Monday, July 8, 2013

Analogi-Dakwah : Usrah Itu Harakah

Selamat Bertandang Rumah Online KNMH

[ Usrah ]

Usrah(keluarga) kita kita tidak akan bermakna jika ianya tidak di isi dengan erti sebenar usrah( harakah islamyyah).

Ia tidak lain hanyalah menambah bilangan dan angka-angka yang kosong.
Melahirkan zuriat yang kosong dari akidah yang benar.

Jauh,
jauh dari Allah dalam kehidupan.
Jauh sehingga hilang entah ke mana.

* * *

# Maka oleh itu carilah.Persoalannya,bagaimana boleh dicari?

Carilah,
carilah ia dengan mengenal pencipta diri,
mintalah padaNya jalan pulang.
Mintalah dan sebut padaNya.
Dia ini pendengar setia.

‎#Pencarian
Selaklah Al-quran dan bacalah tafsir,,
Bukalah kitab Hadis sohih dan meneladani ucapan Rasululullah itu,
Bukalah keduanya itu,
Dengan rasa sabar,
dengan rasa tenang,
dengan rasa lapang dada.
Baca sehingga kita dekat pada keduanya.
Allah dan Rasul.

‎#Peluang
Berikanlah peluang kepada hidup kita,
Beri peluang hidup secara berdisiplin,
sering dipenuh dengan panduan.
sering ada hujah jika ditujah,
sering ada bukti jika dikutuk maki.
Kita disiplin dan tidak gugur walau dicerca hina.

‎#Yakin
Percaya kita,
biar kekal mantap.
Tidak hidup berprinsip lalang.

* * *

Dan daku (penulis) menjawab ;
" Jalan terbaik untuk mendapatkannya semula, carilah kitab dan ulam(orang yang berilmu) dan bertanyalah.Tanyalah sehingga terungkai segalanya,

Tetapi ,inginku pesan.

Pastikanlah mereka yang memberi tunjuk ajar dan buku yang dibaca berlandaskan Al-quran dan assunnah.Kerana aku bibang kalian akan taasub tanpa sebab malah terpesong dari apa yang dilakukan dari qudwatuna Nabi Muhammad.

Islam itu hadir bukanlah bersifat berlebih-lebihan (baca: 'ghuluw' melampau-lampau) atau juga meremehkan (baca; Memudahkan-mudahkan), tetapi sebaliknya Islam itu agam yang mudah serta meyenangkan bagi pelakunya,kerana Islam menyukai pengamalnya di dalam kesedrhanaan."

* * *
Nama pena : Mujahidah Hafizah
DaieArt Hafizah Of Loivart Link Team.
Editor & Setiausaha Kelab Penulisan Irbid,Jordan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang