalimah yg sering ada dalam kamus hidup manusia sepertiku.
hidup sering rasa di dunia yg berbeza!,
ah..cukup bosan aku dengan keadaan seperti itu.

Sedih.

hati ini kenapa?
sedih..sedih..dan sedih lagi,
kenapa lah engkau wahai hati?
tak boleh kau berhenti menangisi dan merasai kesedihan kerana sebab itu?
tolonglah wahai hati..tolong jgn bersedih,
berilah rasa gembira itu pula yg membahagiakan jasad ini.
tentu sudah lama hati itu menanti saat datangnya gembira dalam jasad remaja ini.

Merajuk.
siapa kata aku ni kuat merajuk?

manusia yg kuat bicara aku kuat merajuk,
insan itu belum cukup kenal dengan diri ini!
Dari sejak kecil hidupku diajar rasa berdikari dan diajar mengurus perasaan sendiri.
apa kejadahnya aku ingin membawa diri kerana rajuk menguasai diri?

kerja bodoh!
aku juga bukanlah insan yg pandai memujuk.
good bye to say lah kat oak me kalau oak me merajuk2 dengan koi,
memang aku tinggal je.
Ada aku kesah!


Sayang.
aku semakin hari semakin tak faham apa maksud sayang yg aku lontarkan?
aku sayang kamu!
hanya mainan bibir.
aku tak faham pun.
kalau sayang, kenapa hati ini 

seperti x kesah jika berlaku kehilangan atau ditinggalkan?
apa itukah bukti rasa sayang itu?
betullah kat aorang-orang dahulu...
semakin sering diucapkan semakin berbulu telinga yg ditadahkan.
semakin hari, sayang itu kurasakan hambar!
serius, itulah keadaan ini saat ini.
lantas..mana pergi rasa sayang itu??
di mana aku campakkan?
di lautan yg mana..jenis airnya bagaimana?
ah..siapa mahu kesahkan lagi.
biarkan rasa sayang itu pergi dari diri ini.


Kasih,
hari ini baru ku sedar,
kasih itu hanya layak untukmu
seperti mana aku kasih buat sahabat-sahabatku.
jauh ..sayang itu x sesuai lagi untuk jasad yg dita'yinkan namamu.
sedarilah..aku hanya kasih kepadamu,bukan lagi sayang!

Mulakan kehidupan baru.

mulai saat ini, aku simpan azam dan semangat baru untuk melangkah tanpa insan itu.
aku ingin mulai hidup baru dengan lebih warna warni..dan akan cuba memilih warna-warna terang dan ceria untuk mengubah hidupku.
selamat tinggal hijau gelap!


dan aku...
tekad walaupun kau tak ingin melepaskan...
bahawa aku benar2 ingin ,
aku dengan duniaku..dan kamu dengan duniamu!


-AKU NEKAD MAHU PUTUS TUNANG!-

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang