Friday, June 21, 2013

Artistik dan designer, mana satu yang dipilih?

Selamat Bertandang Rumah Online KNMH

" kakak, saya ada lihat akk punya design baju yang akk lukis manual tu, cantik sangat! akak saya nak beli lukisan akak tu boleh? " 

Saya mendapat inbox dari seorang ukhti sepetang tadi.

Dalam hati...

' Mana dia tengok lukisan design baju2 aku tu? '
Saya musykil.Tetapi tetap bersangka baik dan kemudian membalas.

" erm...akak lukis baju2 semua tu untuk akak je sebenarnya, akak tak suka baju jahitan kedai.Akak bukan tidak mahu beri atau jual kepada sesiapa, tetapi akak nak buka butik satu masa nanti.Bimbang ada orang yang pandai jahit menghasilkan idea lukisan design akak itu.Terkilan nanti." Terang saya.Berlaku jujur sikit tak apalah fikir saya.

" Ok,tapi serius cantik.Akak saya nak tempah baju dengan jahitan tangn akak bila saya bertunang,nikah nanti boleh yer? saya tahu akak selalu tolerant bab harga ni,murah dan cantik! " Katanya.

' Bodek ke apa budak ni..erm ' saya membuat telahan.Eh, husnuzzhon boleh tak? Mana tahu dia memang berniat ke kan.

" owh..boleh, in sya Allah boleh sangat.Moga Allah permudahkan. " saya membalasnya simple sambil letak gambar smile di situ agar ia lambang hati saya sedang ceria, bukan berbunga-bunga.

****
In sya Allah.Sejujurnya ramai yang mencadangkan saya untuk jualkan lukisan baju-baju yang saya lukis, Mohon saya untuk bekerja dengan mereka apabila tamat belajar,dan menjadi pereka fesyen muslimah ' hanya fokus design baju '.Dan tidak kurang yang beri cadangan saya untuk terus dan fokus dengan bisnes butik.

alhamdulillah.Rezeki Allah itu sangat banyak terdampar.Begitu banyak peuang yang saya terima haya kerana design baju.Tapi saya ingin berterus terang, sebenarnya saya tidak brapa minat sangat dengan dunia butik ini, tetapi jika ada kelapangan akan datang mengapa tidak bukan?

Apa pun, fokus saya ada ingin menjadi artis ( pekukis layar ) itu sendiri.Ramai yang membantah idea dan cita-cita serta minat saya ini, namun saya tidak menghiraukannya.Apa yang penting saya tahu dan sedar ada sesuatu yang sedang lakukan.Namun, berserah kepada Allah itu yang terbaik.

Mohon tembakan doa sahabat.Saya bakal menjadi graduan universiti dengan hanya menamatkan pembelajaran sebulan sahaja lagi.In sya Allah segala jawapan dari soalan berkaitan kerjaya yang mana saya sendiri dilamar untuk bahagian-bahagian tertentu, saya akan maklumkan selepas tamat pengajian dengan peretujuan suami saya yang dihormati.

Insya Allah,semoga jawapan ini sedikit sebanyak tidak menghampakan dan memberi sedikit penjelasan kepada pihak2 yang pernah melamar saya untuk kerja.Jujur saya bagitah, sebenarnya saya belum layak untuk posisi yang ditawarkan.Saya masih belajar dan kurang banyak perkara.
In sya Allah, saya akan cuba yang terbaik untuk diri saya, untuk keluarga saya, untuk bakal anak-anak saya serta untuk masyarakat saya, paling penting untukbantu ekonomi agama saya,Islam!

Kita usaha disamping doa dan tawakal.Terima kasih sangat2 kepada semua 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang