Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah., Ya Rahman, Ya Hakim , Ya Wadud.
Diari Bulan Feb : Minggu 4 : 23/2/2012.
Ahhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!~sakit kepala, sakit kepala, sakit kepala lagi...~ ujian lagi.
Hari ni walaupun ianya berjalan seperti hari- hari yang lepas,
namun sepertinya tetap aku rasa berbeza dari hari semalamnya,
mungkin pertamanya hari ini subjek yang aku ambil dua sahaja
( mafahim Asasiyyah Fi Tarbiyyah-11:00-12:30 & Iqtisodiyyat Nuqud Fil Islam 2:00-3:30),
dan kelihatan ringan sedikit kerana punya masa yang lebih lama untuk aku rehat jika berbanding dengan hari rabu semalam,
yang jadual waktu sememangnya padat.
Bermulakan hariku dari jam 9.30 pagi sehinggalah jam 3.30 petang kelas.
Namun ianya tidak terlalu membebankan,
by the way, everything going smoothless.
Namun tidak pada hari ini.
Keletihan~
Aku rasa dua tiga hari ni kerap benar badan aku mengalami masalah.
Mungkin kerana aku yang tidak cakna dengan waktu makanku, barangkali.
Atau juga, aku yang terlalu kenyang dengan rutin makan jer waktu malam,
padahalnya aku ini jenis yang kurang makan,
makan banyak jer rasa nak vomit lah..macam- macam lah.
Apa-apa pun minggu ini aku benar- benar rasa tidak selesa dengan keadaan diri, masa, ada sahaja yang tidak kena.
Bukan aku sengaja mengukir alasan,
tetapi aku susah mahu mengerti keadaan diri sendiri.
Jadi bagaimana mungkin aku berkongsi rasa ini kepada sahabat- sahabat yang lain bagi membantuku,erm :(,
lagi pun malaslah nak susahkan mereka kerana masalah kecilku ini,~prinsipku.
namun dalam masa yang sama,
aku sentiasa kelihatan lemah,
walaupun sebenarnya aku sentiasa bersemangat.Aahhh~
Aku lemah nak bawa diri sebenarnya.
Aku mahu sahaja dihadiahkan kerusi roda,
biar senang aku tidak perlu berjalan.
Aku takut aku rebah tiba- tiba lagi.
Ya Allah,ada apa dengan kepalaku ini??
Sudah puas aku meringankan diri untuk bertemu doktor menanyakan masalah kepalaku ini,
n a m u n,
"H a m p e h"
itulah yang aku boleh katakan,
'lil asif' doktor tidak pernah tahu aku punya masalah di kepala,
kenapa ye??
(katanya:..tiada masalah, ok sahaja...)
Ahhh!!!!
Mana mungkin!
aku yang mengalami, mana mungkin tiada masalah di kepalaku!.
Ya Allah tunjukki aku ubat yang terbaik untuk aku berikhtiar berubat demi menyembuhkan kepalaku ini.
Aku risau benar kalau sahabat- sahabat yang sebilik denganku,
mungkin mereka fikir aku ini mengada -ada sahaja penyakit sedang tiada.Kerana malas~
Maafkan aku jika terpaksa menyendiri untuk elak simpati dari masalahku ini,
lebih baik ku tanggung sendiri.
Allah yang memberikan penyakit ini dan Dia juga yang berhak mengambil kembali.
Namun setiap kali ianya bertandang,
aku jadi culas melayani diri yang inginkan kegembiraan,
bergurau senda dengan sahabat- sahabat bahkan dengan orang sekeliling.
Aku jadi hilang 'mood' dan idea untuk bergurau.
Malah aku lebih selesa berdiam diri dan dengar,
walaupun sebnarnya aku tidak pernah atau jarang sekali mendengar bualan mereka,
kerana aku selalu rasa hidup dalam 'khayalan' yang disibukkan oleh kesakitan.
Maafkan aku untuk hal itu.
Aku sering berdoa,
agar penyakit ini dibawa pergi,tetapi jika ianya masih ditakdirkan untuk akau harungim
Ya Allah, kuatkan aku untuk hadapinya.
dan kerana inya kifarah untuk dosaku,
maka aku lebih redha penyakit ini untuk aku.
Ya Allah..
Lindungi aku dari segalanya yang tidak pernah terduga oleh akal fikiran yang waras.
Amiin~Ya Allah Rabbul A'lamin.
by: S91
07:35 malam-Khamis
Irbid, Jordan.
# Mood: SakitKepala+keletihan #
No comments:
Post a Comment