"Kalau aku dipilih Allah untuk menjadi seorang Guru,
maka aku akan menjadi Murabbi,
dan Daie buat anak didikku,
Jika Aku dipilih Allah menjadi Guru,
Maka aku akan cuba sedaya upaya
meresapi jiwa anak didikku
dengan sunnah perjuangan
Nabiku-Muhammad SAW,
Jika Aku dipilih Allah menjadi seorang guru,
Maka aku ingin sebarkan semua ilmuku
kepada generasiku,
Jika Aku dipilih Allah menjadi seorang guru,
Maka aku akan binakan sebuah harapan baru
agar mereka tidak jahil sepertiku dahulu,
Aku ,
akan sampaikan sesuatu
yang guruku dahulu pernah ceritakan padaku,
Aku ,.
akan berikan mereka sesuatu
yang dapat membahagiakan diri mereka seadanya,
sehinggakan apabila aku sudah tiada nanti
mereka akan bersaksi
bahawa akulah ummat wasaton
yg telah mencuba sehabis daya bukan hanya mendidik mereka ,
tetapi juga membawa mereka
hidup berpegangkan jalan Allah."
-Akulah Guru,Dai'e dan Murrabi.-
Puisi ciptaan : MH91.
18 April 2012.
Irbid,Jordan.
Puisi ciptaan : MH91.
18 April 2012.
Irbid,Jordan.
_________________
'akulah insan yang dipilih Allah untuk menjadi :-
-salah satu dari ini...
* G U R U ,
* M U R A B B I ,
atau....
* D A I' E . . .
atau kesemuanya..
maka Aku..
aku adalah khalifah..
tugas aku bukan hanya ...
makan,tidur, belajar, berehat sahaja...
tetapi ,
tugas aku adalah sebesar ini!
" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, " aku hendak menjadikan khalifah di bumi," Mereka berkata,"Apakah Engkau hendak menjadikan orang yg merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman," sungguh ,Aku mengetahui apa yg tidak kamu ketahui ."[ 2:30]
-k h a l i f a h d i m u k a b u m i-
" Aku tidak menciptakan jin dann manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku."
[ 52 : 56 ]
- b e r i b a d a h @ s u j u d m e n y e m b a h h a n y a k e p a d a A l l a h -
________________
Allah telah mengkhabarkan kepada kita bahawa tugas kita sebagai hamba Allah bukan hanya terhenti pada diri kita sahaja tetapi turut melibatkan kehidupan lain yg berada disekeliling kita,jadi Allah telah menjadikan kita sekali lagi, sebagai 'ummat wasaton' iaitu ummat pertengahan yg agar kita menjadi saksi kepada manusia - manusia yg telah menebarkan ilmu-ilmu mereka dengan ikhlas kepada kita, dan kita pula..sebagai penyambung ummat kepada mereka yg bakal meneruskan kerja - kerja hasil tinggalan tangan - tangan kita.
" Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) " ummat pertengahan " agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu."[ 2: 143]
Namun, tidak lah sesuai jika dikatakan segalanya bagaikan mudah dilakukan, kerana apabila ingin menjadi seorang guru, daie atau murrabbi, maka seharusnya kita lebih mengetahui tentang tugas utama kita-perhambaan kepada Allah.Dalam pada itu, kita hendaklah meletakkan diri sebagai seorang pemberi ingatan kepada insan lain.Biar dikata buat-buat baik sekalipun, lantas katakanlah...Ya!..memang aku baik dan aku ingin menjadi lebih baik!
kerana apa..?,
kerana Allah sukakan hambanya yg baik.
kerana apa..?,
kerana Allah sukakan hambanya yg baik.
Allah telah memberi panduan - panduan yg cukup lengkap.Saya kira kalau ditadabbur ayat- ayat Cinta Allah yg telah lama dipersembahkan pada kita hari ini,mungkin sahaja manusia hari ini akan hidup penuh rasa penghambaan dan kenal pada penciptanya.
Persoalan aku ini jahat atau baik,itu semua di tangan kita,samada mahu memilih untuk menjadi baik atau jahat.Tetapi, saya ingin menegaskan di sini, bahawa sejahat mana pun kita ketika ini, fitrah kita tetap sama kerana kita ingin menjadi baik dan sekurang- kurangnya sukakan kebaikan.Betul tak?
Persoalan aku ini jahat atau baik,itu semua di tangan kita,samada mahu memilih untuk menjadi baik atau jahat.Tetapi, saya ingin menegaskan di sini, bahawa sejahat mana pun kita ketika ini, fitrah kita tetap sama kerana kita ingin menjadi baik dan sekurang- kurangnya sukakan kebaikan.Betul tak?
************
Ini antara langkah pembaharuan yg bakal saya lakukan, sekira..
"Jika Aku Di pilih Allah menjadi Guru",:-
1- saya akan cuba menyediakan template/ nota cinta hati saya pada yg Esa, kepada pelajar -pelajar saya setiap kali kelas bersama saya.
2- saya akan mencuba menarik mereka dengan berkongsi sepotong dua ayat alquran yg saya sendiri akan mengambil tindakan mengahafal, memahami, dan mentadabbur ayat - ayat tersebut terlebih dahulu sebelum berkongsi kepada mereka. Kemudian, saya akan membacakan kepada mereka dengan sebaik mungkin,seterusnya menceritakan kepada mereka asbab dan munasabab turunnya ayat- ayat yg dipilih dengan keterangan yg mudah difahami agar terbinanya fikrah yg jitu dalam minda dan hati mereka, agar mereka tidak mudah lagi diperkotak - katikkan oleh dunia jahilyyah, arus kehidupan semasa,dan jika berkempuan dan tidak memaksa, namun saya berharap agar pelajar-pelajarku dapat menghafalnya sebagai hujah untuk menjadi penyelesaian hidup mereka saban hari.Di situ saya berharap, mereka tidak lekas condong dan melengcong terlalu jauh jika terjatuh dalam bulatan pusar jahiliyyah.
3- Jika saya sememangnya guru ketika itu, saya tidaklah mahu menghadkan diri saya untuk mengajar subjek Pengajian Islam sahaja yg kononnya wanita yg bertudung labuh sahaja hanya layak megajar subjek Pendidikan Islam, Tasawur , Pendidikan Al-quran dan Sunnah,dan pelbagai lagi subjek keagamaan..tetapi saya ingin menjadi guru yg serba- serbi boleh.Berilah apa sahaja tugasannya, saya ingin buktikan sesuatu bahawa wanita bertudung labuh bukan hanya setakat di bidang tersebut sahaja.In syaa Allah.Di situ, saya ingin sehabis daya dengan izin Allah untuk menjadi khudwah yg terbaik buat generasi anak didik saya dengan akhlak yg telah ditunjukkan oleh murabbiku dan yg paling penting khudwatuna-Nabi Muhammad SAW.
Bagi saya, mendidik generasi insaniyyah bukan hanya kita berkata - kata atau kata lain menyampaikan fakta sahaja, tetapi seboleh mungkin seorang yg sudah memiliki ilmu-guru,da'ie dan murabbi- saya kira akan bersikap lebih tawadu' dan sangat berkasih - sayang terhadap anak didiknya dan cuba sedaya upaya menyampaikan dengan pelbagai cara hatta dengan menelusuri akhlak org yg soleh(baik).Menjadi yg terbaik bukan hanya perlu buat - buat baik, tapi memang seharusnya berubah menjadi baik..sebab baik itu perlukan keihlasan dan hati yg tenang dan terbuka untuk segalanya.
Bagi saya, mendidik generasi insaniyyah bukan hanya kita berkata - kata atau kata lain menyampaikan fakta sahaja, tetapi seboleh mungkin seorang yg sudah memiliki ilmu-guru,da'ie dan murabbi- saya kira akan bersikap lebih tawadu' dan sangat berkasih - sayang terhadap anak didiknya dan cuba sedaya upaya menyampaikan dengan pelbagai cara hatta dengan menelusuri akhlak org yg soleh(baik).Menjadi yg terbaik bukan hanya perlu buat - buat baik, tapi memang seharusnya berubah menjadi baik..sebab baik itu perlukan keihlasan dan hati yg tenang dan terbuka untuk segalanya.
# mukhsinin : org yg baik yg ikhlas padanya apabila beramal#
4-Jika saya bukan guru yg berkaitan keagamaan,sebagai contoh lain subjek matematik, sains..maka saya akan cuba mencari sesuatu ideologi baru untuk berkongsi rasa iman dengan mereka anak didikku.Dengan itu, saya akan cuba mengaitkan fakta-fakta tersebut dengan kisah-kisah perkhabaran yg terdapat dalam al-quran, hadis, dan mana- mana kitab yg saya kira ianya perlu untuk membentuk mereka agar mempunyai pendirian yg tetap sebagai seorang yg mengakui islam di samping saya dapat menambahkan penghayatan saya yg serba kekurangan ini dengan sama-sama membina kekuatan bersama pelajarku.Saya tidak mahu membiarkan mereka tercari- cari lagi kebenaran seperti saya tercari - cari dahulu.Dan saya akan cuba memberi tahu dan membuka pintu jalan yg seharusnya mereka lalui dalam kehidupan yg penuh denau dosa ini.Setidaknya saya ada hasrat untuk merubah satu kaum(generasiku) selepasku.
Saya tidak mahu meneruskan hidupku penuh dgn teka teki,
sedangkan di tanganku sudah lama ada yg menjawabnya-
alQuran!
sedangkan di tanganku sudah lama ada yg menjawabnya-
alQuran!
maka, sekiranya aku menjadi seorang guru,
aku telah pun berani memikul amanah ini
kerana sebenarnya aku telah berjanji sejak aku di janin lagi ,
aku telah berjanji akan menjalankan amanah ini, iaitu mengangkat kalimah Tuhanku...
kerana sebenarnya aku telah berjanji sejak aku di janin lagi ,
aku telah berjanji akan menjalankan amanah ini, iaitu mengangkat kalimah Tuhanku...
لا ال الا الله محمد الرسول الله
__________
Di sini sahaja perkongsian saya untuk petang ini, sekadar luahan diri yg baru sahaja keluar dari gelombang jahilyyah yg berniat :
jika aku dipilih Allah suatu ketika nanti menjadi seorang guru,
jika aku dipilih Allah suatu ketika nanti menjadi seorang guru,
aku takkan biarkan mereka- generasiku tercari- cari lagi identiti mereka seperti mana aku tercari identitiku sebagai seorang yg mengakui islam.
Aku tidak mahu ianya terlambat bagi mereka- anak didikku.
Aku tidak mahu ianya terlambat bagi mereka- anak didikku.
Maka, di sini...,wahai sahabatku sekalian,
doakanlah aku agar menjadi seorang khalifah yg bertaqwa.
doakanlah aku agar menjadi seorang khalifah yg bertaqwa.
~amiin~
_______________
ditulis di: KanvasNota Mujahidah Hafizah.
masa : 06:07 petang,
waktu Irbid, Jordan.
- الحمدلله-
2 comments:
mashaAllah ukhti...sangat terkesan di hati penulisan ini.Moga Allah beri kekuatan kepada kita semua...
Terima kasih kaq..saya sedang berubah diri saya untuk merubah mereka2 di luar sana..doakan saya kuat!
Post a Comment