Wednesday, June 27, 2012

PUISIKU-PK : Pondok Usang

Pondok Usang...

Diwaktu kecil yang lalu,
Terlalu ramai yang datang kesitu,
Itulah tempat dituju,
Segala-galanya bersatu...


###


Laman yang luas tempat tumpuan,
Dicelah pokok tempat idaman,
Memanjat, melompat tidak keruan,
Disitulah bermula segala ingatan,
Sejarah yang lalu menjadi lipatan,
Bukan mengungkit untuk hebahan,
Cuma berfikir segala jadian,
Untuk mengungkap sedikit lembaran...


Bermula kembara bertahun berbulan,
Akhirnya hinggap di batang ampaian,
Mencari arah utara selatan,
Akhirnya berhenti kerana kepenatan,
Disitulah rumah di tepi jalan,
Sebuah pondok yang tegap dalam binaan...


###


Banyak perkara yang difikirkan,
Sejarah juga banyak diteladankan,
Akhirnya kembali untuk pembersihan,
Kerana banyak kesan kotoran,
Bukan mudah dalam sebulan,
Biar masa yang menentukan,
Kerana kudrat tidak terlayan,
Usaha juga diutamakan,
Doa pula tidak dilupakan,
Supaya ia terus berlanjutan,
Agar mendapat rahmat dan keberkatan...


###


Pembaharuan mula diatur,
Ramai juga yang marah dan menegur,
Kerana mencabar perkara yang jujur,
Orang yang lena mula bangun dari tidur,
Mungkin terkejut kerana berdengkur,
Dimulakan perlahan biar teratur,
Supaya tidak jatuh tersungkur,
Kalau tersungkur janganlah didalam lumpur,
Kerana semangat mudah terluntur,
Biarlah jatuh sehingga menggelupur,
Menjadikan diri hebat bertempur,
Bukan riak ataupun takbur,
Cuma ingin menjadi penghibur...


###


Besi dan timah jangan dilebur,
Daun dipokok biarkan gugur,
Tanah yang siap diukur,
Jangan jadikan padang jarak padang tekukur,
Nenek yang tua disangka uzur,
Berjalan pula beransur-ansur,
Sudah terkenal dan termasyhur,
Tinggalkan nasihat sebelum terkubur...

--------------------------------------------




Hasil Nukilan : Pedang Keadilan
                       Selasa 26/6/2012
                       6 Sya'ban 1433 hijrah
                       9.30 mlm
                      ~ Kampung Halaman ~


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang