Saturday, March 31, 2012

curahat :: "SABARLAH DUHAI HATI"

<duhai hati hilangkan kesedihanmu itu >



Bila berbicara itu senang,mudah belaka..
tetapi bila hati sudah sakit..
semua yang ceria seakan- akan mencurit luka dihalaman tanah yang sedang derita..

oh hati..
apa khabar kamu hari ini?...
ku lihat titisan- tisan jernih itu masih terus menjurai2 di tanah putih itu,

hanya tanah itu yang mampu mengerti,
ada apa dengan hati itu,



oh hati..
mata itu seakan2 mengerti..
cuma kadang kala tidak  mampu berturut serta dalam menyampaikan hasrat si hati...
Duhai hati,
 bibir itu hanya bisa membicarakan 'sabar' tanpa pengertian yang tidak tepat,
 bagaimana wahai hati..??
bagaimana kami pancaindera dari jasad yang sama ini dapat menenangkanmu??
 aku  ingin keluar dari kempongpong belengu jasad dan pancanindera ini,
 melihat jasad2 indah ciptaan Allah di luar sana..
kelihatan,mereka bagaikan hidup gembira tanpa punya masalah hati sepertiku...



Ya Tuhan....
juraian air mata ini tak dapat ku tepis lagi,
mengalirnya bagai sedang memerlukan si bahu teman,
menemani takungan air mata ini,
meminta sang tangan menghapus derita yang tertitis dari mata ini...
wahai sahabatku pancaindera sekalian...
dengarilah aku...
bantulah aku...
aku hanya bisa menangis sedang bibirku terkunci rapat ,
sepi tanpa dapat mengeluarkan bait2 masalah..
mengapa ini terjadi untuk hatiku?? 

duhai hatiku..
mengapakah dikau wahai hati,


mengapa kau tidak boleh menjadi gembira sedang pancaindera yang lain sedang cuba untuk berada dalam gembira,
 mengapa hati??
 apakah kau terlalu sakit duhai hati??..
bagitahulah kami sahabat pancainderamu 
agar kami dapat mendorongmu kembali ceria seperti sedia kala...

Bingkisan hati:(
wahai teman2ku,
seawalnya hati ingin memohon maaf yang teramat-amat pada kalian,
 hati tahu tiada yang dapat memisahkan kita melainkan kematian...
namun hati juga tidak mengerti mengapa hati  terpaksa berlaku bergini hanya kerana ada jasad lain yang perlu hati  fikirkan dalam satu masa..
maafkan hati wahai sahabat2 pancainderaku,
kalau boleh...mahu sahaja hati berikan dan kongsikan rasa sedihku ini kepada kalian..
agar tenang sedikit perasaan ini..
wahai pancaindera yang lain..fahamilah aku,
hati  sedang mencuba rasai kegembiraan, tetapi aku sebahai hati  hanya hidup penuh dengan kumpulan- kumpulan   perasaan,
dengan pelbagai2 bagai rasa di dalamnya sehingga hati  tak mampu untuk menarik yang mana satukah perasaan yang bhati hadapi ketika ini...

wahai temanku, 
hati  x bisa rasa apa yag jasad lain itu rasa..
mereka tidak sama sepertiku...
aku kecewa pancainderaku..
aku tidak mampu menipu diri ini...
lantas, aku ingin meohon maaf, 
kerana hati...kamu semua terlibat dalam panah kesakitan ini..
wahai mulut, aku minta maaf..
kerana hati yang sakit,
dikau jadi tidak selera untuk makan makanan mereka itu, 
tidak mampu berbicara enak semesra dahulu, 
walaupun telah banyak kali hati cuba..
maafkan aku wahai mulut...
mata, aku juga perlu meminta maaf kepadamu, 
kerana hati ini..kau juga mengalami masalah yang sama.. 
di saat kau ingin memandang mereka...
tetapi oleh kerana hati mengarahkanmu agar tidak memandangnya..
lantas kau akur..kau berubah sehingga terlihat api benci dalam sinarmu,
maafkan aku kerana melibatkanmu wahai mata...
untukmu wahai tangan dan kaki, 
hati juga ingin memohon maaf kepada kalian berdua,
 kerana hati kaki tak mampu melangkah seiring dengan mereka...
tidak mampu ketempat yang sama untuk berkumpul, 
dan tangan tidak mampu untuk bersalaman dengan mereka,
 sehingga sang tangan yang pada awalnya mahu membantu terpaksa menyorokkan tangannya keran bimbang hati akan berkecil hati...
lantas tangan membiarkan mereka semua begitu...
maafkan aku wahai pancaidera kurniaan illahi..
aku telah banyak  menghadkan tiap langkah kalian,maafkan aku:(



teman2ku yang paling akrab,
 bantulah aku...
pulihkan semula aku,
 tiupkan semula roh semangat dalam hati ini 
agar hati ini bisa mengembirakan sahabat pancainderaku yang lain..
agar seluruh alam dapat rasa kebahagiaan itu..

Ya Allah...
hanya disini ,


diriku (hati) tempatmu..
keluarkanlah segala spirit2 yang membuatku semakin jauh dariMU wahai tuhanku...
bantulah aku...
agar hati ini kembali tenang..
Ya Muqallibal Qulub...
Amiin Ya Allah.~

****************
bingkisan ringkas sang hati yang mewakili hatiku di saat ini
#mood:aku sendiri tak faham apekah perasaan yang dialami oleh hati kecilku ini.#
buat teman2 yang memahami, maafkan aku yer..mungkin aku bukan yang terbaik dalam persahabatan ini....maka abaikanlah aku kerana aku sering telah lama terasa diabaikan dalam hubungan kita ini...maafkan aku..hany coretan ini yang mampu membwa erti kepadaku berbanding bercerita kepada teman- teman yang lain.

____________________________________
tarikh : 31.3.2012
masa : 01:39
tempat : bilik sendiri-Rumah 5, sakan Jamiah Yarmouk,
Irbid, Jordan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang