Bantu aku kembali ke jalan quran dan sunnah...♥
Bismillahirrahmanirrahim.
Ada seorang hamba Allah ini datang kepadaku dan menceritakan kepadaku tentang langkah2 yg perlu aku ambil jika ingin merasai hebatnya menjadi hamba Allah,maka dia memberikan aku nasihat supaya MESTI/ TIDAK BOLEH TIDAK agar membanyakkan membaca perkara2 ini:)
-quran dan terjemahannya,
-tafsiran kisah/cerita2 alquran(kitab tafsir),
-buku2 sejarah/sirah nabi2 sahabat2 r.a/r.ha,
-hadith2 dan terjemahannya,
-syarah hadis2 - kefahaman tentang hadis.
-kitab2 sunnan-penambahan ilmu dan penguasaan dalil.
-buku2 sains yg ditulis oleh org islam & bukannya buku2 yg dikarang hebat oleh orientalis,
-dan kita MESTI mementingkan 2 buku ini dalam kehidupan kita.
Pesan sahabat itu kepadaku lagi ,
bawalah ia kemana sahaja kita pergi, tatapilah dimana sahaja kita duduki-hatta di bawah pokok dengan hanya 'melepak' di jalaran akarnya,atau dimana2 sahaja kita berada, itulah dia a-lquran terjemahan bagi yg masiih kurang faham bahasa arab, dan beberpa kita hadis yg berserta syarahnya.
****************
(KRI-Kongsi Rasa Iman)
Realiti hidup semasa :
Walaupun rasa sedih sebab dah tua bangka baru nak sedar kepentingannya tetapi x salah jika kita mahu berubah bila kita rasa masanya sudah tiba.
Ramai daripada kita( umat islam akhir zaman) walaupun dah sekian lama tahu adanya 2 benda peninggalan ini-thurath yg x lapuk dizaman iaitu :( ALquran dan kitab2 hadis) dan ianya telah lama ada dalam pangkuan manusia-islam, namun... cukup sedih bila ada lagi yg x mengerti kepentingannya.Ada yg menyedari kepentingannya tetapi x tahu menggunakannya/ mengambil 'ibrah(pengajaran) daripadanya.Disamping itu juga,ada juga, yg x pernah sedar akan kepentingannya kepada kita mungkin kerana keluarga yg tidah mendedahkan kepada mereka, mungkin sahaja mereka yg lalai dan x pernah jumpa dalam kehidupan mereka yg lepas atau juga mungkin keran tiada sahabat2 yg memahami dan tidak mahu berkongsi rasa kepada mereka-(namun x mengapa, bagi sesiapa dalam golongan ini..x perlu bersedih hati ♥, kerana tabiat manusia ini akan berubah setiap hari. Cuma hanya kita yg perlu memilihnya samada perubahan itu bercorak lebih baik/ lebih teruk dari sebelumnya.Namun jgn ingat hari2 kita adalah hari yg statik tanpa peubahan...walaupun sekecil2 hal, ianya tetap akan berubah.
DI sini saya kongsi rasa cinta saya terhadapnya tentang mengapa perlunya kita kepada dua tinggalan khazanah ini buat kita??...
Pengalaman diri sendiri,apabila memasuki kelas syariah ,bila mana terdengar hadis2 / ayat2 alquran yg dibacakan oleh doktor2 dan disampaikan oleh sahabat2, baru disitulah terasanya pentingnya dua benda ni( alquran dan hadis).Padahalnya...ada jer yg pernah dihafal ketika dibangku sekolah dahulu, ditulis dinding2 sekolah, di baca oleh umi ketika masih kecilku ,tetapi entah mengapa ..bila masa kian berlalu,hari demi hari kita terus membesar..kian banyak buku2 sekolah yg perlu dibaca, kian banyak akhbar2/berita perdana dan isu semasa yg berlaku disekeliling menambahkan masa membacanya dan mengurangkan masa kita untuk memahami kedua hal ini.Maka dari hari yang kian mendung dari cerahan islam kita semakin hari semakin hanyut hasil bawaan ilmu pengethuan yg kita tatapi dan ratapi .Manusia-manusia semakin terasa hebat bilamana mahu mengondol/ mengumpul kejuaraan 'A' di bangku sekolah, makin bangga merangkul CGPA tertinggi dan anugerahnya, tetapi dua khazanah ini??....kita tinggalkan atau ada jugak bacanya, tetapi entah..tidak tahu apa isinya, kemana perlu realisasikannya, dan mungkin semua itu hanya sekadar sesi pembacaan tanpa kefahaman yg mendalam, sekadar hafal sahaja untuk lulus periksa.
Sahabat2 facebookku dan blogwalking yg disayang,
Cukup sedih bila ku pandang diri ini manusia-manusia yg hidup dikitaranku di zaman ini.Kerana baru saat ini timbulnya kesedaran ini...aku cuba beramal berdikit2 , berdayung2 ..dari hari ke hari..ideologinya,manusia fitrahnya semuanya baik dan inginkan kebaikan.
Jadi, saya kongsi perasaan ini dan seru sahabat2 seakidah dan bukan beragama islam juga- marilah kita kembali dan mengenal kepada kedua hal ini (alquran dan hadis) untuk kita kenali siapa kita, apa tugas kita kemana kita selepas ini,cara2 berkehidupan yg sempurna dan semuanya kait-mengait-berkaitan dengan kita-diri sebagai manusia.
Sahabat facebookku/blogwalking disayangi Allah,
mari kita ambil masa, walaupun sedikit( 2-3 minit) kalau x mampu seminit pun jadilah...untuk kita ambil-pegang-dan belek(jengah2lah) quran terjemahan kita itu(kalau xd boleh beli di kedai2 buku-insyaALLAH), dan seterus mari kita baca dengan mata hati kita...semasa kita membukanya,isukan diri kita bahawa-Allah sedang berbicara dengan kita, Allah sedang memberitahu kita: apa yg patut(WAJIB)kita lakukan @ yg wajib kita tinggalkan,Allah sedang menberikan nasihat2 ayat2 cinta yg penuh suratan dan juga siratannya yg mampu mengalahkan penulis2 syair cinta di seluruh pelusuk Dunia zaman berzaman,memberitahu ubat2 penawar mampu mengubati jiwa2 dan jasad2 yg merana kesakitan berabad lamanya tanpa perlu kepada bomoh2 buatan dan jadian-jadian dalam misteri2 nusantara, semuanya cukup lengkap-cukup mantop, semuanya ada didalamnya.
Jadi last but not least,saya inigin berubah dan sedang berubah saya mengajak pembaca2 facebook & blog yg dirahmati Allah mari berubah kepadaNYa- mencari rahim( sifat kasih sayang Allah) dan ayuh kembali kepadanya..dengan memahami dua tinggalan khazanah ini untuk diri kita, diri org lain( pabila kita faham kita kongsikan untuk perubahan manusia lainnya), dan semuanya.
Agar kita kembali merasa menjadi hamba, dan memahami dan berbangga selagi mana berada dalam kehebatan kalimah haq- لا اله الا الله ,محمد الرسول الله...insyaAllah.♥,
sayangkamusemuakeranaAllah-
#saksikanakudenganperkongsianygringkasinidiakhiratkelak-mengajakkaliankenalpenciptadiriini.#
#
KEWAJIPAN DAKWAH BAGI MANUSIA YG MENYAKSIKAN- BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN MUHAMMAD PESURUH ALLAH#
-لله تعالى-
No comments:
Post a Comment