Monday, June 24, 2013

Perkongsian Fiqh Mar'ah : Hikmah 2 Perbezaan Cara Solat Lelaki dan Wanita.

Selamat Bertandang Rumah Online KNMH

Sedikit perkongsian mutiara keindahan Islam dari kelas Fiqh Mar'ah oleh Prof Uqlah sebentar tadi. 

1. Tiada beza antara solat lelaki dan perempuan kecuali pada ruku' dan sujud perempuan itu, disebutkan bahawa digalakkan merapatkan kan tangan ke badan.

Berlawanan dengan lelaki, digalakkan meluaskan atau menjarakkan antara tangan dan ketiaknya ketika ruku' dan sujud.

Hikmah nya terlalu cantik.

Perempuan- kerana itu lebih 'menutup' perempuan dari menampakkan bentuk badan.
Sehingga disebutkan bahawa perempuan ketika ruku' dan sujud 'menghimpunkan' anggota badannya agar tidak menampakkan bentuk anggota-anggota itu.

Lelaki- Melambangkan lelaki yang sinonim dengan kegagahan dan kekuatan.

Subhanallah.

2. Berbeza juga antara lelaki dan perempuan ketika menyusun saf ketika solat berjemaah. Saf solat jemaah perempuan jika imam nya perempuan, berdirinya imam itu hampir sama baris dengan
makmum di kiri dan kanan.

Manakala saf jemaah lelaki, imam akan berdiri sedikit jauh ke hadapan.

Hikmahnya sangat cantik.

Perempuan- Supaya orang melihat (terutama jika ada lelaki ajnabi) saf itu sama baris dan lurus sahaja, sehingga tidak diketahui siapakah imam, agar imam perempuan itu tertutup dan terjaga dari menarik perhatian awam.

Subhanallah.

3. Solat perempuan juga sangat digalakkan untuk berjemaah di rumah, sehingga dibahagikan kawasan rumah kepada 3 kawasan solat, dan antara 3 itu yang terbaik adalah solat di bilik tidur.

(Walaupun boleh perempuan solat di masjid dengan syarat tiada fitnah, menutup aurat, aman, etc)

Tetapi banyak hadith menyebutkan bahawa lebih besar fadhilat solat perempuan itu di rumahnya. (dan paling afdhal di bilik tidurnya.)

Hikmah- Menjaga dan menutup perempuan dari fitnah.

4. Digalakkan agar melewatkan solat isya' agar ia menjadi perkara terakhir sebelum tidur.

Hikmah- Agar selepas solat itu kita tidak sempat melakukan maksiat dan menyebabkan kita tidur dalam keadaan berdosa pada Allah.

Jika kita solat isya awal, disunnahkan solat sunnat sebelum tidur agar perkara terakhir sebelum kita tidur adalah solat.

Kerana antara dua solat itu adalah penghapus dosa di antara keduanya kecuali
dosa besar seperti disebut dalam hadith.

Jadi supaya kita tidur dalam bersih dan suci dari dosa. (Mudah-mudahan dengan harapan jika kita mati, mati kita itu mati hamba yang bersih bertemu Tuhan.)

5. Dipesan agar jangan lupa membaca ayat kursi selepas solat. Ianya sunnah tetapi
dipesan agar istiqamah diamalkan kerana disebut dalam hadith, bahawa barangsiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat, tiada apa yang akan menghalangnya dari masuk ke syurga kecuali mati.

(Hadith disohihkan Albani)

Ketika menyebut hadith ini, prof Uqlah berkata,

"Maka apakah lagi yang lebih kita inginkan selain dari itu?"

*********

Subhanallah.

Sungguh terasa damai dan terlindung nyaman apabila disebutkan tentang hikmah-hikmah syariah Allah yang menyelimuti perempuan.

Semoga Allah mengekalkan fitrah kita semua (kaum perempuan) agar tenang dan suka apabila terjaga dalam lindungan ini.

Subhanallah.

Agama ini terlalu indah untuk disingkap kan hikmahnya oleh hanya kata-kata manusia.

Wallahua'lam.

Salah silap minta betulkan. Kurang minta tambahan.


Sumber :Facebook Fathimah Ismail.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang