Monday, July 15, 2013

[ Sejarah Karikatur : Sketsa 1 ]

Selamat Bertandang Rumah Online KNMH

[ Sejarah Karikatur : Sketsa 1 ]

" Akak, bermula bila karikatur ni kak? " tanya seorang junior menerusi sesawang skype.
" Ha? apa dia? " Line tidak berapa jelas,jadi saya minta dia ulang sekali lagi.
Dia diam.Dalam hati dia tidak dengar ke ana cakap apa tadi.Ana biarkan sekejap,sedang baca artikel best.Nak habiskan sikit lagi.
" Akakkkk..baca tak???!!! " pekik dia.Nyaris nak pekak sebab ingatkan ana punya headphone bermasalah tadi,tertekan lebih volume out pulak.Tak perasan.Haha:D

" Ye,baca kat mana? " saya jawab.

" Tu,orang dah tulis kat nawah tu.Akak buat apa tu, mengelamun yer? " dia mengejek.

" Mana ada.Tengah baca novel online. " Jawabku ringkas.

" Apa?? " Pekiknya lagi dan lagi.

" Woi..Akak dengarlah ! Janganlah menjerit.Sakit telinga tahu.Baca Novel lah! " Sikit lagi iman nak tercampak ke luar.Nasib baik menerusi skype.Sabar je lah budak le ni.Haish.

" Hahaha..Tahu pun.Tu dah baca kat komen bawah tu,aku tulis.Baca cepat! "

Terkedek-kedek ana minimizekan novel online ana dan memberi fokus kepadanya.' Kacau mood betul lah! ' desusku dalam hati.

Ana membaca komennya ; ' Akak apa asal usul karikatur ye kak, ada orang tanya aku.Tolong jawab.Nanti aku bagi upah. '

Sengeh sendiri.Kemudian ana terus menekan papan kekunci,menaip.

" Haa..belajarlah sendiri.Kata pandai buat karikatur.Sejarah dia pun hang tak tau ke?, harap je pandai melukis.Sejarahnya tak selami.Cari sendiri!  "

Jawab sikit bagi triller.Asalnya nak suruh dia cari sendirilah.Tapi alik-alik dia pujuk sakan.

" Akak...tolonglah.Nanti aku beli kat akak doodle dari sini bawab balik Malaysia ea.Speacial punya untuk akak. "

Mencebik mulut.' Yelah tu,boleh caya ke budak ni.'Monolog lagi.

Erm,Ni kot jawapan dia ;

Sejarah Karikatur macam ini.Tersebutlah alkisah.Ketika zaman X dulu-dulu, ada seorang lelaki yang telah diupah oleh raja untuk melukis gambarnya dan ditayangkan kepada seluruh rakyat supaya semua rakyat jelata mengenalinya. Dalam erti kata lain,Lelaki tersebut diuapah melukis potret raja tersebut.Disebabkan hanya dia satu-satunya manusia yang ada pada abad tersebut memiliki pen dan kertas mungkin,maka dia sudah terbiasa dengan mengolah setiap apa yang dipercakapkan dalam bentuk lukisan.

Raja tersebut thiqah dengan kebolehannya.Maka dengan itu,dia melukis wajah raja tersebut.Semasa dia melukis,dia baharu menyedari sebenarnya dia bukanlah pelukis potret.Malah menang tiada kepakaran langsung untuk itu.Tetapi kerana egonya yang tinggi,maka dia tidak memilih untuk mendiamkan diri daripada berterus terang.

Setelah siap gambar tersebut, maka raja tersebut telah melihat wajahnya sendiri di atas kertas tersebut.Haa..nak menjadi cerita.Zaman X tersebut kebetulan tiada langsung cermin.Maka sudah pasti raja tersebut tidak pernah melihat wajahnya.Maka raja tersebut mati-mati percaya itu wajahnya.Maka dia suka dan setuju untuk ditampal ke seluruh pelusuk dalam negerinya.Tujuannya agar rakyat jelata mengenalinya.

Setelah ramai pembesar melihat lukisan itu semakin banyak di tampal.Pembesar pun bertanya." Siapakah orang ini? ".Maka dijawab pelukis itu,ini adalah raja.Maka Pembesar menyatakan." Ianya tiada rupa langsung dengan raja." Mendengar kata itu,maka pelukis tersebut telah memberi amaran kepadanya agar tidak membocorkan rahsia bahawa dia semenag tidak pandai melukis potret melainkan kartun.UUntuk menyelamatkan dirinya lagi,pelukis tersebut menambah.Tahukah tuan pembersar bahawa ini adalah karikatur.Ianya adalah idea baru yang sangat cantik dan asli dari yang sebenarnya.

Pembesar-pembesar tersebut menganguk-angguk tanda sedang memahami kata-kata pelukis tersebut.'Tuan pembesar,janganlah tuan pembesar menyatakan yang bukan-bukan berkenaan gambar ini, melainkan mengenangkan bahawa gambar tersebut adalah raja kita.Saya bimbang sekiranya perkara ini terdengar oleh raja,rajanya pasti murka.Dan kita semua akan dihukum pancung.Saya akan dihukum pancung kerana tersalah melukis, dan tuan-tuan pula dihukum pancung kerana telah menghinanya.'

Mendengar kata pelukis itu,Tuan pembesar tersebut telah menjadi kurang enak.Takut.Dia telah mengambil keputusan untuk turut sama menyimpan rahsia itu,agar tidak diketahui oleh raja tersebut.

Bersambung... "

Setelah panjang berjela ana karang cerita,adik ana balas ;

" Asal aku tak pernah dengar pun zaman X sebelum-sebelum ini? " Semangat dia nak tahu.

'Thiqah lagi ke dia ni dengan cerita aku ni?, tak nampak ke aku dengan gebang mati-mati dah ni.Mana lah aku tahu,Tanya aku.Aku dah belajar Ekonomi dan pebankan Islam.Kalau tanya pasal ekonomi boleh jugak aku nak patah balik cari buku apa.Ni Art karikatur kot.Lukis aku tahu lah.Sejarah dia ada ke?' monolog lagi.Geram.

" Hang rasa akk tulis tu betul ke?,rasa-rasa hang lah. " sengaja menyoal firasatnya.

" Entah.Betul lah kot.Akak kan selalu mengajar orang bab-bab art ni.Gile kau aku tak stiqah hang. senior kot."

Haha.Kali ini ana memang tergelak besar.Rasa nak nangis pun ada.Serba salah sebab melawak tak kene tempatnya.Erm...
' Kesian dia, padahal dia memang perlukan bantuan aky,asallah aku buat dia macam tu.Adik aku tu!'

" Oklah.kesian pulak aku dengan hang ni,naif sangat! Bagi akak 2 atau 3 hari untuk cari semula fakta dan sejarah yg akak pernah kaji dulu.Nanti skype akan datang akk cerita kronologinya secara ringkas."

" Yeayyy!!! Terkesan jugak eak ko dengan tektik aku.Alhamdulillah."

"Larh??! " Bengang.Senyap tak tahu nak kata apa dah.Geleng kepala banyak kali.

" Hanggggg...Sabar je lah~"

"Eh, akak dah janji kan? tak baik mungkir janji.Munafiq namanya."

Gurlp ! Lagi sekali?

" Erm..ye~ akak tahu.Akak akan tolong.Nasib baiklah tau...guna skype.Kalau tau akak cekik kau sampai..."

" Ok lah kaq,nak tidur dah,sini dah malam.Hehe.Papai!  "

* * *
Ohoi...sakit kepala aku deh!
Mak!!! tolong akak ni.
Adik buli akak 
Ini sume poyo  !

[ Bersambung..... Sketsa 2 nanti ]


Ditulis oleh : Mujahidah Hafizah,

DaieArt@ LoivartLinkTeam.(15072013) 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang