Saturday, July 13, 2013

[xPresi Ramadhan-MH : 3 Perkara Menarik Ramdhan Di Jordan!]

Selamat Bertandang Rumah Online KNMH

[xPresi Ramadhan-MH : 3 Perkara Menarik Ramdhan Di Jordan!]

Ramadhan di Jordan?
Erm...Perkara yang paling best sepanjang ramadhan di Jordan?

* * *
Ok,ramadhan kareem kepada semua!
Expresi kali ini berkisar tentang ramadhan,pastinya lah kan?

So,apabila ditanya apa yang menarik dan best tentang sambutan dan keadaan di Jordan saat ramdhan kareem sedang melabuhkan hamparannya,maka saya pastinya akan mengingati tiga perkara ini.Apa dia?

Baca bawah.

:D

* * *
Perkara yang bakal ditinggalkan dan pasti saya akan rindui tentang Jordan dan isinya adalah ...

Pertama : Rindunya akan Bacaan Syeikh Ma'mun!

Sebab apa?

Haa! Antara sebabnya adalah,pertama bacaan dia santai-santai sahaja, tetapi 'berjaya sokmo' kata orang terengganu menjatuhkan air mata saya ini.Mana ke tidaknya,memang menusuk hati!
Gaya intonasi suara yang bersahaja, membawa para makmum untuk turut sama menghayati dua muka lebaran mushaf di setiap rakaatnya sangat saya nanti-nantikan!
Saya yang kurang mahir sangat dengan bahasa al-quran ini seakan-akan merasa bahawa ketika mendengar bacaannya dalam keadaaan berdiri dalam itu
 bagaikan Allah sedang berbicara kepada saya.Wasilahnya adalah lemak merdu suara syeikh tersebut.Serius!Memang mantop bacaan dan jika dihayati semua lembaran demi lambaran, kita akan menangisi kalam Allah itu pada tempat dan ketikanya.Gembira saat dipuji-puji.Melambung-lambung sebab ada sesuatu perasaan yang tidak dapat saya bayangkan.

Ini baru bacaan Syeikh Makmun kan,di irbid sahaja.Di Mekah?
Fuyyoo! Lagilah kan?

* * *

2.Ok, Perkara kedua ;
Peluang bersedekah yang banyak-banyak dan banyak.Haa..Itu dia,banyak betul banyaknya :D- Whatever~

Ok,sebelum tu nak story sikitlah.Jordan ini adalah sebuah negara yang tenang dan menenangkan,Insya Allah.
Sepanjang dua tahun berada di sini,tidak pernah sekali pun saya keluar dan tidak berjumpa (terserempak) dengan pengemis-pengemis jalanan.Mesti terserempak punya.
Saya tidak mengetahui secara arif adakah benar mereka ini adalah sendiket pengemis atau apa.Yang pastinya,apabila dipandang secara luaran sangat menyedihkan.Tersangat,pada pengamatan saya.

Mereka 'lepak' di tangga-tangga dan kawasan kaki lima laluan kebanyakan orang lalu lalang.Mereka menadah tangan.Menadah tangan untuk doa dan derma.Keduanya!

Kadang-kadang terfikir jugak saya,kenapa mereka ini tidak bekerja sahaja?Melihat susuk tubuh dan keadaan mereka,memungkinkan lagi mereka bertugas dan bekerja menyara kehidupan mereka selain dari menyara diri dengan meminta-minta sedemikian.

Namun,itu belum cukup yang hanya lepak di tepian jalanan,ada ramai yang lebih rajin saya kira,sehingga ada yang sanggup untuk ketuk pintu ke pintu untuk dapatkan sedinar demi sedinar.Untuk pengemis jalanan terutama kanak-kanak,saya cukup yakin mereka diperguna.Kasihan mereka.

Pengemis,Bukan itu yang menjadi persoalan.Biar siapa pun mereka.Kita sebagai manusia yang diberi nikmat serba sedikit, adalah berhak untuk memilih untuk membantu atau tidak.Ikhlas itu dalam hati,yang penting tanya pada diri,hari ini adakah aku pupuk diri untuk sedia memberi (erti kata lain sedekah)?

" Orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah,ekmudian tidak mengiringi apa yang dia infaqkan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti perasaan penerima,mereka memperolehi pahala di sisi Tuhan mereka.Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.

Perkataan yang baik dan pemberian maaf ( perkataan yang baik,menolak dengan cara yang baik,dan pemberian maaf ianya memaafkan tingkah laku yang kurang sopan dari pemintanya." [ 2 : 262-263 ]

Ini peluang sangat baik.Ramadhan datang membawa tuah,membawa berkah.Pada saya, untuk mencari golongan seperti mereka ini di Malaysia,pastinya sukar untuk dijumpai.Jika ada pun,sangat jauh dengan kita.Mka,saya mengambil peluang ini untuk memberi apa yang ada,selagi mampu jika berkuasa.Alhamdulillah.Tidak banyak pun tidak mengapa,asalkan ada bekal kita untuk akhirat sana.

' Kita memberi,bermakna kita sedang menabung.' -Ok,itu ayat saiko.Haha.

So,bulan ini sesiapa yang diluar sana itu, kenapa tidak kita saut peluang ini.Peluang belabur saham untuk akhirat.Jujur atau tidak pengemis itu sebagai yang tidak mencukupi,biarkan semua itu hanya menjadi  hak dia dan Allah swt,yang penting itu peluang kita melatih diri menjadi hamba.

* * *

Last but not least,
yang ketiga.

Wow,wOw,Wow!
haa..itu dia nak tunjukkan meriahnya kan.
Apa yang meriahnya?

Ok2.Untuk pengetahuan semua,menyambut ramadhan di tanah syam Jordan ketika ini boleh diibaratkan seperti menyambut hari raya di Malaysia.Wow! Malamnya penuh dengan pesta ibadah.Eh,jangan nak poyo sangatlah.Bukan nak kata yang teruk itu tiada,Tetapi pada pengamatan saya,Keadaan di jordan ketika tibanya musim ramadhan sangatlah meriah.Sangat!

Dengan bunyi derak dentum mercun ada sahaja kedengaran di mana-mana terutamanya di malam hari.
Paling mengujakan saya adalah ketika waktu solat terawihnya.Memang pergh,pergh lah kan,Ramai sangat orang.Saya suka keadaan ini! Penuh masjid.

Tahu kenapa?
Ketika ini akan ramai orang yang akan berpusu ke masjid,tidak kira bangsa.Boleh jumpa orang syria,palestin,orang korea,china,dan pastinyalah orang jordan sendiri.Masya Allah cantik sangat mereka semua ini,Heh.Tetibe ke situ pulak kan.Hehe:D

Keramaian dan kepelbagaian ini,sering memberi peluang untuk saya memhami secara praktikal cara solat rasulullah itu sendiri.Eh apasal pulak kan?

Antara yang sering saya perhatikan dalam masyarakat adalah cara dan kaedah bermualamat sesama manusia.Masjid adalah salah satu tempat saya mengasah skill mualamalat saya.

Mempraktikalkan "Hablum minallah,hablum minannas" secara umumnya membuatkan saya banyak belajar secara peribadi dan memerhati peribadi kebanyakan manusia dengan lebih mendalam.Persoalan,mengapa begitu dan mengapa begini membuatkan saya lebih banyak membaca dan membuat research tentang kesosihannya.Mencari satu fakta dan kalam yang dapat meyakinkan saya untuk tidak bermusuhan dengan diri sendiri.Bermusuhan dengan rasa kejahilan yang terus-menerus.

ok.itu sahaja untuk tinjauan xPresi Rmadhan saya di bumi syam ini.
Jujur di sini,3 perkara ini yang bakal tercetus dahulu sekira saya ditanya tentang ramadhan di Jordan.Haha:D, saya bakal merinduinya nanti.Rindu jika langkah saya bakal terhenti dari jijak bumi ini lagi.

xPresi-Ramadhan akan datang,Jom kita merantau ke London pula :)
Berramadahan karim di sana pula,Jika diizinkan Allah.

* * *

Lastly,Terima kasih kepada yang sudi baca xPresi Ramadhan saya kali ini.
Maaf jika terlalu panjang dan ada yang bosan ke, pada saya ianya tidak lebih adalah sebagai perkongsian saya yang berada di perantaun di kala ini.

Oh Ya,sebelum terlambat,saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramdhan kareem kepada semua yang beragama Islam di seluruh dunia.Dan sebelum akhir,saya tinggalkan kalian dengan doa yang dipetik dari nas Al-quran ;

" Ya Tuhan Kami,Kami benar-benar beriman,maka ampunilah kami dan lindungilah kami dari azab neraka." - [ 3:16 ]

" Ya tuhan kami,berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka." [ 2:201 ]

Amiin.

* * *
xPresi Ramadhan,
Mujahidah Hafizah II,
DaieArt @ Loivart Link Team Offical
(13072013)
Jordan.









No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang