Monday, July 8, 2013

Puisi-MH : Hati Seorang Zaujah

Selamat Bertandang Rumah Online KNMH

[ Hati Seorang Zaujah ]

Kami boleh kehilanganmu,duhai zauj
Tetapi kami tidak boleh kehilangan Allah.

Kami boleh Ditinggalkanmu,Duhai Zauj
Tetapi kami tidak boleh ditinggalkan Allah.

Kami akan merasa takut tika dimarahimu,Duhai Zauj
Tetapi akan terlalu berasa takut andai dimarahi oleh Allah.

Kami Boleh terima apa adanya Kamu,Duhai Zauj
tetapi kami juga mahu diterima apa adanya oleh Allah.

* * *
Zauj,
Zaujahmu ini kuat,
bahkan menguatkan.
Kerana Allah itu Maha Kuat.

Zauj,
Zaujahmu ini lembut,
bahkan melembutkan.
Kerana Allah itu bersifat rahim.

Zauj,
Zaujahmu ini faham,
memahami,
bahkan mampu memahamkan.

* * *
Ketahuilah duhai Zauj,
tiada apa yang zaujahmu ini harapkan,
melainkan terimalah kami seadaanya,
seperti mana kami menerimamu saat ijab kabul itu.

Zauj,
zaujahmu ini tiada meminta apa-apa,
melainkan...
Bawalah zaujahmu ini melangkah ke syurga
Impian zaujahmu ini tinggi,
Impian untuk bertemu Allah dan RasulNya.

Zauj,Inni uhibbuka lillahi taala.
* Nangis (Buka'un) *

* * *
Mujahidah Hafizah
DaieArt @Loivart link Team
( 8 Julai 2013 )

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang