Hidupku,
perlu ku sedar ini semua ujian,
ujian bagi menguji hamba-Nya yang beriman,
tidak ramai yang mampu terus bertahan,
tatkala ujian terus membekam,
namun ujian tidak akan melebihi sesuatu kesanggupan,
semua pasti mampu melalui dengan kekuatan,
kekuatan yang perlu dibina melalui iman,
serta kepercayaan yang tinggi kepada Tuhan,
bahawa Dia-lah satu-satunya tempat memohon,
memohon keampunan juga kekuatan,
dalam menelusuri pelbagai ujian...
~Semoga di kurniakan kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi ujian Allah~
by: MH91
date : 15/4/2012
Ahad.
Irbid,Jordan.
-Stud.Uni.Yarmouk-
No comments:
Post a Comment