Sunday, May 27, 2012

Golongan Vatican Gelisah Dengan Kebangkitan Islam

______________
 

Kegelisahan Vatican
Paderi Itali Piero Gheddo berkata kadar kelahiran rendah di kalangan
warga asal Eropah disamping kebanjiran pendatang Muslim yang berkeluarga
besar akan menyebabkan Eropah dikuasai oleh Islam dalam beberapa
generasi lagi.

"Kitamesti mengambil cabaran ini dengan serius," kata Paderi Gheddo
(gambar), dari Pontifical Institute for Foreign Missions di Vatican.

"Sudahtentu apabila melihat dari sudut demografi, jelas bahawa warga Itali
berkurangan sebanyak 120,000 atau 130,000 orang setahun disebabkan oleh
amalan pengguguran dan keretakan rumahtangga – dan pada masa yang sama
terdapat lebih 200,000 pendatang yang memasuki Itali secara sah setiap
tahun, di mana dari jumlah itu lebih separuh adalah Muslim dan keluarga
mereka yang biasanya mempunyai kadar kelahiran yang jauh lebih tinggi."

Katanya:
"Akhbar dan program-program TV tidak pernah membangkitkan isu ini.
Walaupun begitu, dalam bidang-bidang yang bersangkutan dengan agama,
budaya dan identiti, kita memang memerlukan jawapannya melebihi dari
yang lain."

Paderi itu menyalahkan orang Kristian kerana tidak berpegang kepada kepercayaan mereka dan membantu mencipta "kekosongan keagamaan" yang kemudiannya diisi oleh Islam.

Dia meramalkan Islam “lambat laun akan menawan kebanyakan Negara di Eropah”.
"Yang pastinya kebanyakan kita semakin meninggalkan agama dan kekosongan ini,
tidak dapat tidak, akan diisi oleh fahaman agama lain," katanya.

Paderi Gheddo juga berkata orang Kristian yang lemah akan memudahkan mereka diserang oleh golongan sekular.

Dia berkata apabila "amalan agama dipinggirkan dalam negara-negara Kristian
Eropah dan ketika ketidaksamaan berkembang, Kristian dan gereja akan
diserang".

"Jika kita mengatakan negara kita adalah negara  Kristian, kita patut kembali kepada amalan kehidupan Kristian, dan ini akan menyelesaikan masalah kekosongan itu." tambahnya.

Komen Paderi Gheddo hadir beberapa bulan selepas seorang cardinal Czech
menyalahkan penganut Katholik yang tersasar yang menyebabkan berlakunya
Islamisasi Eropah.

Pada hari persaraannya sebagai Archbishop of Prague awal tahun ini, Kardinal
Miloslav Vlk (gambar) berkata Muslim berada di tempat yang betul untuk
mengisi kekosongan kerohanian “yang wujud apabila masyarakat Eropah
mengosongkan pengisian Kristian dalam kehidupan mereka".

Dia berkata masyarakat Kristian akan mendapati diri mereka tidak lagi kuat
untuk menempatkan diri mereka dalam kelompok yang dihormati jika
pegangan agama mereka semakin terhakis.

Dia menyeru semua penganut Kristian supaya bangun menentang ancaman Islamisasi dengan cara
berpegang kepada agama mereka dengan lebih kuat.

Pada ketika ramai bishop Katholik Eropah sering mempertahankan hak Muslim untuk
bebas beribadah di tempat awam, yang lain pula lebih cenderung untuk
melindungi warisan Kristian di benua mereka itu.
 

Tahun lepas Kardinal Jose Policarpo dari Lisbon, memberi amaran supaya wanita Katholik tidak mengahwini Muslim. 

Kardinal Giacomo Biffi (gambar) dari Itali pula mendesak kerajaan untuk memberi 
keutamaan kepada pendatang-pendatang Katolik berbanding Muslim bagi 
melindungi identiti agama negara itu.

PihakVatican juga menentang penyertaan Turki ke dalam Kesatuan Eropah (EU)
sebahagiannya kerana negara majoriti Islam itu tidak berkongsi warisan
Kristian seperti negara-negara lain di Eropah.
 — 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang