Monday, April 2, 2012

KRI : Bangkit Ikhwanul Muslim!!!

BERITA TERKINI  IKHWAN MUSLIMIN :



*********************

Seluruh dunia dikejutkan dgn keputusan Ikhwan Muslimin secara rasmi meletakkan calon presidennya dalam pilihanraya akan datang

sedangkan Ikhwan Muslimin sebelum ini sentiasa menegaskan dalam sidang media bahawa gerakan itu tidak akan meletakkan calonnya bg menolak segala tohmahan liar dr pihak musuh luar dan dalam negara bahawa Ikhwan Muslimin
merancang menubuhkan negara 'agama' yg diktator seperti zaman kegelapan Eropah di bawah pimpinan golongan fanatik agama Kristian. 

Kenyataan Ikhwan Muslimin sebelum ini juga bertujuan menolak tohmahan yg
mendakwa bahawa gerakan itu cuba memonopoli seluruh kerusi kepimpinan dan
pentadbiran Mesir sehingga memberi kesan negatif kpd golongan minoriti seperti Liberal, Sekular dan Kristian. 

Akan tetapi keterbukaan Ikhwan Muslimin ini sedikit pun tdk dihargai oleh golongan minoriti ini sehingga mereka menggunakan 100% media cetak dan televisyen utk memburuk-burukkan Ikhwan Muslimin serta menghasut rakyat ttg
bahayanya Ikhwan Muslimin terhadap masa depan Mesir dan rakyat.

Kejahatan golongan minoriti yg didalangi Amerika Syarikat ini lebih terserlah apabila mereka menghasut Majlis Tentera supaya membatalkan keputusan
pilihanraya umum sebelum ini, bahkan mereka juga bertindak menafikan hak parlimen Mesir dalam memutuskan sebarang keputusan berkaitan dgn penggubalan Perlembagaan Mesir yg baru. 

Majlis Tentera pula semakin jelas persekongkolannya dgn rejim Mubarak apabila masih membiarkan talibarut2 Mubarak bebas melakukan apa sahaja tindakan jahat mereka bg menghuru-harakan Mesir, melemahkan pengaruh Ikhwan Muslimin dan mengalih pandangan rakyat drpd memberi tumpuan kpd pilihanraya akan datang dgn pelbagai cara yg diketahui umum seperti krisis gas, petrol, pengangkutan awam, peningkatan kadar
jenayah dan sebagainya. 

Kejahatan Majlis Tentera tampak lbh jelas apabila desakan dari parlimen supaya menjatuhkan kerajaan sekarang pimpinan Al Janzuri ditolak dgn kuasa VETO nya seolah-olah parlimen sekarang ini bukan mewakili suara rakyat. Parlimen
berulang-ulang kali mendesak Majlis Tentera membentuk kerajaan lain kerana kerajaan sekarang jelas gagal dalam pentadbirannya, buktinya semakin banyak krisis dan campurtangan luar berlaku serta tidak ada apa-apa kemajuan dalam membela nasib rakyat terutamanya yg berkaitan dgn kemiskinan, peluang pekerjaan, gaji pekerja dan sebagainya. 

Demi menjaga masa depan Mesir dan rakyat dari terus dirosakkan oleh petualang2 negara bertopengkan Majlis Tentera dan Majlis Menteri (kerajaan sekarang), juga bertujuan menyelamatkan ekonomi Mesir dari terus dilumpuhkan oleh 'hantu-hantu' Mubarak yg masih bebas, seterusnya menutup pintu-pintu campurtangan luar yg diketuai Amerika Syarikat, maka Ikhwan Muslimin mengambil langkah bijak tepat dengan masanya dengan mengisytiharkan Khairat As Syatir sebagai calon presidennya. 

Sebaik sahaja keputusan itu dibuat nampak jelas suasana huru-hara, kelam-kabut, hilang punca, hilang akal dan sakit jiwa melanda golongan Sekular, Liberal, Kristian, Majlis Tentera, Majlis Menteri dan yg sewaktu dengannya
seperti baru sahaja dilanggar angin puting beliung atau tsunami yg amat dahsyat. Rupa- rupanya perancangan jahat mereka utk melumpuhkan pengaruh Ikhwan Muslimin semenjak revolusi kembali menghempap muka dan kepala mereka sehingga hampir mati kelemasan. 

Pihak musuh juga tersedar dari lamunan mimpi indah bahawa mereka sekarang bukan berdepan dengan seorang calon Ikhwan Muslimin, sebaliknya ada dua lg calon (walau pun tdk rasmi) yg tdk kurang hebatnya dan besar pengaruhnya iaitu
Abdul Mun'im Abul Futuh (yg diminati pemuda2 Ikhwan Muslimin) dan Hazim Solah Abu Ismail (yg mendapat sokongan golongan salafi).

Ringkas katanya pihak musuh sekarang ini sudah kalah bertempur dalam medan perang politik bersama Ikhwan Muslimin, dan ternyata Ikhwan Muslimin amat berpengalaman dalam percaturan politik Mesir yg begitu mencabar. 

Seluruh rakyat Mesir kenal Khairat As Syatir ini kerana sejarah agungnya menentang rejim Mesir yg zalim semenjak zaman Jamal Abdul Nasir lagi. Beliau pernah dipenjarakan pd zaman Jamal Abdul Nasir, dibuang kerja pada zaman
Anwar Sadat, dipenjarakan selama 12 tahun pd zaman Mubarak melalui kuasa mahkamah tentera dan semua hartanya disita. Jutawan Ikhwan Muslimin ini juga diyakini rakyat dalam membangunkan kembali ekonomi Mesir kerana
beliau pernah merangka plan pembangunan Mesir dgn kerjasama 1000 orang pakar ekonomi Mesir yg lain sebelum ini. Tambahan pula beliau mempunyai hubungan yg luas dgn tokoh2 ekonomi negara2 Arab dan lainnya. Semoga
Allah memberikan kemenangan kpd beliau.
Allahu Akbar!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang