Wednesday, July 4, 2012

PUISI-MH :TEORI HUKUM & FORMULA


Formula itu adalah Hukum.
Allah sediakan ayat sorih @ kinayah,
Dalam kitab suci kalamullah.

Hukum itu boleh berubah.
Dan formula juga mampu dirubah.

Sepertimana berubahnya formula
Pada kes dan kaedahnya.
Dan hukum itu pula boleh berubah
Sepertimana wujud waqi'dan dunia semasanya.

Ia berguna ...
Seperti sebuah pemudah pada penemu arah.

Maka hukum dan formula itu sama.
Dengan formula,
Manusia tahu landasannya,
Dama juga hukum,
Dengan hukum,
Manusia celik akalnya tuju jalan tuhannya.

Manusia mampu berfikir, tetapi Ilham hanya milik Allah.
Manusia mampu belajar, tetapi ilmu hanya milik Allah.
Manusia mampu mencipta, tetapi kuasa terlaksana hanya milik Allah.

Dan kita...
Hanya manusia.
Insan yg hidup bersandar nombor.
Dan kita juga,
Adalah ruang yg lapang...
Dalam lingkungan angka kosong.
Maka manusia itu adalah KOSONG-0.
Dan Allah ajar 1-wahid.
Untuk kita mula mencipta nombor selepasnya.

Hebatnya Tuhan kita~

Nukilan  : Mujahidah Hafizah.
@ 01:16 AM / 5 Julai 2012- Uni.Yarmouk-Irbid,Jordan.

Cuci minda dan hati dengan melihat kuasa Allah, jom!
salah satu kehebatan Allah,
mari terjun dlam bidang matematik<3~

http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&NR=1&v=l9YQVD6Ic9I

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang