Tuesday, March 1, 2011

PUISI CINTA YANG HAKIKI

cinta...
Apa itu cinta?
cinta kepada tuhan?
cinta kepada diri?
cinta kepada ibu bapa?
atau cinta kepada orang yang istimewa?

Cinta adalah segala-galanya bagi manusia yang memahami
Erti cinta
bagi mereka,bagai mawar yang mekar mewangi
mereka terlalu taksub dengan cinta.
membuatkan hidup mereka diselubungi perasaan bahagia...

Namun,cinta kepada siapa yang hakiki?
cinta kepada tuhan membaa ke syurga
cinta kepada diri membawa keceriaan
cinta kepada ibu bapa sentiasa diberkati
Namun cinta kepada orang yang istimewa pula?...
bagaiman pula ceritanya?....
Apabila dicintai,terasa diri dihargai,
apabila diri mencintai,hati menjadi puitis,
namun apabila bercinta pula terasa dunia ini
diri ini yang punya...
Sehinggakan tanggungjawab diri diabaikan,...
cinta...
Apakah sebenarnya erti cinta?
Apakah cinta kepada orang yang istimewa
membawa kebahagiaan atau kesengsaraan??
pelbagai fakta yang boleh dikaitkan dengannya...

cinta yang suci lahir dari hati yang ikhlas,
Akan membawa kebahagiaan masa hadapan
jangan zalimi cinta yang suci itu...
jangan kianati cinta.....dan jangan taksub dengan cinta
cinta juga membawa kesengsaraan,
cinta merangkap perasaan dan diri sendiri,
apabila cinta dikianati,
maka lahirlah perasaan benci dan dendam
kerana diri dilukai...
Luka amat pedih bagi yang merasai,
bagaikan sembilu yang menikam jiwa ini...
jika luka yang terpendam tidak diubati,
Apakah kesudahan perasaan ini?
Akan terbit lagi perasaan cinta selepas ini?

Akhir...
cinta tidak akan terhenti...
cinta akan menyakiti...
cinta juga boleh membawa maut
jika tidak mengawal diri...
Anda boleh membunuh cinta.,
anda boleh membuang cinta..
anda juga boleh memiliki cinta itu...
Namun,jangan sesekali menyerah sepenuh diri
kepada sang cinta...
kerana cinta juga menyebabkan kita..
kehilangan keluarga dan rakan,
sesungguhnya,cinta yang hakiki itu,ialah cinta yang kekal abadi
selamanya...
dan akan membawa kebahagiaan di dunia
dan di akhirat....

mujahidah cinta...11-01-10

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang