Monday, May 7, 2012

DISKUSI BERSAMA SAHABAT FACEBOOK :- PETANG ISNIN 7-5-2012


DISKUSI BERSAMA SAHABAT FACEBOOK :- PETANG ISNIN 7-5-2012
_______________________

PERSOALAN DAN KOMENTAR ADALAH SEPERTI BERIKUT :
Soalan dari saudara Suhaimi Asyar Raden .:
Harap masyarakat bolh terus menerima kami secara terbuka dn anggap kami normal. Berilah kami masa krna MUNGKIN SATU HARI KAMI AKN DAPAT HIDAYAH" kata Hazlinda (seorng pondan)

"Masyarakat anggap Gay lbh jijik berbanding kumpulan lain terutama Lesbian. Kumpulan biseksual dn transeksual jg tdak di pandang sesinis Gay. INI TIDAK ADIL, JIKA HENDAK DI BENDUNG, BENDUNGLAH KESELURUHAN KUMPULAN "LGBT".akhiri Haris Aznor (gay mlayu)..

Petikan dri SINAR HARIAN edisi Slngor ISNIN 07 05 2012... ayat yg saya besarkn... apakh yg dapat kita fahami n fikirkn bersama... sekurang2 nya mngambil pluang dasar "FIKIR ATAS UMAT"..★tink★®…

p/s...harap Al-Mahdi sudi komen status ni sblum crita bnda2 besar..tq

  • You and 2 others like this.

    • Qarirah Qatrunnada Hmm..nok buat guane makhluq gini?? Muzakarah sikit..
      11 hours ago via mobile ·  ·  1

    • Mujahidah Hafizah Suhaimi Ahyar Raden : saya mempunyai beberapa sahabat yg cenderung kearah isu, turut rasa terpanggil meluahkan komitmen saya sebgai seorg sahabat seislam.Saya amat terharu dengan jiwa2 'mereka' kerana mereka begitu tekad dengan perubahan diri mereka.

      Mereka juga sangat baik hati, sangat memahami lemah lembut juga perasaan mereka ini, namun begitu..memeng benarlah jika sesuatu yg benar itu perlu dijelaskan walaupun kepahitan jua yg harus ditelan. 

      __________________
      Rasulullah s.a.w. pernah mengumumkan, bahawa perempuan dilarang memakai pakaian Lelaki dan Lelaki dilarang memakai pakaian perempuan . Disamping itu beliau melaknat Lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai Lelaki . Termasuk diantaranya, ialah tentang perkataannya, geraknya, cara berjalannya, pakaiannya, dan sebagainya.

      Sejahat-jahat bencana yang akan mengancam kehidupan manusia dan masyarakat, ialah kerana sikap yang abnormal dan menentang tabiat. Sedang tabiat ada dua: tabiat Lelaki dan tabiat perempuan. Masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri. Maka jika ada Lelaki yang berlagak seperti perempuan dan perempuan bergaya seperti Lelaki, maka ini berarti suatu sikap yang tidak normal dan meluncur ke bawah.

      Rasulullah s.a.w. pernah menghitung orang-orang yang dilaknat di dunia ini dan disambutnya juga oleh Malaikat, diantaranya ialah Lelaki yang memang oleh Allah dijadikan betul-betul Lelaki, tetapi dia menjadikan dirinya sebagai perempuan dan menyerupai perempuan; dan yang kedua, iaitu perempuan yang memang dicipta oleh Allah sebagai perempuan betul-betul, tetapi kemudian dia menjadikan dirinya sebagai Lelaki dan menyerupai orang Lelaki (Hadis Riwayat Thabarani). Justru itu pulalah, maka Rasulullah s.a.w. melarang Lelaki memakai pakaian yang dicelup dengan 'ashfar (zat warna berwarna kuning yang biasa dipakai untuk mencelup pakaian-pakaian wanita di zaman itu).

      Ali r.a. mengatakan: "Rasulullah s. a. w. pernah melarang aku memakai cincin emas dan pakaian sutera dan pakaian yang dicelup dengan 'ashfar" (Hadis Riwayat Thabarani)

      Ibnu Umar pun pernah meriwayatkan: "Bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melihat aku memakai dua pakaian yang dicelup dengan 'ashfar, maka sabda Nabi: 'Ini adalah pakaian orang-orang kafir, oleh kerana itu jangan kamu pakai dia.'"
      ___________

      2 hours ago ·  ·  1

    • Mujahidah Hafizah Takrif lelaki lembut ialah rangkai kata lembut lembai (dialek Kedah) yg bermaksud orang lelaki yg berjalan seperti orang perempuan. Lelaki yang lembut sering kali suka kepada pekerjaan wanita seperti mengemas rumah, memasak, berhias, berperasaan atau sikap seperti wanita dan sebagainya. Lazimnya lelaki lembut ini tidak suka kepada pekerjaan-pekerjaan yang berat sepertimana pekerjaan lelaki.



      Lelaki yang lembut adalah anugerah Allah dan tidak dilaknat Allah selagimana dia tidak melakukan perbuatan sumbang. Semua kejadian manusia dan alam ini adalah dari Allah, mereka juga dijadikan dengan sebaik-baik kejadian tanpa cacat cela. Firman Allah yang bermaksud :

      “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).” (At-Tin : 4)

      Lelaki yang lembut juga memerlukan layanan yang baik sepertimana orang lain, tetapi malangnya masyarakat melayu sekarang ini rata-ratanya melayan mereka ini seperti orang yang tidak bermaruah. Sesiapa yang mempunyai sahabat, keluarga, anak atau sebagainya dianggap malang kerana mengundang kutukan atau celaan orang lain. Mereka lupa sebenarnya ini semua adalah anugerah Allah kepada keluarga atau masyarakat tersebut. Allah hendak menguji mereka bagaimana mereka mendidik lelaki lembut ini atau mereka memdidik lelaki lembut ini kearah kemaksiatan seperti seks sejenis (homoseksual), lesbian atau sebagainya. Baru-baru ini telah digemparkan dengan kisah Fadhil Min yang berkahwin songsang dengan lelaki Inggeris.

      Sebenarnya lelaki lembut ini perlu dibimbing mereka ke arah yang dikehendaki oleh syariat supaya mereka tidak terjebak dalam masalah sosial seperti yang dinyatakan di atas. Keluarga perlu bertanggungjawab mengarahkan anak lelaki mereka yang lembut seperti, tidak membiarkan anak lelaki mereka memakai pakaian anak-anak perempuan, tidak membiarkan anak lelaki mereka berkawan dengan perempuan, tidak membiarkan anak lelaki mereka memasak dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan anak lelaki yang lembut tidak mempunyai perasaan perempuan atau cinta songsang.

      Sebagai masyarakat, kita tidak semestinya meminggirkan mereka yang lembut ini, kerana kebanyakkan kes yang berlaku seperti pondan atau mat nyah ini adalah disebabkan keluarga dan masyarakat yang meminggirkan mereka. Sebagai masyarakat, kita seharusnya membimbing mereka ke arah apa yang dikehendaki oleh Islam dan memberikan semangat kepada mereka supaya tidak terasa hina dan terpinggir. Sebenarnya lelaki yang lembut ini juga mempunyai kelebihan yang tersendiri yang tidak mampu di buat oleh lelaki biasa. Di antara kelebihannya ialah memasak, mengemas rumah, menjahit dan sebagainya.

      Sebagai seorang lelaki yang lembut, anda tidak perlu merasa diri ini hina dan menjadi bebanan kepada keluarga tersebut. Anda juga perlu ingat ini semua adalah ketentuan Allah dan setiap ciptaan Allah tidak sia-sia. Ramai lelaki yang lembut berjaya mengharumkan namanya seperti menjadi pengacara TV, menjadi artis, jadi penceramah, guru, ustaz dan sebagainya. Ini sekaligus menafikan bahawa lelaki lembut ini tidak berguna. Firman Allah yang bermaksud :

      “Setiap anak yang dilahirkan adalah berkeadaan fitrah”.

      Kepada sesiapa yang mempunyai sifat lelaki lembut, anak atau kawan yang lembut, mereka tetap lelaki dan hukumnya juga tetap lelaki. Mereka hanya mempunyai perwatakan sahaja lembut seperti wanita, tetapi ketentuan hukum fiqh adalah lelaki. Pergaulannya dengan perempuan tetap haram atau menyerupai wanita juga tetap haram. Ada setengah lelaki lembut ini menganggap diri mereka perempuan sehinggakan mereka berpakaian seperti perempuan, bergincu, seluar ketat, rambut sangul dan malah ada yang bertudung. Kalau yang lebih teruk lagi mengadakan hubungan songsang iaitu jatuh cinta kepada lelaki dan tiada selera keinginan kepada wanita. Ini semua terjadi adalah anggapan mereka yang tertipu dengan syaitan dengan mengatakan bahawa mereka adalah perempuan. Daripada Ibn Abbas r.a. katanya :

      “Rasulullah SAW melaknat lelaki yang berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki, dan kata baginda lagi “halau mereka dari rumahmu.” (Sahih Bukhari)

      Kembalilah ke pangkal jalan dan bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat dan berjanji tidak lagi mengulangi perbuatan yang terkutuk ini. Allah sangat membenci dan melaknat orang yang melakukan hubungan luar tabi’i. Berhijrahlah diri anda dari perlakuan yang lama kepada perlakuan yang baru, supaya hidup ini menjadi berkat dan menjadi hamba Allah yang baik ( Sifat Mahmudah). Seringlah takut akan azab Allah yang amat dahsyat kepada sesiapa yang melanggar perintah dan hakikat kejadian manusia. Firman Allah yang bermaksud :

      “Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." (Al-Syams : 7-10)

      Kesimpulannya 

      Lelaki lembut adalah dari ciptaan Allah dan ini semua adalah dari kehendak Allah. Sebagai manusia yang bertaqwa kepada Allah, maka wajiblah kita menerima segala ketentuan dan ketetapan Allah ke atas diri kita. Berbahagialah orang yang menerima ketentuan dan ketetapan Allah, dirinya akan merasa tenang dan akan ditambah cahaya iman dan taqwa di dalam dirinya. Positifkan pemikiran dan berdoa : “aku tidak akan melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah seperti bercinta atau mempunyai keinginan songsang. Aku akan menjadi suami kepada seorang isteri yang solehah dan menunaikan segala amanah dan tanggungjawab aku sebagai suami.” Mudah-mudahan Allah akan memakbulkan segala permintaan kita semua, Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani, seringlah ingatkan Allah dan seringlah memohon pertolongan kepada Allah untuk mengeluarkan diri kita dari segala kesusahan.
      _______________________________

      buat saudara Suhaimi Asyar Raden, saya hanya sahabat yg turut bersimpati segelintir dari masyarakat seperti anda dan sahabat2 saya sendiri, namun kententuan Allah boleh dirubah dengan adanya semangat dan kekuatan dari dalam diri sahabat untuk merubahnya dari dalam.,saya harap dari perkongsian ini, dapat memberi fikrah yg ideal dan semnagt baru buat saudara, saya yakin sahabat boleh!..insyaAllah.

      2 hours ago ·  ·  1

    • Ibnu Khalid Al Bugisi sebenarnya asalnya masalah jiwa mereka nih
      2 hours ago ·  ·  1

    • Suhaimi Ahyar Raden الحمدلله 

      sdri baca status ni di wall saya n dlm dua tiga group lain...

      2 hours ago via mobile ·  ·  1

    • Suhaimi Ahyar Raden 
      Saya faham Insya ALLAH.. dgn hal ini, tpi saya mrmandang dri sudut lain... contohnya; apakh wujud mereka ada kaitan dgn ZINA YG BERLELUASA..?? di tinjau dri sudut "kesembangan energy alam".. memang ada kebenaran... maka ianya akan menjurus ...


      2 hours ago via mobile ·  ·  2

    • Suhaimi Ahyar Raden Tnpa menafikn Lelaki lembut n Perempuan keras... situasi ini tlh wujud dlm masyarakat sejak puluhan tahun... ttpi suasana dulu mmbuatkn mereka tetap Normal n ramai yg tetap jdi ayah n ibu kpd anak2...
      2 hours ago via mobile ·  ·  1

    • Suhaimi Ahyar Raden Sekarang?? 

      So... cuba fikirkn 10 tahun akan dtng..?? n apa tindakan yg harus di lakukan selain mendoakn mereka?? ★tink★®…

      2 hours ago via mobile ·  ·  1

    • Ibnu Khalid Al Bugisi mende ni dah lame berlaku, cara terbaik ialah kembalikan khalifah islam dan hudud...
      2 hours ago ·  ·  1

    • Suhaimi Ahyar Raden Ok.. mari kita tinjau sudut lain..

      Seorng lelaki akan "sempurna" seandainya mereka rapat dgn ibu..

      Dri situ mereka akn lbh memahami jiwa perempuan di samping bljar adab n sopan..
      Perempuan jg akan sempurna bila rapat dgn Ayah utk mrmahami jiwa lelaki n perangai lelaki... jga utk mnjaga diri..
      masaalh timbul bila suasana sprti skrng... 
      #sbb mau atau tidak.. kita kena akui kita tlh di kuasai olh SISTEM Yahudi...
      Lbh2 dri sudut Ekonomi n sosial?
      Persoalnnya..bgaimana kita (yg sedar) nk keluar dri SISTEM tersebut??

      about an hour ago via mobile ·  ·  1

    • Suhaimi Ahyar Raden saya tak perlu hujjah2 Nash n Ulama yg x mau amik berat psal politik atau berjiwa malaikat..

      Tpi saya nk satu kenyataan yg bolh di saksikan... "apa yg perlu kita buat"??

      about an hour ago via mobile ·  ·  1

    • Mujahidah Hafizah saya suka isu yg diutarakan saudara Suhaimi Ahyar Raden, dan sangat menyokong dasar Ibnu Khalid Al Bugisi -mengembalikan khalifah islam dan melaksanakan hukum syariatullah( hudu) demi sunnatullah yg sejahtera.InsyaAllah...Allah akan bantu kaum yg ingin merubah diri ke arah-Nya.

      saya cukup kesal bilamana manusia saling salah menyalahi krna itu bukanlah kesudahan cara terbaik malah memecahbelahkan, tetapi ambillah pandangan keduanya agar syariatullah dan sunnatullah itu seiring sejalan,selari mengikut zamannya.dengari masalah manusia yg Allah sengaja timpa masalah ke atasnya supaya kita sentiasa berfikir dan mengambil iktibar...ini sudah ada berzaman yg lampau..ingatkah lagi kisah tentang Nabi luth dan umatnya??..apakah kita mengambil pengajaran?..bahkan fikirlah setiap mereka-nabi2 Allah, tetap memberi sesutu suri teladan melalui khudwah, atau juga teladan melali sempadan.

      about an hour ago ·  ·  1

    • Ibnu Khalid Al Bugisi pertama kita ubah kehidupan kita..selamatkan diri kita dari riba...
      about an hour ago ·  ·  2

    • Suhaimi Ahyar Raden Yuppzz.. saya pernah berdialog dgn aktivis Dinar Emas... sya setuju dgn usaha merrka 100%..
      about an hour ago via mobile ·  ·  1

    • Suhaimi Ahyar Raden ‎#Pengalaman saya... dtng ke Kelantan sewaqtu draf hukum hudud di luluskn olh Dun Klntan n sdng mnunggu jwbn dri Krjaan Pusat..

      dudk 4 bulan di Kubang Kerian berdekatan Pondok Pasir Tumbuh..

      Apa yg menarik.. baru cadangan perlaksanaan itu di luluskn...suasana sekitar Bandar Kota Bharu lengang dri "minah2 bohsia n mat2 bohjan"...

      about an hour ago via mobile ·  ·  1

    • Mujahidah Hafizah 
      alhamdulillah..saudara Suhaimi Ahyar Radenmenanyakan masalah yg sama semasa saya mula2 mempelajari sejarah ditingkatan 1, saya selalu rasa tertipu (tipu daya olahan yahudi dan bangsa cerdik pandai yg memutar belitkan fakta-aota) semasa mempelajarinya, dan salah satu solan saya pada umi,"bagaimana kita (yg sedar ini) nak keluar dari sistem tersebut?"

      jawab umi ketika saya di bangku sekolah..." belajarlah mengenali mereka, dan jauhilah sifat mereka, peganganlah al-quran..dan kajilah benar2 ilmu hadis, jgn mudah teredaya dengan hadis2 baharu, kerana mereka antara munafik keturunan yga kan merosakkan ahli sunnah, mereka akan lahirkan org islam yg berjiwa selain sunnah wal jamaah,demi memecahkan islam.

      tambah umi," belajarlah sejar denganmata hati, bukan kerana lulus perperiksaan.Nilailah semula kerangka masa supaya diperbodohkan."

      saya pernah tanya umi.." boleh x akaq nak jawab ikut kefahaman islam yg betul mengikut sejarah yg benar?"

      umi kata.." boleh, tetapi risiko besar, keran sistem pendidikan telah ditapis begitu teliti agar merek adapat melembabkan sistem islam dan kalau boleh melumpuhakan / melenyapkan terus dari minda anak2 islam."..sebahagian yg umi saya ajarkan pada kami, dan mohon izin kongsi disini, moga ada kebaikan yg boleh input .

      about an hour ago ·  ·  1

    • Mujahidah Hafizah Nilailah semula kerangka masa supaya 'x' diperbodohkan."
      about an hour ago ·  ·  1

    • Suhaimi Ahyar Raden Tetapi mereka tetap ada...cuma TAKUT untk menzahirkn aktiviti mereka...dn bnda ni di beritahu olh kwn Klntan saya... maknanya klulah undang2 itu brrjaya di laksanakn... utk jngka masa panjang..golongan mereka akn musnah...

      Di sertakn dgn usaha dakwah yg berterusan...

      about an hour ago via mobile · 

    • Ibnu Khalid Al Bugisi bukan sekadar hudud, namun khalifah islam dunia...

    • Mujahidah Hafizah mereka yakin islam akan gemilang terbilang suatau masa mendatang, dan mereka juga sedang menyiapkan diri mereka untuk menghadapi zaman kegelapan selama-lamanya..dan, demi waktu kehidupan duniawi yg berbaki ini sahajalah, mereka mencuba sekeras keringat mereka untuk mengaut untung di dunia syg sedikit cuma, itulah realitinya..kasihan kan mereka..tetapi itulah janji Allah buat mereka.
      about an hour ago ·  ·  1

    • Suhaimi Ahyar Raden Ttpi klu sekadar dakwah... hurmmmhh...

      Sprti kita tabur baja pd tanaman di ladang di pinggir hutan...ttpi x berpagar.. maka usaha kita akn sia2... bkn takat monkey, tpi BABI pun berpesta sbb makann bnyak tanpa BERPAGAR n BERPENGAWAL...

      about an hour ago via mobile · 

    • Ibnu Khalid Al Bugisi jgn ckp gitu saudara, cetek pemikiran saudara jike ckp gitu...dlu asalnya nabi kite dakwah seperti itu, sekarang ni mmg nampak seperti yg kamu nampak, namun lihatlah nnt dimana pusay dakwah akan kembali ke madinah...dunia ini tiada sempadan kerana islam ini tiada batasan tempat dan warna kulit...utk takluk dunia, pemikiran kene terbuka satu dunia...
      about an hour ago ·  ·  2

    • Suhaimi Ahyar Raden Dn ini REALITY, sbb tu klu sekadar petik Nash n hujah Ulama..

      tnpa tau n faham qaedah Ilmu2 nya... simpan je laaa... bkn sonbong tpi mnyampah dgn "burung kakak tua"...

      #Ustaz Tijan sila komen klu saya tersalah...hehehe™…peace!! v(- _ ^ )

      about an hour ago via mobile · 

    • Mujahidah Hafizah bukankah Allah telah menyatakan :4:143

      ...Barg siapa yg dibiarkan sesat oleh Allah,maka kamu tidak akan m'dptkan jln (untuk memberi petunjuk) baginya.

      about an hour ago ·  ·  1

    • Ibnu Khalid Al Bugisi wakulluman amaluhu layukhama,amaluhu mardudatun layukhama...saudara ni mesti dah terbiase dgn majlis2 ilmukan...mungkin sy ni tak sedalam ilmu seperti saudara..namun kite kene terbuka dan berlapang dada...
      about an hour ago ·  ·  1

    • Suhaimi Ahyar Raden Masa akn dtng.. urusan ALLAH, honestly...saya percaya pd karomah n kasyaf etc....

      Tpi sekarang ni... akan ada pertanggung jwbn d hdpn ALLAH...

      "hendaklah di wujudkn golongan Nasionalisma (perjuangan Bangsa) di mana2 tempat yg ada kebangkitan ISLAM" -ghazwatul fikr olh Anuar al-Jundi...

      about an hour ago via mobile · 

    • Ibnu Khalid Al Bugisi jemaah kami tak perjuangkan bangsa, namun kami perjuangkan islam...mengikut mrk2 yg berjuang bersama seluruh dunia...
      about an hour ago ·  ·  1

    • Mujahidah Hafizah Suhaimi Ahyar Raden : janganlah berbicara seperti kita mengetahui sesuatu yg sdikit milik kita secara terperinci..ingatlah..islam meraikan pandangan dan buah fikiran..saya juga meraikan pendapat saudara dan saudara Ibnu Khalid Al Bugisi, Nash ( al-qurqn dan alhadist) xkan berubah bila2 masa pun, hanya hukum para ulamak yg akan berubah2 fleksibelitinya mengikut edaran zaman, bukan memyahkan umat, tetapi membatu memudahkan..itulah hikmah khilaf itu dibolehkan dalam islam..jgnlah disempitkan pemikiran kita kerana memegang satu2 ilmu yg hanya pada furu'nya...Islam itu indah kalau org islam itu faham cara pembawaannya,soalannya yg sering diperdengarkan?.."bagaimana nak merealitikannya?"..lihatlah kalam2 Allah, disana telah tertulis begitu banyak hal yg bakal membahgiakan/ menyelamatkan pelakuanya,dan semaklah hadis2 terperinci bukan untuk diperdebatkan tetapi sebagai hujah mengapa kita sendiri mengamalkan/melakuakan perbuatan tersebut...dan saya ingatkan diri saya sendiri, ilmu yg kita belajar/ kita sediang cari adalah untuk kegunaan diri kita...dan manusia lain dapat membaca ilmu itu dengan tingkah laku kita..itulah yg sebenarnya Diutuskan nabi sebgai suri teldan buat ummah.



      saya ingin berkongsi satu kata2 Imam Assyahid Hasan Al-Banna:"
      kitab yg terletak di perpustakaan sedikit sekali yg membacanya, tetapi seorag muslim sejati adalah'kitab terbuka' yg semua org membacanya.Ke mana sahaja ia pergi, ia adalah 'dakwah yg bergerak."

      Allah berfirman: 33:21
      "sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah suri teladan yg baik bagimu."


    • Suhaimi Ahyar Raden Rasul saw..dgn mukjizat n bantuan ALLAH swt...adalh sesuatu yg tak dpt di mungkiri...bhkan di nafi olh sesiapa pun..

      persoalan, klu kita nk amik cara tu... apa syarat yv perlu kita adakn utk mndapat "bantuan ALLAH"...

      # Tnpa bantuanNYA... kita tak mnkin berjaya...

      about an hour ago via mobile ·  ·  1

    • Mujahidah Hafizah subahanallah..itulah sebaiknya Saudara Ibnu Khalid Al Bugisi.terinagat ana satu bab dalam sebuah buku yg saya baca dulu- optimise yg penuh senyum dan berlapang dada-

      firman Allah : Al-Mumtahanah : 7

      "semoga Allah menimpbulkan kasih syg antramu dgn org2 yg kamu musuhi di antara mereka.Dan Allah adlh Mahakuasa.Dan Allah Maha Pengampunlagi Maha Penyayang."


    • Suhaimi Ahyar Raden Apa yg kalian ceritakn.. bukan benda baru... klu faham "rahsia hati n kehebatan hati" dlm risalah "jala'al qulub bi zikriLLAH" yg di tulis olh To' Pulau Manis
      about an hour ago via mobile · 

    • Mujahidah Hafizah saudara Suhaimi Ahyar Raden, setelah berdiskusi panjang ini..saya dapat memberi pendangan ke atas pendirian saudara bahawa saudara yg sedang mencari2 lagi keislaman diri.

      saya tertanya2..sahabat Suhaimi ini ingin menjadi seperti nabi atau ingin memiliki sama seperti mukjizat nabi??..jawapan itu terserah sahabat.

      _________
      tetepi ini saya cuba kongsi cara /syarat yg perlu kita ada untuk dapat pertolongan Allah.

      beberapa syarat-syarat yang perlu kita penuhi selaku hamba-Nya untuk mendapat pertolongan daripada-Nya. Cuma kita perlu ingat, jika apa yang kita hajati itu tidak kesampaian janganlah menganggap bahawa Allah S.W.T tidak menolong kita. Yakinilah bahawa Dia ingin memberikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita sangkakan ianya baik.
      Jika kita mengamati ayat-ayat al-Quran kita akan mendapat bahawa Allah S.W.T telah meletakkan beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk mendapat pertolongan daripada-NYa. Tidak kiralah sama ada di dalam medan pertempuran samaada yang melibatkan pihak musuh ataupun tidak seperti medan peperiksaan.

      Allah S.W.T berfirman :
      إن تنصروا الله ينصركم ويثبت أقدامكم
      Ayat lainnya :
      ولينصرن الله من ينصره

      Dua ayat dia atas menjelaskan bahawa jika kita ingin mendapat pertolongan daripada Allah S.W.T . Maka WAJIB ke atas kita untuk menolong (agama ) Nya. Persoalannya, apakah jenis pertolongan yang boleh kita salurkan? Banyak jalan dan cara yang kita boleh gunakan melalui pelbagai wadah dan platform. Sebelum kita menjadi penolong dari skop yang lebih besar kita perlu menjadi penolong dalam skop yang kecil terlebih dahulu.

      Mesti Menjadi Penolong Kepada Diri Sendiri Terebih Dahulu
      Firman Allah S.W.T :
      إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسم

      Sebelum kita mengorak langkah lebih jauh untuk menjadi penolong agama Allah S.W.T, sebenarnya kita dituntut oleh Allah S.W.T supaya menolong diri kita sendiri dahulu dengan membebaskan diri kita dari kekakangan hawa nafsu.
      Syeikh Abdul Qadir al-Kailani menyebut : Seorang hamba itu antara Allah dan hambanya. Jika dia menolong ( mengikut )nafsunya maka dia adalah hamba kepada nafsu. Tetapi jika dia menolong Allah S.W.T, maka dia adalah hamba kepada-Nya.
      ________________
      Nafsu adalah medan peperangan yang terbesar dalam diri manusia. Inilah yang membezakan kita dengan malaikat.

      Memahami Hakikat Peperangan:
      Medan memerangi hawa nafsu adalah medan peperangan yang paling sukar bagi seorang yang bergelar hamba. Hal ini kerana, keberjayaan kita mengatasi kehendak nafsu memberikan kita satu lampu hijau untuk kita berjaya di dunia mahupun di akhirat. Manusia memerlukan satu mujahadah untuk memerangi hawa nafsu. Adakalnya kita mampu menangi hawa nafsu dan adakalanya kita tewas. Itulah tabiat manusia biasa apabila berdepan dengan hawa nafsu. Untuk mengetahui hakikat peperangan ini, kita perlu memahami dan menghadami tabiat hati , nafsu dan hawa kita.

      Kuasai Hati Kita:
      Seperti yang telah ditakrifkan oleh sebahagian para alim ulama', hati ialah himpunan naluri, perasaan dan sesuatu yang lahir dalam diri manusia sama ada sifat suka, benci, gembira, sedih, tenang, huru hara, khusyu', takut, berharap, lemah lembut, sensitif, rugi, menyesal dan seumpamanya. Kita dianjurkan untuk mengamalkan doa ini :
      اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك
      _______________
      Kita perlu mengawal sebaik mungkin seluruh kehendak hati kita agar ianya tidak dirajai oleh nafsu semata dalam apa jua tindakan ataupun tindakan yang kita lakukan. Ianya bagi memastikan keredhaan Allah sentiasa hadir dalam apa jua tindakan kita. Seperti yang kita tahu, Allah S.W.T tidaklah memandang seseorang itu dari sudut paras rupa, harta, pangkat dan segala perkara yang hanya diukur dan disukat dari pandangan zahir semata. Tapi Allah S.W.T melihat ketulusan dan keluhuran seseorang itu melalui sudut hatinya. Ini jelas dibuktikan bersandarkan hadith Rasulullah S.A.W yang berbunyi :
      إن الله لا ينظر إلى صوركم ولا أجسادكم ولكن ينظر إلى قلوبكم

      58 minutes ago · 

    • Ibnu Khalid Al Bugisi 
      saudara Suhaimi Ahyar Raden...kita terlalu pandang kesilapan org dan perubahan masa...utk mendapatkan usrah Allah adalah dengan dengan dakwah itulah reality dlm islam, tgk la,,krn usaha dakwah Nabi SAW, hidayah mencurah2 di negeri hijjaz...lihatlah fahamlah kata ulamak : jemaah bergerak, madrasah bergerak, dan setiap org islam itu adalah kitab terbuka... lihatlah setiap org islam adalah hakim krn ilmu fekah utk menghakimi diri sendiri...sebagai contoh nak bayar zakat, org yg belajar bab fekah akan tahu berape nisob atas dirinya...kite yg perlu kembali kpd islam dgn mengikut mereka yg telah ikut Nabi kita SAW...kite nak berjaya, kene ikutlah org yg berjaya...dan setiap rumah islam perlu suci dr riba..setiap lelaki perlu laksanakan amanah yakni mendidik dr dalam rumah...setiap lelaki perlu solat lima waktu di masjid2 surau2...
      57 minutes ago ·  ·  1

    • Suhaimi Ahyar Raden Jga dlm kitab al-Hikam Ibnu 'AtoiLLAH al Iskandari.. dn semua itu adlh "sumber kekuatan umat Islam zaman berzaman.. SAYANG ..kekuatan itu telah mula di jauhkn dgn wujudnya fahaman yg tdk mngikut QAEDAH yg di tinggalkn..

      Ilmu2 alat..n salsilah serta sanad ILMU di ketepikan...barokah di pndang sepi.. maka lahirlah golongan

      56 minutes ago via mobile ·  ·  1

    • Ibnu Khalid Al Bugisi ana bukan dr golongan itu..syukurlah..masih ada yg menjaga sanad pengajian....
      54 minutes ago ·  ·  2

    • Suhaimi Ahyar Raden ‎"anak tak sah taraf" dlm ILMU..

      saksi dlm kebenaran seolah x wujud... so Kebenaran apa yg nk di perjuangkan.. ndai kita memahamkan "mubadi' ilmu... MALU rsanya nk buat pengakuan...

      53 minutes ago via mobile ·  ·  1

    • Mujahidah Hafizah subahanallah...ana belajar sesuatu dari antuma, saudara Ibnu Khalid Al Bugisi dan Suhaimi Ahyar Raden=) bangga saya menjadi ssebahagiannya;)..Allahu Akbar.fikrah inilah yg harus terus dikongsi dengan sahabat2 yg lain..sangat berkesan saya fikir.alhamdulillah~
      51 minutes ago ·  ·  1

    • Ibnu Khalid Al Bugisi saudara duduk zaman mane ni..tidakkan sudah tahu perihal berita2 zaman ini bagaimana....kata org tepi jln, pandai2 la nak hidup jike taknak kene pijak....oleh itu...dalam hidup ini kene ikut je org yg telah berjaya, insyaAllah kita akan berjaya...org yg tak sabar akan kurut fikirnya...berlapang dadalah...kene bijaksanalah....manfaatkanlah tenaga dan usaha....
      49 minutes ago ·  ·  1

    • Suhaimi Ahyar Raden Ini bukan serangan atau mempertontonkan ILMU... sekadar luahan... semoga ada yg memahami, serta sama2 mncari kmbali "ilmu hikmah" warisan Anbiya'... yg di wariskn kpd al-Ulama... bkn sekadar mrwarisi ilmu hukum hakam zahiriah.. tetapi ilmu kerohanian yg dgnnya ada kesinambungan ntra "langit n bumi"...
      49 minutes ago via mobile ·  ·  1

    • Ibnu Khalid Al Bugisi ilmu yg makhub itu tiga, tauhid fekah dan tasauf...hukumnya fardu ain...jom same2 kite pakat ngaji...
      47 minutes ago ·  ·  2

    • Suhaimi Ahyar Raden Hah hah... adakh "bayang saya" dlm fb ni saya.... ni cuma sbhgian medan dakwah bro n sis...

      #cuma mampu ketawa ... bila kena UKUR dgn kayu pembaris...hehehe...

      43 minutes ago via mobile · 

    • Ibnu Khalid Al Bugisi dakwah nabi kite jumpe org mata ke mata, pintu ke pintu, lorong ke lorang..sini jike nak dakwah, kabur jalannya...
      41 minutes ago ·  ·  2

    • Mujahidah Hafizah saya ulang semula seorang yg apabila telah angkat syahadahnya, bahawa dia sudah bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad Pesuruh Allah, maka ikutilah saranan ini...



      kata2 Imam Assyahid Hasan Al-Banna:"
      kitab yg terletak di perpustakaan sedikit sekali yg membacanya, tetapi seorag muslim sejati adalah'kitab terbuka' yg semua org membacanya.Ke mana sahaja ia pergi, ia adalah 'dakwah yg bergerak."

      apabila kita membaca dan sekadar memahaminya itu dikira ilmu, dan apabila kita mula mengamalkannya itu dinamakan sunnatullah dan ianya akan membetuk sesuatu yg dipanggil peribadi( hikmah/buah dari ilmu yg dipegang)..dan apabila diteruskan amalannya..maka ia akan membentuk fikrah, sehingga ia x kan dapat di goyah seteru sekuat manapun.
      dan suka saya ingatkan, ilmu untuk disampaikan /dikongsi bukan untuk diperdebatkan..dengan ilmu manusia itu dibentuk untuk hidup dalam kesatuan yg satu..bukan semakin melimpah ruah imu yg dimilik aqidah- seperti kain yg diricik2 halus tidak membentu baju yg cantik.dan seharusnya fahamkan benak kita : bahawa menuntuk ilmu itu adalah untuk sampai ke taqwa Allah.kerana semua ilmu hanya alat penghubung agar manusia berfikir akan Tuhannya.

      41 minutes ago · 

    • Suhaimi Ahyar Raden Ibnu..baca molek2 deh komen ambo tu..."sebahgian bukan satu2nya"... hehehe!!
      38 minutes ago via mobile ·  ·  1

    • Ibnu Khalid Al Bugisi ambo oyak jamak jah..kito ni kene jamaah..
      37 minutes ago ·  ·  2

    • Suhaimi Ahyar Raden Mujahidah..Insya ALLAH sya FAHAM...cuma tertanya2... bgaimana nk sampai ke daerah TAQWA...andai kita x melalui jln IHSAN yg di sebut dlm hadith Jibril as tu..
      35 minutes ago via mobile ·  ·  1

    • Suhaimi Ahyar Raden Dapat salah satu ntra dua tu pon ok let...

      «— masih teraba2 lgi...

      33 minutes ago via mobile ·  ·  1

    • Suhaimi Ahyar Raden Ok...Ibnu, ambo mita maaf deh klu saloh...hehehe!!
      31 minutes ago via mobile ·  ·  1

    • Ibnu Khalid Al Bugisi nak sampai takwa kene ngaji, kata almarhum guru ambe...
      25 minutes ago · 

    • Mujahidah Hafizah suka soalan ini, sekalii lagi soalan yg pernah saya fikir dan tanyakan pada pensyarah university saya dan juga sahabat2 senaqibah ;)

      jujurnya, kalau difikir dan direnunigi diri sedalam-dalamnya, memang xkan dapat kita mencapai tahap itu, kerana pemakanan kita, sikap org keliling kita,dan pelbagai perkara yg akan membuatkan kita akan mengungkapkan susahnyanya bermujahadah untuk capai tahap taqwa...tetapi,jujur apa yg saya sendiri cuba atasi dan lakukan yg terbaik untuk diri ini, kita cuba fahami terlebih dahulu apa yg dimaksudkan dengan takwa itu sendiri.


      Pengertian Takwa : 
      1.Takut kepada ALLAH iaitu menjaga dan memelihara diri dari seksaan dan kemurkaan ALLAH S.W.T .
      2.Ketaatan dan ibadat iaitu taat menjalankan dan melaksanakan perintah ALLAH S.W.T
      3.Bersih hati dari dosa iaitu menjauhi segala larangan ALLAH S.W.T.

      untuk mengamalkan identiti peribadi org bertaqwa,kita kena kena bagaimana Ciri-Ciri Insan Bertakwa:
      1.Meninggalkan segala sesuatu yang dilarang dan mentaati perintah ALLAH S.W.T
      2.Menghindarkan diri dari segala yang dapat menjauhkan diri dari ALLAH S.W.T
      3.Meninggalkan segala hasrat jiwa dan menentang dorongan hawa nafsu.
      4. Memelihara dan melaksanakan kehidupan tatacara kehidupan mengikut syariat Islam.
      5 Mengikuti sunah Rasulullah didalam ucapan dan perbuatan. 

      namun permasalahannya, Bagaimana Menjadi Insan Bertakwa?
      Sesungguhnya kehidupan manusia di dunia ini sentiasa dalam kerugian dan kelalaian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta bertaqwa kepada Allah .Taqwa merupakan kayu pengukur yang menentukan peningkatan martabat dan status manusia di sisi Allah kerana dia menilai seseorang manusia bukan dari kegagahannya,kekayaannya atau pangkat tetapi dilihat dari sifat ketaqwaannya.
      Allah s.w.t berfirman maksudnya:
      "Sesungguhnya orang yang mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.. "alhujurat: 13

      yg boleh ana kongsikan perasaannya..adalah rasa keinginan untuk lakukan tips2 ini dan yaki pada Allah yg merubah tiap2 hati yg ingin mencari cinta dan sudut pandang istimewa daripadaNya..

      24 minutes ago · 

    • Ibnu Khalid Al Bugisi kene ngaji dgn mereka2 yg takwa, yakni guru yg murshid
      22 minutes ago ·  ·  1

    • Suhaimi Ahyar Raden Sblum cerita bab Taqwa... kena fahami Ihsan tu....
      19 minutes ago via mobile ·  ·  1

    • Mujahidah Hafizah ana sendiri sedan berusaha bertalaqqi dengan syeikah2 di bumi anbiyak ini, agar hati teisi dan dan membawa pulang untuk dicurahkan pada insan lain.

      belajar tidak pernah akan habis selagi kita betul2 mahukan ilmu, tetapi sebaliklah titipilah ilmu walaupun ianya sedikit, tetapi tetap memberi kesan pada insan lain yg mndgarnya. MOga2, Allah membuka runag dan rasa ingiun tahu kepada gol yg Allah akan memberi kedalam ilmu buat mereka yg lainnya.~ilmu untuk dikongsi, bukan untuk diri sendiri~

      18 minutes ago ·  ·  1

    • Mujahidah Hafizah mestilah sahabat Suhaimi Ahyar Raden, rattibnya begini :-

      muslim>mukmin>mukhsin>mukhlisin> muttaqin

      tetapi jika di kejar yg paling teratas..maka yg bawah2 itu ia sudah pasti akan selesai secara automatiknya ;)

      15 minutes ago · 

    • Suhaimi Ahyar Raden hehee...no komen ar... nk off sudaa.. maaf atas kesilapan2 yg ada.

      Tq والسلام

      6 minutes ago via mobile ·  ·  1

    • Mujahidah Hafizah ‎#semoga perkongsian dan diskusi x sia2:)# الحمدلله
      5 minutes ago · 

    • Ibnu Khalid Al Bugisi waalikummssalam...samalah kita...ambo mintak maaf andai ada saloh silap...yarhamkallah...jizakallah kasiron toiyaban mubarokan fih....
      2 minutes ago ·  ·  1

    • Mencari Metafora alhamdulillah ala kulli hal
      about a minute ago ·  ·  1

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang