Thursday, April 5, 2012

KRI :Tadabbur Surah Al-Kauthar

سورة الكوثر

بسم الله الرحمن الرحيم

(1) إِنَّآأَعْطَيْنكَ الكَوْثَرَ
(2)فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
(3)إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الأَبْتَرُ

Terjemahan:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih , Maha Penyayang.

1.Sungguh, Kami telah memberimu( Muhammad) nikmat yang banyak,
2.Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah
 ( sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah),
3. Sungguh, orang - orang yang membencimu dialah yang terputus
 ( dari rahmat Allah).

صدق الله العلي العظيم

Intisari ayat yang boleh diambil pengajaran:

* Allah telah memberikan kita( manusia) berbagai nikmat, maka ucapkan rsa kesukuran penuh tawadu'k kepada Rabbul Izzati-Allah.
kerana segalanya hanyalah milikNya -Tuhan Semesta Alam.

*Oleh itu, marilah kita bersama( yang percaya akan Allah ), berusaha menlaksanakan solat
sebaik mungkin, mendalami ilmu2 berkaitan solat, agar kita mengecapi rasa tawadu'k ( berserah diri kepada Allah dalam solat, dan di luarnya).

*Dan kita perlu berkorban kerana Allah, meninggalkan sesuatu yang tiada memberi kesan yang lebih baik dari hal yang diperintahkan Allah kepada kita.

* dan sekiranya kita telah berusaha ke arah ini, jika Allah menguji kita dengan mendatangkan insan yang masih membenci kita kerana memperteguhkan (pengorbanan kerana Allah), maka berasa gembiralah kerana berada dalam rahmat Allah,manakala mereka yang membenci itu jauh dari Rahmat Allah.

*************
pengisian rohaniahku.
06:35 malam
( isnin)-Irbid,Jordan.

Subahanllah, Walhamdulillah, wa la ilahaillalah,Allahuakbar.
Alhamdulillah:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang