Selamat Bertandang Rumah Online KNMH
'Bila saya tengok wanita berpurdah, saya nampak diri saya yang dulu. Subhanallah !'
* * *
Disebabkan terlalu rindu nak pakai semula purdah dan niqab, saya telah membuat keputusan drastik untuk mengenakanna ketika saya pergi menemui nurse di Klinik Kesihatan suatu hari tu.Doa saya, semoga saya dapat bertahan, walaupun saya sedang mengalami alahan yang teruk setiap kali saya menaiki kenderaan. Pening dan loya. Saya bimbang untuk membukanya.
Tetapi ...
Setelah selesia urusan saya di Klinik Kesihatan tersebut, En.Ubi mengajak saya untuk terus makan di luar. Dalam perjalanan, saya sudah merasa pening-pening dan loya-loya. 'Ya Allah!, bantu aku sikit je lagi.'
" Abi, tandas jap." minta saya, tersekat-sekat.
En.Ubi memberhenti kenderaan di tepi sebuah restoran. Saya dengan laju keluar menuju tandas restoran tersebut.
'Alah, asal tak jadi nak muntah pulak ni ?' geram saya.
Masuk kembali ke perut kereta, saya rasa sedikit stabil, mungkin selesa menghirup udara luar. 'Alhamdulillah.'
Namun, tidak lama selepas itu ...
" Abi ! plastik abi ... "
En.Ubi : Ha ?! Jap2, tahan sikit. Abi minta kat Seven-Eleven depan tu.
Kelihatan dia agak kalut. Bimbang muntah dalam kereta sepertimana sebelum-sebelum ini.
Tetapi, disebabkan abi lambat keluar dar kedai tersebut, saya buka pintu dan ...
' werkkk, werkk ' teruk sekali aura mengandung saya ini. Allahu Rabii, padamu aku minat kekuatan.
Seperti kebiasaan, selepas muntah saya akan hilang tenaga. Semuanya. Jika saya melengahkan masa untuk perut diisi semula, saya akan pengsan dan lemah lutut, mungkin juga kemurungan akibat memaksa diri melakukan sesuatu yang badan tidak mampu kuasai. Letih.
Setelah muntah itu, En.Ubi masuk untuk meneruskan pemanduan. Saya mencelah ...
" Abi, Allah uji Ija. Ija nak pakai purdah ni. Tapi, mungkin ini bukan masanya." Curahat saya tanpa diminta. Hampir jatuh air mata saya ketika itu. Betapa saya rindu sangat nak mengenakan pakaian purdah tersebut. Saya mencabut purdah tersebut saat itu juga, bagi memastikan nafas saya kembali pulih.
Saya bukanlah insan yang sehari dua mengenal apa itu secebis kain bernama purdah. Bukan. Malah saya telah berpakaian demikian sejak dari bangku sekolah lagi. Hari ini, di saat saya bercita-cita agar bakal mujahid dan mujahidah saya lahir keduani nanti melihat umi mereka memakai pakaian ini dan tidak berusaha mengajar mereka supaya menjadikan pakaian ini tidak asing bagi mereka, saya telah diuji dengan alahan dan sakit yang teruk. Allahu rabbi. Rindunya saya untuk itu.
En.Ubi melihat saya sedikit bungkam, lalu dia membujuk saya.
" Tak pelah, mungkin nanti bila dah pulih nanti, sayang boleh pakai semula. Tak pe, abi tunggu. " Relak dan bersahaja dia menuturkannya.
' Erm ... bilakah?' tertanya-tanya saya sendirian.
* * *
Kadang-kadang saya tahu, En.Ubi mahu saya seperti dahulu.
Apabila berselisih dengan wanita berniqab atau berpurdah, dia akan kata : ' abi teringat awak masa pakai macam tu, sebijik.'
Saya hanya diam dan doa terus dalam hati, ya Allah binalah jalan untukku dengan pakaian itu. Kembalikan semangat dan ro walaupun sukar. Di uji dengan seringkali muntah memang menyusahkan bila nak munta, dicabut sesuka hati hatta di khalayak ramai.
Aku takut benar ianya nanti menjadi fitnah buatku. Maka, sehingga kini saya masih teleku, rindu dengan gaya dulu.
Insya-Allah, yakin sungguh. Hari esok sihat, aku akan kembali padanya (purdah).
Doa saya, semoga saya dapat bertahan, walaupun saya sedang mengalami alahan yang teruk setiap kali saya menaiki kenderaan. Pening dan loya. Saya bimbang untuk membukanya.
Tetapi ...
Setelah selesia urusan saya di Klinik Kesihatan tersebut, En.Ubi mengajak saya untuk terus makan di luar. Dalam perjalanan, saya sudah merasa pening-pening dan loya-loya. 'Ya Allah!, bantu aku sikit je lagi.'
" Abi, tandas jap." minta saya, tersekat-sekat.
En.Ubi memberhenti kenderaan di tepi sebuah restoran. Saya dengan laju keluar menuju tandas restoran tersebut.
'Alah, asal tak jadi nak muntah pulak ni ?' geram saya.
Masuk kembali ke perut kereta, saya rasa sedikit stabil, mungki selesa menghirup udara luar. 'Alhamdulillah.'
Namun, tidak lama selepas itu ...
" Abi ! plastik abi ... "
En.Ubi : Ha ?! Jap2, tahan sikit. Abi minta kat Seven-Eleven depan tu.Kelihatan dia agak kalut. Bimbang muntah dalam kereta sepertimana sebelum-sebelum ini.
Tetapi, disebabkan abi lambat keluar dar kedai tersebut, saya buka pintu dan ...
' werkkk, werkk ' teruk sekali aura mengandung saya ini. Allahu Rabii, padamu aku minat kekuatan.
Seperti kebiasaan, selepas muntah saya akan hilang tenaga. Semuanya. Jika saya melengahkan masa untuk perut diisi semula, saya akan pengsan dan lemah lutut, mungkin juga kemurungan akibat memaksa diri melakukan sesuatu yang badan tidak mampu kuasai. Letih.
Setelah muntah, En.Ubi masuk untuk meneruskan pemanduan. Saya mencelah ...
" Abi, Allah uji Ija. Ija nak pakai purdah ni. Tapi, mungkin ini bukan masanya." Curahat saya tanpa diminta. Hampir jatuh air mata saya ketika itu. Betapa saya rindu sangat nak mengenakan pakaian purdah tersebut. Saya mencabut purdah tersebut saat itu juga, bagi memastikan nafas saya kembali pulih.
Saya bukanlah insan yang sehari dua mengenal apa itu secebis kain bernama purdah. Bukan. Malah saya telah berpakaian demikian sejak dari bangku sekolah lagi. Hari ini, di saat saya bercita-cita agar bakal mujahid dan mujahidah saya lahir keduani nanti melihat umi mereka memakai pakaian ini dan tidak berusaha mengajar mereka supaya menjadikan pakaian ini tidak asing bagi mereka, saya telah diuji dengan alahan dan sakit yang teruk. Allahu rabbi. Rindunya saya untuk itu.
En.Ubi melihat saya sedikit bungkam, lalu dia membujuk saya.
" Tak pelah, mungkin nanti bila dah pulih nanti, sayang boleh pakai semula. Tak pe, abi tunggu. " Relak dan bersahaja dia menuturkannya.
' Erm ... bilakah?' tertanya-tanya saya sendirian.
* * *
Kadang-kadang saya tahu, En.Ubi mahu saya seperti dahulu. Apabila berselisih dengan wanita berniqab atau berpurdah, dia akan kata : ' abi teringat awak masa pakai macam tu, sebijik.'
Saya hanya diam dan doa terus dalam hati, ya Allah binalah jalan untukku dengan pakaian itu. Kembalikan semangat dan roh walaupun sukar. Di uji dengan seringkali muntah memang menyusahkan bila nak munta, dicabut sesuka hati hatta di khalayak ramai.
Aku takut benar ianya nanti menjadi fitnah buatku. Maka, sehingga kini saya masih teleku, rindu dengan gaya dulu.
Insya-Allah, yakin sungguh. Hari esok sihat, aku akan kembali padanya (purdah).
No comments:
Post a Comment