بسم الله الرحمن الرحيم
Indah kalam Rasul junjungan, mengajar erti perjuangan, perlukan keteguhan, azam, istiqamah
teguhkan pendirian, jangan midah terhalang, janji Allah pasti datang.
teguhkan pendirian, jangan midah terhalang, janji Allah pasti datang.
Islam itu tinggi, tidak ada yang lebih tinggi daripadanya, Rasul bermadah lagi..
1 janji, 1 inspirasi..
islam tidak dapat ditandingi, cuma yang belum pasti,
Adakah kita tinggi peribadi?
untuk memikul amanah suci,
bagi merebut pandangan Illahi,
Sebagai jilul quran yang tersendiri,
ayat Allah cukup menggetarkan,
biar tak teragak membuat tapisan,
buat hamba-Nya yang bermalasan,
sentiasa mencipta alasan,
liat dengan dakwah dan peningkatan,
mahu diketuk berterusan,
tidak mengejutkan penggerak iman,
cinta Allah dianggap khayalan,
bimbang kelak diri akan terbuang,
dari jalan dakwah penuh ujian,
dibiarkan Allah dengan keasyikan,
tertipu daya jaln kehancuran.
Ketahuilah duhai remaja,
Allah memelihara jalan-Nya,
agar disusuri hati yang bersih,
sarat ketakwaan,
merindui wajah-Nya,
jua keredhaan-Nya,
itulah jiwa insan perjuang,
bimbinglah dirimu wahai remaja,
daripada memiliki jiwa munafik,
yang hanya bertopeng ketaatan..
By: Mujahidah Hafizah.
No comments:
Post a Comment