Monday, March 19, 2012

:: 9 Jenis Anak Syaitan ::

بسم الله الرحمن الرحيم
لله تعالى

#ku sebarkan ilmu untuk kita sama2 keluar dari kepompong jahiliyah.#

**********************

---9 jenis anak syaitan---
 Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun 
* Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu. 

 2. Wathiin
* Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

 3. A’awan
* Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

 4. Haffaf 
* Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras). 

 5. Murrah
* Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain. 

 6. Masuud 
* Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut. 

 7. Daasim
* Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

 8. Walahaan
* Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

 9. Lakhuus 
* Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?


sumber by :
 cc: Ustaz Azhar Idrus ( Original )

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang