Friday, April 13, 2012

Artikel : CUBA 1 :: Isterinya Ulat Buku ::


:: Isterinya Ulat Buku ::


________________

Pada suatu hari sepasang suami isteri berjalan di sebuah pasaraya di ibu kota, kebetulan pada ketika itu terdapat satu jualan buku - buku dan kitab -kitab islamik, namun pada ketika itu si suami tidak membawa lebihan wang. Pada asalnya memang niat mereka hanya untuk keluar menuju ke masjid kerana terdapat usrah selepas isyak,tetapi dek kerana si isteri mengadu kelaparan, si suami memutuskan untuk mengajak ke sebuah pasaraya menjamu makanan sebelum sampai ke masjid.tetapi..sebelum pulang, mereka terserempak dengan kedai-kedai jualan buku terbaru.disebabkan si isteri sangat meminati novel- novel islamik, si isteri menarik tangan suaminya menyerbu kearah kedai tersebut.

"abang, Fatimah Sarha keluarkan novel terbaru lagi la sayang,ayang nak boleh?" 

Tersenyum-senyum si isteri memandang buku tersebut sambil membelek-belek sinopsis yang tertera di belakang novel tersebut.
Si suami tersenyum senang melihat telatah isterinya itu,persis keanak-anakan apabila terjumpa sesuatu yang menarik perhatiannya.Namun,dalam hati si suami,

'Ya Allah~....bagaimana harus aku memberitahu isteriku ini, ya Allah..hambamu ini sedang punya masalah kewangan di kala ini, Ya Allah..gembira sungguh isteriku dengan buku itu, aku akan turut sedih jika dia merasa sedih jika tidak memiliki sesuatu yang menyenangkannya...Ya Allah,bantulah hambaMu ini.'

Melihat si suami dari tadi asyik termenung, si isteri menghampiri.

"Abang,....!" sedikit menyergah tetapi masih control ayu dan sopannya.

si suami sedikit terperanjat melihat isterinya berada betul - betul dekat dihadapannya.Tidak berkata apa, hanya memandang mata si isteri sambil mengukir senyuman semanis madu.

"Abang termenung ye tadi...?, abang fikir apa tu?"

"Abang xd fikir apa2 pun sayang, abang rasa letih je sedikit, penat keje tadi tak hilang lagi."

mendengar luahan si suami, si isteri bagaikan dapat menghidu masalah yang merungsingkan kepala suaminya ketika itu, masalah apa...itu tak diketahui.

"Abang, jadi boleh tak ayang beli buku tu?" memandang suaminya, setia menanti  jawapan buah hatinya.sabar.

"Sayang,kita tangguh dulu ye sayang, nanti kita datang sini lagi.Sayang beli lain kali yer."
Si suami memandang isterinya minta pengertian.senyuman ikhlas diukirkan menyedapkan hati si isteri.

si isteri yg tadinya gembira, memandang buku tersebut berkali-kali,Akhirnya dia akur tanpa berkata apa -apa, dia kembali meletakkan buku tersebut di rak asalnya.Perlahan- lahan tangannya melepaskan buku itu.Bagaikan susah baginya melepaskan peluang untuk memiliki buku itu.Gelagatnya diperhati si suami hanya dari jauh.Tampak benar kecewanya di balik purdah itu.

'tentu kecewa benar perasaannya ketika itu.'desis hati si suami.

_______________

Dalam kereta.

"sayang, abang minta maaf tw."


"erm...? kenapa abang minta maaf dengan ayang ni?" sedikit terbeliak anak mata si isteri memandang si suami meminta suami meneruskan kata-katanya.


"abang minta maaf sebab x dapat nak tunaikan hajat sayang tadi.Abang minta maaf ye sayang.." si suami mengerling mata kearah si isteri melihat riaksi.Kelihatan matanyanya sahaja yang seperti tersenyum.


"owh..itu ke, ayang tak kisah lah kalau x memiliknya sekarang,tak ada rezki lah maksudnyer.Tapi abang janji ye..belikan buku nanti."


" ye sayang, insyaAllah...abang belikan"


Walaupun tidak kelihatan senyuman isterinya di balik purdah itu, si suami tetap membalas senyuman itu, lantas ditarik bahu isterinya dekat dengan dadanya.Dalam hatinya lega jerana mendapat isteri yg sangat memahami. Dia kenal isterinya mudah redha dengan keadaan .Hatinya berbunga mendengar kata-kata yang di ucapkan si isteri sebentar tadi.Lega.
_____________________________

Dia tahu, isterinya sangat mencintai buku-buku, sehinggakan hampir setiap rak rak yang berada di sudut rumah mereka dipenuhi dengan  buku-buku.Sememangnya , sebuah perpustakaan mini menjadi impiannya ketika di awal pernikahan kami dahulu.

"abang, sayang nak rumah kita ada sebuah library mini."
."...boleh, lagi.."
"erm...kat dalam bilik tidur kita pun ayang nak ada satu rak buku..yang tinggi tu tau.."
" tinggi macam mana tu sayang?"
" tinggi sampai kat syiling rumah kita tu abang."
" wahh..tinggi tu sayang, nanti ayang kene panjat lak nak ambil buku - buku yang di atas tu..xpayah lah lah ye sayang, cukup lah rak- rak buku kat dalam perpuastakaan mini yang tu jer yer.."
" alaaahhh....."

Tersenyum si suami mengingati detik - detik mereka ketika merancang bentuk rumah idaman mereka bersama.Kini, setelah rumah idaman mereka sudah dihuni,bagaikan satu rutin si suami ,setiap hari selepas pulang dari pejabat, si suami akan mencarinya di situ.Kadang- kadang si isteri tertidur lena bertemankan buku - buku di sisinya.

'Alahai ...isteriku.. serikadiku, ulat buku.'

'sayang ..abang harap, sayang mencintai abang sama seperti  sayang mencintai buku-buku ini .'

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang