Selamat Bertandang Rumah Online KNMH
Ini pandangan saya :
Rata-rata yang menceburkan diri dalam dunia facebook ini hanya mahu maklumat ringkas,padat dan cepat.
Atau mungkin menjadi DJ sendiri mengulangi kata-kata taujihat yang sama sekitar dunia semasa.Seminggu satu rasa, berkempen mencapah rasa, kemudian seminggu terkemudian senyap dan berkempen lagi akan isu seterusnya.
Tapi, bila saya scroll isu di facebook, setiap hari pasti ada sahaja ayat-ayat cinta.Tersenyum saya.Tidak mampu berkata apa-apa.
Marah? eh, mana ada.Saya cuma teruji barangkali.Itulah manusia hidup mesti berpaksi dengan kalimah cinta agaknya.Ya,pasti.Cinta kepada Tuhan kita-Allah.Baru semua kerja menjadi.Baru senang ikhlas di ajar dalam hati.
Tapi tidak mengapalah, ini zaman mereka.Dahulu pun kita pun jiwang jugak kan? Tidak mengaku, itu kalian punya fasallah.Tapi apa pun janganlah memandang enteng cerita cinta mereka.Kita yang memiliki pengalaman inilah yang harus ada di saat mereka memerlukan dan memandu kisah cinta mereka menjadi yang sempurna kepada pemilik Cinta yang sempurna (Allah).
Eh, kalau dulu kita pun terumbang ambing masakan mampu kita mahu membimbing?
Ini bukanlah persoalan pokok.Tetapi apa yang penting dan mereka perlukan adalah bimbingan antara yang benar dan salah.Bimbing mereka dengan kasih sayang ,dengan rasa hormat dan jika 'keabangan' dan 'kekakakan' ( opss..bahasa apa ini? Apakah! ).Beritahu mereka cara terbaik untuk menjaga cinta yang ada dalam fitrah diri sebagai manusia itu.Melarikan diri dari mengakui cinta, itu sudah pasti bukan pula caranya malahan menjadi yang kufur nikmat namanya.Cinta itu fitrah bukan, hanya apa yang penting salurkan ke medan yang sebenarnya.Cinta bukan segala-galanya, tetapi segalanya bermula dengan cinta.Realistik bukan?
Kita yang pernah mengalami kesilapan, bukaan bermakna kita tidak pernah bertaubat.Jalan taubat kita itu mungkin lebih memudahkan kita menyampaikan kata-kata taujhiat buat mereka dengan lebih berkesan.Apatah lagi, pengalaman di zaman kita dahulu, di saat terumbang ambing itulah mencernakan lagi fikiran kita akan realiti hidup bermaruah atau hidup menjadi murah.Kitalah, yang pernah gelap di ufuk jahiliyah itu mampu lebih tercerah dari yang sentiasa dalam dalam keadaan cahaya yang cerah.Kita lebih ternilai dalam menilai perkara buruk dan baik jika kita pernah merasai dengan mata hati akan perubahan itu.Maka, jadikanlah perubahan itu sebagai jalan dan pusat monitor untuk membuat celupan kepada manusia lain yang ada di sekitar kita.In sya Allah.
Sebelum akhir, saya ingin memetik semula kata-kata ini ; Cinta bukan segala-galanya, tetapi segalanya bermula dengan cinta.Realistik bukan?

No comments:
Post a Comment