Saturday, June 2, 2012

Tips Awal Sebelum Bertudung Labuh

TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...




 

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :) .
♥ MOGA ALLAH REDHA ♥

Thursday, May 31, 2012

Ujian Hanya Kerana Cek.

Bismillahilillahitaala.

Balad,dengan harapan.
Hari ini ( 31.05.2012-9.25 pagi ) aku dan 4 sahabat rumah baruku pergi ke balad( satu tempat/bandar membeli belah di tengah kota irbid), kami pergi berlima menaiki coaster dengan hanya tambang 17 qursh sepaptutnya, tapi aku , ai'syah, dan una hanya bayar 15 qursh..bukan kerana pemandu coaster itu tidak adil, tetapi kesilapan kami yang mula mengingatkan harganya 15 qursh sahaja,tapi 2 sahabat yg berdiri selepasku, dipaksa bayar 17 qursh.Wajiblah! dah itu nilai yang sepatutnya.Aku dan dua sahabatku rasa serba salah juga sebenarnya,yelah 2 qursh darab 3 , conform2lah pakcik coaster tu rugi 6 qursh.Kami minta maaf pakcik ya^.^

Perjalanan kami diteruskan memasuki kota balad itu.Jalan-jalan mulai sesak.Melihat pelbagai golongan ada di sini.Aku memerhati mereka sambil langkah kaki yang sakit akibat daripada proses pemindahan rumah kelmarin masih belum hilang, akibatnya langkahku begitu lambat sedikit daripada sahabatku yang lain.naik atas laluan pejalan kaki, turun pula, tiada ayat lain yang kututurkan selain mengaduh.Hai..ujian kesakitan sengal-sengal badan.Allah sahaja yang tahu.Sakit!

Tukar cek.
Tujuan utama aku dan sahabatku pergi ke sana untuk menukar cek kami yang kami terima hampir sebulan yang lepas.Atas kelewatan cek yang kami terima, kami masing-masing menyimpan dahulu bimbang masalah pembaziran akan berlaku.Kami melangkah dari satu sarofah(money exchanger) ke sarafoh yang lain.Namun jawapan juga sama!

"mumkin tubadil hai?"(sambil mengeluarkan cek)
"la'..kana stop today!" (dengan gaya arabnya)
"lesyhhh?"  kami tetap tak mahu mengalah, soal lagi .
"mmm..ma ba'grif,you can try at (nama bank@ sarofah)"  dia memberi alasan dan meminta kami bertanya pada bank dan sorofah yg dia nyatakan.

Jawapannya, tak dapat tukarlah cek tu kat situ.Akhirnya kami pergi ke sarafoh lainnya, kejadian yang sama berlaku, paling sedihnya bila diowang lihat sahaja cek kami tu terus mereka geleng kepala.So, MH dalam diam say: why are you can't accept our check?.oh dumb! so sad~

Tak putus asa.
Kami dah keluar dari 3 jenis sorafah yg ada kat balad tu, kami melangkah lagi.Sehingga kami tergerak untuk bertanya kepada bank Standart Charterd yg ada dekat balad tu.Sebelum masuk, kami duk pikiaq  boleh ke tidak kita nak tukar cek kat sini.Tambahan pula, bank ini adalah muassasah sahaja , sistem konvensional lagi pula.So, bincang punya bincang depan tu, tiba-tiba sorang akaq JUST ni datang kepada kami.Akak Nisah gelarannya cuba bantu kami.

" can you change this traveles check?" akak tu bertanya pada pekerja bank yang sedang bertugas.
" you can ask there( sambil menunjukkan arah kepada kawan sekerjanya)"
kami melangkah ke counnter sebelahnya pula.
soalan sama diajukan.
" do have an account bank here?"tanya pekerja bank wanita tu pada akak tadi.
akak tu jawab ada bagi pihak dia.tapi chekc tu milik Hazirah.
kami menjadi pemerhati keadaan,  peliknya setelah dia pegang check Hazirah tu, seorag pekerja wanita mencari-cari sesuatu.Tetapi kami yang berlima ni hanya menanti sahaja lah  tindakan seterusnya.Aku lak berdoa dan terus berdoa di balik purdahku.
" you can get this money after 2 months." kata pekerja tu pada kami.
haa? lepas 2 bulan?! lama tu..
"if you don't mind , so how?" ditanya lagi.
aku dan sahabatku buntu.Memikirkan ke mana arah lagi tempat yang harus dituju.Sini boleh, tapi conformlah kene ambil masa yg lama, Masalahmya kami sangat memerlukan sekarang.oh Tuhan~

Hampa.
kami keluar dari Standart Charted tu dan berbincang lagi di luar bangunan berlima.Cadangan ke Amman di usulkan, masih lagi berbincang, kami memillih untuk comunicate dahulu dengan sahabat-sahabat yg pernah  kesana, bimbang kecewa dan kegagalan lain pula yang melanda.jawapannya hanya City Bank dekat Amman buat masa ini.Nak ke sana jika naik coaster 2 dinar satu kepala, tapi kalau naik teksi 12 Dinar sekali jalan.owh..mahal!

Balik hostel.
disebabkan masa pun dah semakin menganjak ke tengah hari, cuaca semakin terik membakar kulit.Kami mengambil keputusan untuk pulang dahulu.Mencari jalan ketengan dan jalan penyelesaian yang sebaiknya.Jimat masa,wang & tenaga.Letih terasa seluruh badanku.Hanya mampu berdoa dan berdoa.

Puisi tercipta!
Dalam perjalanan aku bagaikan dapat ilham ingin menulis satu puisi.
maka ini hasilnya.Setelah memendam rasa tak berbelah bahagi .Tak tahu apa rasa saat ini.Aku hanya fikir satu hal,mahukan cek in dollar yg ku milik ingin segera ditukar JD!


Tajuk puisiku:- Alahai cek.




Alahai cek,
keranamu aku aku terpaksa menyelusuri jalan berliku-liku,
menerjah sorofah, pintu ke pintu,
ada juga bank yang dicari tak jumpa pintu.
lalu di sebalik laluan orang berpusu-pusu,
ini semua hanya gara-garamu.


Jalannya pula sesakkan hati,
pelbagai warga kunjung ke sini,
yg kuat shopping apatah lagi.
kota 'terbesar' yg pernah aku lawati,
aku dan sahabat sudah sakit kaki,
melangkah lagi mengharap bukti,
namun sayang Tuhan tidak beri,
mungkin ini ketentuan Tuhan untuk menguji,
nampaknya pengharap perlu di malam hari.
oh Tuhan, bantulah kami~


Alahai cek,
disebabkanmu,
fikirankami berlima buntu,
mencari jalan mana harus kami tuju,
melangkah hanya tujuan yang satu.
Tukar cek..dah puas kami pujuk rayu,
namun hampeh, diowang leh buat tak tahu.
oh sedihnya hatiku~


Alahai cek,
bimbang mula mengudang rasa,
rumah baru sudah mula disewa,
hanya duitnya belum bersua muka,
hutang?..tak usahlah nak dikira,
lagi lah makin tebal buku hutang bermuka-muka.
oh cek,kesempitan sudah melanda,
mohon dikau boleh ditukar segera.


Alahai cek,
aku mengharap ada yang membantu,
membuka jalan kepada kami satu persatu,
agar kami tak lagi berfikiran buntu,
memikirkan jalan mana lagi nak di tuju.
janganlah kira korang diam membisu,
apatah lagi bertindak mem'batu'.
tolong..sahabatku tolong,ku mohon doamu.


_____________

nota ditulis oleh : Mujahidah Hafizah
Puisi dicipta oleh : Mujahidah Hafizah at kota raya Irbid
nota masa: 01:05 Irbid, Jordan
nota tempat : Sakan Yarmouk, University Of Yarmouk, Irbid.

Wednesday, May 30, 2012

Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...

MH nak dedikasikan Ciri-ciri ni untuk my PK.
(yg MH higlight tu i hope i dapat lah ye, boleh ke? ++)
___________


Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...
1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung. erm, yg ni MH sedang usha2^.^
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.  yg ni MH ase penting!
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

( dipetik dari koleksi ceramah Ustaz Azhar Idrus )
 

Doakan MH jadi Ibu Mithali, Ibu yang sejati:)

Tersentuh MH membaca beberapa dialog antara seorang ibu dan anak gadisnya yang masih diawal usia keanak-anakan.Cerdiknya di ibu berhujah menyenangkan.Menjawab soalan biasa-biasa dengan jawapan yang luar biasa.Aku kagum!...itu membuatku lebih termotivasi dan menjadi ibu yang mithali,Menginginkan anak-anak yang mendoakan ketikaku pergi mengahadap Illahi nanti.
______________
 
Anak : Mama,Adik suka tudung ini :)
 Mama : Alhamdulillah ,Pakailah sayang..biar mama pakaikan yer ..Tahu tak kenapa mama sayang sangat kamu? 
Anak : Sebab saya anak mama kan?
 Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
 Anak : Apa tu mama?
 Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat mama di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad mama nanti..
 Anak : Mama! Janganlah... :'(
 Mama : Jadi anak solehah ye..mama perlukan doamu di sana nak. 
Anak : Adik sedih ma.. 
Mama : Senyumlah walaupun didalam tangisan (^_^).La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana “Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita” 
Anak : Adik janji akan jadi anak yg solehah.InsyaAllah :')
 Mama : Alhamdulillah, Amiin Ya Robbal A'lamiin
_____________________

Untuk my PK, MH harap sangat untuk jadi seorang ibu yang terbaik di hadapan Allah, hadapanmu - wahai suamiku, dan di hadapan anak-anak kita;) menjadi role model terdekat setelah Rasulullah saw dengan bimbingan kasih sayang belaian manja dari MH & PK. Manja dengan ilmu agamanya tetapi tegas dalam melaksanakannya.PK, bantu MH ya..kita sama-sama bina kehidupan yang sempurna untuk mereka generasi ummat nabi Muhammad saw ini.



 MH want this happen to me next~ (ini bukan angan-angan, ini harapan!)



"Adik : Ummi,lau adik nak pakai macam ummi boleh tak...
Abg : Ummi,abang pun nak pakai macam abi boleh tak....

Ummi : Anak-anak ummi nak pakai macam ne syg... macam nie pun anak-anak ummi sudah cantik dan hensem...kan abi sudah pesan suru
h menutup aurat... ummi sudah tutup semua aurat adik dan abang...

Adik : Tapi kenapa ummi tutup muka ummi,nmpak mata je?

Ummi : Oppssss,maksud sayang purdah ye..?

Abang : Kenapa hari-hari abi pakai songkok dan kopiah 

ummi,abang nak pakai juga.?

Adik : Iye,adik nak pakai macam ummi...
Ummi : Subhanallah,kamu anak-anak yang soleh dan solehah sayang...

Adik : Adik nak jaga abi dan abang,adik sayang abi dan abang.. adik tak nak abi dan abang kene seksa nanti sebb adik tak tutup aurat...

Abang : Abang pun nk jaga ummi dan abi.. abang pun nak lindungi adik jugak...

Ummi : Baiklah sayang,nanti ummi buatkan untuk adik dan abang... Nie mesti abi gembira tengok adik dan abang nnti.. Kite tuggu abi balik dari keje ye sayang.. adik dan abang bagi "Kejutan " kat abi...
Adik : Baik ummi,adik syg ummi... Terima Kasih..
Abg pun sayangkan jugakkkk... syg adik skli...
Ummi : Ummi pun syg adik dan abg... Same-same syg...

P/s : Jom Bidadari Kecil ummi,kita tutp aurat yerk syg... Semoga inilah anak-anak ummi nnti... Jika benar ini bicara kata si kecilku kelak,tidak


selitan:- ^.^ my PK ku;)

comeynyer u pakai dress labuh, nanti akaq MH pakaikan tudung pulak yer;)
mesti cumil!

Tuesday, May 29, 2012

Cakna isu : Berita dari Indonesia- Majalah Forbes dan agenda Dajjal?



Propaganda Setan dari Kementerian Dahlan Iskan
______________
Koran Jawa Pos pada Selasa, 29 Mei 2012, memuat iklan 1 halaman dari Kementerian BUMN dengan menampilkan 6 BUMN yang terpilih selaku perusahaan paling menguntungkan versi majalah Forbes 2012. Bagi masyarakat awam, iklan ini sekilas hanya menunjukkan keberhasilan yang membanggakan dari 6 BUMN yang dianggap berprestasi. Namun bagi kalangan yang memahami makna simbolik dalam setiap pesan sosial yang disajikan secara visual maka iklan ini jelas mengandung ketidaklaziman. Bila ditarik garis penghubung antara berbagai unsur gambar dan huruf yang terdapat dalam iklan ini, kita dapat melihat dengan jelas bahwa formasinya menunjukkan pola kesatuan simbol yang bersifat Masonik, yakni segitiga bermata satu di atas patahan piramida. Ini bukan sembarang simbol yang dianggap tidak bermakna namun sudah menjadi lambang ancaman dalam riwayat peradaban manusia selaku simbol pemujaan atas sosok Dajjal dan sistem kemungkaran yang dinaunginya.
 
Ada dua analisa atas termuatnya simbol tersebut dalam iklan ini. Pertama yang dilandasi “Kebetulan” dan ke dua yang dilandasi “Kesengajaan” pada proses perancangan iklan. Dalam analisa pertama, pihak periklanan bisa jadi mengingkari unsur kesengajaan dan menyatakan ini sebagai kebetulan semata. Terhadap dalih macam itu dapat dipertanyakan profesionalitas perancangan iklan, karena ini berarti mereka tidak punya wawasan mendalam atas konsep visual yang diterapkan. Alangkah tidak wajar bila jasa periklanan yang menangani klien sekelas Kementerian BUMN tidak dikelola tenaga ahli di bidang komunikasi visual yang seharusnya memahami makna simbolik yang berkembang secara sensitif di masyarakat. Dalam analisa ke dua, patut diduga bahwa pihak periklanan sesungguhnya memahami makna simbol itu di masyarakat namun justru mereka gunakan kontroversinya untuk memanfaatkan momentum. Indikasi ini justru menunjukkan adanya upaya pelecehan terhadap keyakinan umat beragama atas ancaman kemungkaran yang terkandung dalam simbol tersebut. Terlebih lagi ketika hal ini diterapkan pada iklan Kementerian BUMN yang menyangkut hajat hidup bangsa dan negara Indonesia.

Sesungguhnya yang paling bertanggungjawab pada kasus ini adalah Menteri BUMN, Dahlan Iskan, yang tentunya turut memprakarsai dan menyetujui iklan tersebut. Bagi yang mengetahui sepak terjangnya sejak lama, Dahlan Iskan memang dikenal selaku figur yang berperan besar dalam mendorong perkembangan paham Sepilis (Sekularisme-Pluralisme-Liberalisme) di Indonesia melalui jaringan medianya sendiri, Jawa Pos Group. Keyakinannya yang terpengaruh Nurcholish Madjid, pemikirannya yang selaras Gunawan Muhammad (Tempo), keterlibatannya di Lions Club, dan dukungannya pada kesesatan JIL (Jaringan Iblis Liberal) cukup membuktikan betapa sosok Dahlan Iskan sangat tidak layak berada dalam lingkaran kekuasaan atas Indonesia yang mayoritas Muslim. Posisinya di jajaran Pemerintahan sekarang justru dia manfaatkan untuk memupuk pencitraan bagi dirinya selaku Menteri yang “merakyat” yang bisa jadi modal menuju RI 1 pada Pemilu 2014. Pola pencitraan ini hampir serupa dengan Jokowi yang kini tengah diasong kaum Sepilis untuk menjadi Gubernur DKI Jakarta. Karena gencarnya propaganda media yang mendukung kepentingan kaum Sepilis maka banyak masyarakat awam yang masih terpedaya dan menjadi korban dari pencitraan tersebut. Inilah saatnya umat Islam bergerak untuk menyadarkan saudara sesama Muslim agar tidak terpikat lagi oleh pencitraan “merakyat” dari tokoh semacam Dahlan Iskan. Memang pengaruh media massa mainstream kini sangat kuat sehingga umat pun harus lebih kuat dalam melawan pengaruhnya. Jangan sampai seorang Muslim justru membela penokohannya pada Dahlan Iskan dengan gigih padahal dia mengetahui sosok tersebut sangat mendukung JIL yang merupakan barisan penghujat Nabi Muhammad SAW. Syarat utama bagi calon pemimpin Indonesia berikutnya adalah keteguhan aqidah, dan siapapun yang tidak memenuhi kriteria tersebut wajib ditolak pencalonannya oleh umat Islam di negeri ini. [S1J/DJ]

http://www.al-khilafah.org/2012/05/propaganda-setan-dari-kementerian.html

________________________________________
Silahkan Tag Atau Klik Bagikan Pada Teman2 juga Grup Anda Sebagai Matarantai Dakwah Dan Amal Kebaikan..

.*untuk bisa mentag dan mendapatkan berita lainnya, anda harus klik 'sukai' halaman "sinarilah dunia dengan cinta" terlebih dahulu..Trims

=> http://www.facebook.com/sinarilahdunia




Pengalaman Hanya kerana Rumah BaruKu, Dia Dan Mereka!

Pindah Rumah.
Hari ni agak penat sikit, mana tidak nya..dari tingkat 3 sakan Yarmouk tu bawa barang turun barang ke tingkat bawah.ulang 0alik sampai rasa nak tidur je jap kat tangga tu.letih sangat..fuh!
nasiblah~pindah rumah kate koi.tak penat bukan pindah rumah lah namanya.

Plan itu, plan ini!
musim berganti musim,
foreingner masuk, orang awam keluar,
begitulah keadaannya di bumi Jordan ni.
Tambah- tambah musim panas,
pelajar - pelajar pula inilah musimnya 'take time for rest',
jalan-jalan bersama keluarga,
bagi yang anak jati arabian ni.
kami ni lak,
yg bertapak di bumi anbiyak ni
tujuan nak kutip ilmu dan ibrah,
sibuk pula merancang itu ini,
ada yg nak berjaulah ke sana ke sini,
sebut saja tempatnya..
pasti ada sahaja nama pelajar-pelajar Malaysia yg melata.

Bincang!
Aku pulak..sejak dua menjak ni pula sibuk dengan hal rumah.
Pindah Rumah.
Mula kisah dengan 5 orang ahli bilik yg masing-masing kecil molek.
Hafizah, Hazirah, Hunafa' ,Solehana & Ai'syah.
kami mula dengan bincang tentang pemilihan rumah,
berapa harga sewa, berapa bayar bulan-bulan,
nak rumah berperabut ke tak,
nak cari kawasan mana,
nak rumah yg ada berapa bilik,
semua tu menguji iman dalam diri.
menguji rasa hebat x persahabatan kami,


Beza Pendapat itu rahmat!
kami ada adegan masing-masing,
ada yang cepat melatah,
hehe..aku lah tu.
ada lak yg thinking out standing jauh punya,
masing-masing ada stnad masing2,
aku dengan cara aku,
nak rumah ada perabut,
2 laki sama niat dengan aku,
dan 2 lagi nak rumah tak de perabut.
tapi kami tetap bincang bersama.
hasrat hati dilontar belaka,
aku di depan buat konklusi bersama sendirian,
di belakang aku buat penyata kira sampai x tidur malam.
semua tu aku x kisah,
yg penting x nak berpecah!
tapi..satu hari dibawah pohon 'kurma'.hehe^.^
kami mendapat kata sepakat..nak cari rumah kosong je,
mulakan ekspidisi pencarian!.

Rumah kosong kata sepakat.
Dah setuju, kami mulakan cara pertama dengan bertanya pada senior - senior yg lebih berpengalaman dalam bab0bab mencari rumah,
kami lontarkan hasrat di laman muka buku, mana tahu ada insan yg sudi membantu..
yup ada!
Abang Faudzi volunteer diri membantu.
tahu dah..die je yg pakar bab-bab gini.
Cari rumah, akad rumah, set up rumah.
semua die tahu.Alhamdulillah ada jugak org melayu!
thanks ya Abg faudzi, walaupun last2 kami x guna pun khidmat baik hati abag Faudzi tu.
tapi I know lah abg Faudzi baik hati n ikhlas tolong adik-adik junior ni.

Dapat rumah!.
satu hari Hazirah dapat panggilan dari 'wasambe' Fallah.
senior IKIP batch 4,
kami di ajak tengok rumah dekat sebelah POSKUM,
lepas zohor dalam kul 3 kami gerak,
dalam perjalanan kami jumpa bakal jiran kami,
Ainun Sailah dan Izzati..sama batch dengan kami tapi dak2 JPA,
terinagt kata2nya:' kita berjiranlah nanti'
aku..tersenyum sendiri di balik purdah,
doa dalam hati, mudah-mudahan.

Satu Hati!
masa kami tengok rumah tu,
Terkejut, sebab murah sangat!
250 JD ! berperabut  bagai lagi.
Aku diam dulu, tapi tetap bersabar dengan 2 sahabatku lagi,
kerana mereka mahukan rumah kosong,
tapi Alhamdulillah,
semuanya kerja Allah kan,
dapat rumah yg dah sipa denga kelengkapan bagai,
seronok sebab lepas ni x yah pikir banyak sangat dah,
nak set up rumah yg difikir2 sebelum ni.
Alhamdulillah..Allah mudahkan urusan kami.
semua senyum gembira;)

Pilih Bilik.
Haa..ni saat yg paling menguji bagi tiap-tiap dari kami,
menanti ahli bilik dan akan duduk di bilik mana,
haha..:D time ni aku benar seronok tapi serius aku cakap, aku takut gak
hehe..bukan apa..aku takut menjadi penganggu kepada hidup orang,
kan berdosa tu,serius takut amat dengan pilihan yg kami reka sendiri tu.
haha:D tapi memang kelakar!
paling x leh lupa ,kami dah sedia nak undi sorang lagi x faham pulak..terpaksa terang,
bila dah terang.. xsetuju lak..so tukar lagi cara lain..begitulah seterusnya..
sehingga kami dapat keputusan untuk ikut idea Ai'syah.
last-last undi jugak..pengundi kami tu dia..Cik Hazirah^.^
bukan sebab apa, die duk sorang..so, die kene jadipengadil antara kami.
hah:D serius kelakar, sebenranya aku x kesah pun dapat bilik mana dan ahli bilk dengan sapa-sapa,
sebab aku dah kenal amat dah korang semua,
tapi tulah takut korang rasa terganggu lak,
for reader information, MH ni style study suka dengar lagu2, bercakap sorang, hehe^.^
that's why la bimbang ada yg x selesa.
tapi takdir dan ketentuan Allah  itu x siapa yg tahu.
Takdir itu bawa rahmat dan bahagia, kepada aku dan insyaAllah semua.

Kemas Bilik dan Set up.
Hari ni lak, masa kami untuk set up bilik kami masing-masing.
disebabkan bilik aku hanya ada satu katil,
awal2 akad lagi kami minta tuan rumah( sahib) tu masukkan kamtil,
then alhamdulillah lagi..Allah izinkan, maka sohib tu angguk, bagi!
so, malam ni katil masuk.
Aku ngan hazirah n solehana pergi lagi malam ni,
kemas bilik masing-masing.
Tujuan utama nak tolong dan tengok sendiri katil tu macam mana,
dan boleh sembang-sembang dengan keluarga sohib baru kami ni.

Tambah vocab bahasa Arab Ammi Jordan.
Masa sibuk-sibuk anak beranak ni pasang katil akt bilik aku,
adik kecil (anak sohib) namanya Abdulrahman.
jazzab(comel) sangat!
banyak bercakap,mujur die bukan seorang yg penyegan macam kebanyak anak-anak kecil di malaysia.
banyak perkataan baru aku dapat sebab borak dengan dia,
even bahasanya agak pelat sikit,
tapi masih  boleh difahami butir bicara budak tu.
seronok sangat!
family die dah rasa macam family sendiri dah pun.
Terubat rindu kat ummi dan babah di Malaysia.
terima kasih ye, Semoga Allah je yg bayar segala budi sohib baru ku ini.
serius..memang baik hati!
__________
so, tu je lah nak coretkan note malam ni.
fukosnya pindah rumah.
sekarang dah selesai separuh.
apa2 pun rindu n sedih nak tinggalkan sakan Yarmouk ni.
susah kat sinilah mengajar berbagai rasa dan pengertian,
memang kenee ingat sampai bila-bila,
dengan mula-mula dapat sakan ini terpisah lak dengan rakan2 IKIP batch 5 (banat) yg lain,
bikin sedih lagi, bila kat sini, ada itu ini sahaja..
tapi hampir selama setahun kat sini,
sayang lak nak tinggalkan sakan Yarmouk ini,
tapi tetap kena keluar jugak,
sebab 1: akad dah nak habis,
2 : mana tahu, junior2 pulak nak masuk sini,
dan yg ke 3: sebab kami dah sewa rumah baru, so kenelah isikan kenangan baru pulak disana.;)
sebelum tu, terima kasih aishiteru kat sahabat serumahku- Hazirah, Solehana, Hunafa', dan Aisyah.
semoga kita semakin kuat dan tabah untuk hari-hari esok yg meniti.
minta maaf salah silap, kita sama tegur-menegur dan bertolak ansur dengan segalanya.
InsyaAllah..ini proses belajar.
belajar urus oerasaan diri sendiri, dan perasaan sahabat disisi.;)
____________

so, cukup untuk malam ni.
MH letih nak rehat,
sengal-sengal badan ni angkat barang-barang berat.
tapi harap semua ni dapat hikmat dan digugurkan dosa insyaAllah.
sebelum tidur ni..saya banyak2..

Alhamdulillah,
Allahu Akbar,
Subahanallahil Azhim,
Lailahaillallah.
Lillahi taala.

dan lepaskan keluhan kerahmatan rabbula'lamin.<3!

Nota Kanvas: Mujahidah Hafizah.
Nota ditulis : 12:20 pm- Tuesday
Tempat tulis Nota: Sakan Yarmouk-Rumah no.5


MH x sesuai untukMU..tolonglah!

Apabila  ayat2 tuhan yg menggetarkan jiwa ku amati;-

" Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik".

MH sering berkelana sendiri,
mampu atau tidak,
harus ku tanggung sendiri,
kecewa dgn nasib diri,
mengenangkan takdir dari Illahi,
hiba x usah menunjuk rasa,
sedih x perlu datang menerpa jiwa,
semua telah dilalui walau kecewa melanda,
menebal maluku, apatah lagi tuk yg teristimewa.
jika sudi dikau terima,
izinkah dirimu jadi insan ke2nya...

__________

Ini bukan jiwang..bukan!
ini simpolis rasa jiwa kebuntuan.
antara dosa semalam-langkah hidup- dan cinta suci yg dinanti dari diri ini.
______
MH serah cuma...




MH Jatuh Cinta Lagi?

santun pekertimu, memikat hatiku
lembut tutur bicaramu,
membuat hatiku tekad padamu.

ku kunjungi laman fbmu,
menjengah ruang fikiran dan muamalahmu.
mencintaimu dalam diam
huh..begitu meyenangkan,
sehingga diri diutus rasa kesabaran.

menanti dan menerimamu,
rasa diri x punya kelayakan,
nak mendampingimu,
aku bimbang dikau curiga,
melepaskan org sesantunmu,
terasa berat kulakukan,
ingin bersama ..risau masalah berkunjungan.
_________________

mood: nak melepaskan sayang, x dilepaskan bimbang kecewa.
oh takdir apa yg harusku jalani ni?

puisi senior :- "SEDAR"


"SEDAR"
By
Firdaus Alfalanjai

hati tertipu tatkala aku keliru
Mata terpana andai aku melana
Jiwa melayang, jantung tergoyang
Benarkah aku menjadi hamba
Pada Tuhan pencipta segala?

Meski badan di bumi nyata
Meski otak dalam menyala
Insan berdiri megah
Sombong tidak terkata
Tidak kenal siapa dirinya

Bumi dan langit mula membenci
tatkala ribuan pohon mula menggugur
Membalas kerakusan manusia pelapah
Ibarat alam makin menyepi

Tanah semakin landai mengering
Laut dan sungai sukar berdesing
Ku tunggu panggilan alam kembali riang
Tapi sayang, hanya terbayang

Semakin dingin malam bersinar
Pagi menunggu penuh mekar
ku harap insan tersedar
Dari lamunan tidur tersasar
Penuh keikhlasan pada Tuhan
Sesungguhnya Dia Maha-Mendengar

copy from my batch 3 senior's blog :- 

Monday, May 28, 2012

Spesifikasi Minima Calon Isteri Yang Lelaki Mahu

Spesifikasi Minima Calon Isteri Yang Lelaki Mahu
--------------------------------------------------------

1. Solat fardhu cukup 5 waktu bila tidak uzur. 

2. Istiqamah (konsisten) baca al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat sehari. Baca al-Quran ni boleh tenangkan diri bagi perempuan yang emosi dia cepat marah or cepat berleter.

3. Menutup aurat. At least perlahan-perlahan ke arah tutup aurat dengan sempurna. Dari tudung singkat ke tudung tutup dada dan seterusnya. Dalam hati seorang lelaki yang baik sebenarnya suka yang bertudung labuh atau berpurdah walaupun dorang tak bgtau directly. 

4. Dia mungkin tak belajar tinggi-tinggi sampai Master, PhD. Tapi dia cintakan ilmu.

5. Tak perlu sangat pandai. Matang lebih perlu supaya dapat buat pertimbangan dengan baik. Tidak ramai lelaki suka isterinya lebih pandai dari suami. Jadi, kalau anda pandai, jangan menunjuk-nunjuk meninggi diri depan suami lak. Lelaki tercabar kelakian bila kamu bersikap demikian.

6. Lemah lembut, sopan. Garang pada tempatnya. Tegas pada tempatnya. Lelaki tak suka perempuan berlembut tiap waktu. Kena garang gak barulah lelaki hormat. 

7. Boleh memasak. Ciri ni perlu ada walaupun dia hanya pandai masak air, nasi, goreng telur mata kerbau je. Tak cun takpe, janji masak boleh. Kalau cun, masak failed watpe. Lelaki kahwin bukan nak jadikan u perhiasan je kat umah.

8. Muka natural. Make-up tu boleh. Tapi sebenarnya lelaki tak gemar perempuan make-up tebal2. Ala kadar je dah la. Make-up tebal kat mata memang kurang diminati.

9. Tang pakaian pula. Tak kisah fesyen jenis apa, janji tutup aurat. Lelaki Melayu suka wanita berbaju kurung sebab nampak ayu je. Mungkin ada juga yang suka perempuan tu pakai jeans dan shirt, tapi dia tengok sekali je pun. Kalau pakai jubah or baju kurung, konfem dia tengok banyak kali. 

10. Wajah. Wajah tak perlu sangat cantik. Cantik budi pekerti tu lagi perlu. Sekurang-kurangnya mulut tu tak laser, tak mengata orang ikut suka hati dia je. Memang lelaki suka perempuan cantik, tapi kalau perangai tak elok dan menyakitkan hati, baik dia pilih yang sederhana je tapi boleh buat hati tenang. Kahwin ni nak cari ketenangan, bukan nak serabutkan otak dengan perangai2 entah pape kau.

11. Wanita materialistik dan cinta wang dibenci lelaki. Lelaki juga tak suka wanita yang kuat mengongkong, tuduh bukan-bukan, tidak percayakan pasangan, cepat prasangka. Sportingla sket.

12. Suka budak-budak. Ciri-ciri keibuan terserlah bila tengok budak, dia nak dukunglah ribalah. 

13. Pandai al-Quran walaupun takdelah pandai sangat. Sekurang-kurangnya dia boleh ngajar alif-ba-ta dan surah-surah lazim anak-anak nanti. Penting sebab ibulah guru pertama dalam keluarga. Ayah boleh ngajar, tapi garanglah.

14. Boleh hidup susah. Contohnya kahwin dengan lelaki miskin, walaupun perempuan ni dari kalangan orang senang, tapi dia boleh membiasakan dengan hidup susah bersama-sama suami. Oh sangat sweet hidup susah senang bersama-sama ni tanpa merungut-rungut tak boleh tahan dengan kemiskinan hidup.

15. Dia tak suka cakap yang tidak baik tentang lelaki dia dan cerita pula pada kawan-kawan dia. Andai suami dia tak baik sekalipun, dia bersyukur dia ada suami. Ramai kot yang tak dapat kahwin kat luar sana tu.

16. Suka bagi semangat. Sekurang-kurangnya dia cuba senyum walaupun hatinya sedih. Lelaki tak perlu hadiah2 segala bagai pun, cukuplah dengan satu senyuman dah orait dah pun.

17. Cinta. Bila dia cinta, selama-lamanya dia cinta selagi laki tu tak curang. 

18. Boleh berkongsi masalah. Walaupun tidak mampu selesaikan masalah, at least dia boleh jadi good listener dan tenangkan hati suami.

19. Ingat hari-hari penting. Contoh ingat tarikh perkahwinan, birthday dll yang penting. Tapi, kalau nak lagi cantik, ingat juga hari-hari penting dlm Islam. Cthnya, ingatkan hari Isnin dan Khamis untuk puasa bersama-sama.

20. Sikap malas memang ada, sampai terlupa buat segala kerja umah. Tapi bila suami pulang, dia tak segan untuk cium tangan suami dan minta maaf atas kemalasan beliau. Sekali-sekala malas tu boleh, tapi kalau hari-hari malas memang nak kena hantar masuk PLKN ni.

21. Hormat orang tua walaupun mertua wat tak mesra dengan dia. Cuba gak amik ati orang tua walaupun tak reti.

22. Boleh ingatkan suami supaya jaga solat, ingatkan anak-anak suruh solat. Kalau suami ada kekurangan, dia tolong cover dan juga sebaliknya. Tak salah isteri ingatkan suami tanggungjawab2 seorang suami. Bantu suami jaga keluarga supaya dapat masuk syurga satu famili.

23. Ingatkan awal-awal lagi anak-anak perempuan tentang aurat supaya tak berulang kes kejahilan yang sama seperti dirinya masa muda-muda dulu.

24. Sedia maafkan suami kalau suami ada wat salah. Pandai wat-wat majuk tapi jangan over majuk plak. Kalau suami nak cari lain, tanya dulu apa kekurangan diri. Kalau kurang, nak perbetulkan. Tapi, kalau suami nak kahwin lain gak, bincang elok-elok dulu sblm pasrah.

25. Kadang-kadang bangun malam dan doakan untuk pasangan dia panjang umur, bahagia dan tua bersama-sama sampai mati dan bersambung lagi bahagia di syurga nanti. Juga doa anak-anak jadi soleh dan solehah. Mungkin dia bukan seorang yang sangat baik, tapi dia ada impian punya suami dan anak-anak yang baik dan beragama. "Doaku Untukmu sayang - Wali Band" gitu.

26. Ada di sisi tika suami sakit, letih, stress. Bolehlah picit2 pale suami tu.

27. Dia redha, terima seadanya pasangannya itu. Tapi bukan awal-awal dah terima pasangan yang enggan ubah sikap buruk sebelum nikah.

28. Senyum selalu adalah ubat terbaik hati lara lelaki. Senyum itu sedekah :)

29. Malu. Antara ciri penting. Dia mungkin garang, tapi dia pemalu. Dia mungkin cakap banyak dengan kawan2 perempuan dia, tapi dia malu dengan lelaki. Yang terbaik, dia bukan saja malu dengan manusia pada tempatnya, tapi malu pada Allah. 

30. Akhir sekali (kot) dan yang penting sekali, dia suka kamu dan setuju nak kawin dengan kamu ler. hehe. Spesifikasi panjang, tapi dia tanak nikah dengan kamu watpe gak. kikiki.

Originally by : Syabab Musafir Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang