Monday, June 4, 2012

Puisi MH : Memusuhi Kejujuran

Tajuk Puisi : Memusuhi Kejujuran.
Penulis : Mujahidah Hafizah.
Masa ditulis: 18: 21- Isnin.
Tempat : Skn Yarmouk, Irbid, Jordan.
_______________

Memusuhi Kejujuran.

Bencana besar sedang mengintai masyarakat ini,
Bukan ancaman thunami berskala ribuan hechter,
Bukan kemelut politik akibat ketidak puasan masyarakat,
Bukan kerana ekonomi akibat pengubal ekonomi salah mengolah.

Musibah lebih besar sedang menjalar,
memberatkan isu warta zaman- berzaman,
disemai disetiap pendidikan,
kecurangan dalam nilai-nilai sebuah kejujuran.

Betapa mahalnya harga kejujuran,
dirusuk masuk ke dalam roh pendidikan,
justeru dimusuhi oleh kemaksiatan,
Nilai manusiaan hilang kerana tiada tokoh teladan.

Kerana wang dan material melahirkan amoral yang gemar merasuah pimpinan,
Nilai -nilai ketamakan, kerakusan dunia dan kebodohan,
menjalar  dalam nafsu kerakah duniawi.
mendidik akak-anak kita tanpa disedari,
generasi diperkosa dengn rakus menoda kejujuran.

Akan jadi apakah kelak
anak-anak yang dibunuh kejujurannya,
mereka akan tumbuh menjadi pembohong !
Generasi pendusta sedang menunggu bangsa ini di depan.

Kita menabung benih kecurangan,
dalam diri setiap anak-anak,
telat lahir jiwa menjadi kotor.
Pelan gegar korupsi sedang lemah dalam kemajuan,
Bersaling dalam pemujaan kerakusan.

Jika kita gagal menjadi generasi yang jujur,
Ketamakan tidak mengajar anak-anak kita,
hasilnya mereka buta antara keduanya,
ketidak jelasan membeza yang mana baik dan yang buruk,
dan yang mana benar dan yang salah.
Wahananya kehidupan mula cacar marba.


_______________
( Hak terpelihara MH : Puisi dicipta hasil tontonan di youtube tentang perkembangan berita-berita dunia terutama di Indonesia-4.  JUN 2012-MONDAY)

1 comment:

Unknown said...

segala komentr boleh kemuka disini:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang