Showing posts with label :curahati/diari::. Show all posts
Showing posts with label :curahati/diari::. Show all posts

Wednesday, May 15, 2013

Dari ukhti tersayang ; Buat Bidadari Syurga Solehah

SEPERTIMANA BIDADARI
Wahai adikku yang dikasihi sepenuh hati
Saat pertama kali bersalaman setelah disarungkan cincin, hati kakak tidak berdebar-debar sepertimana yang novel-novel cinta gambarkan. Tiada juga renjatan elektrik yang dirasakan bila pertama kali bersentuhan umpama yang filem-filem cinta kisahkan. Yang ada hanyalah suatu kedamaian yang mengalir meresap ke hati, dan rasa selesa menggenggam tangannya ibarat kedua-dua tapak tangan kami telah lama berkenalan. Perasaan malu tetap menyelubungi kerana hakikatnya kedua-dua pemilik tapak tangan yang sedang bersalaman itu belum pernah berbalasan pandangan mata mahupun senyuman, apatah lagi bicara yang melangkaui urusan kerja.


Untuk apa kakak menulis mukaddimah seperti itu?
Kalau bukan kerana cinta, kakak tidak akan tergerak untuk melayangkan curahan hati terbuka ini.
Kerana cinta, kakak ingin yakinkan adik kakak, bahkan semua wanita muslimah di luar sana bahawa syariat sangat indah dalam meraikan fitrah. Terimbau kembali kenangan membawa PINTAR (kumpulan diskusi di bawah Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid) pada sesi lepas, ada yang melontarkan soalan kepada kakak,
“Realistik ke zaman sekarang kalau tak couple untuk dapat jodoh? Lepas tu, bagaimana nak cintai seseorang yang kita tak pernah kenal betul-betul?”

Laju kakak menjawab, “Memang macam tu zaman sekarang sebab masyarakat dah sangat rosak. Apa yang betul jadi salah dan apa yang bagus dipandang pelik. Tapi kita yang ada kesedaran agama, yang Allah dah pilih kena sangat thiqah dengan Dia, kena percaya betul-betul yang setiap apa yang Allah gariskan adalah yang terbaik untuk kita. Bukan setakat couple..hatta untuk elakkan zina, pandangan mata pun kita kena jaga kan.”
Jawapan berbaur keyakinan yang tinggi itu pantas dituturkan, namun sebenarnya hati kakak terdiam lama. Tidak dapat dinafikan, tahap-tahap keyakinan setiap individu pastinya berbeza.

Ada ‘ilmul yaqin atau keyakinan rasional; meyakini segala sesuatu berdasarkan ilmu dan pengetahuan. Kemudian terdapat ‘ainul yaqin atau keyakinan empirikal; keyakinan yang terbit atas sebab kita telah melihatnya dengan mata kepala sendiri. Berbeza bukan sekadar mengetahui indahnya Petra di Jordan berbanding membelek gambar-gambar kota Petra yang tersergam indah? Tahap yang tertinggi ialah haqqul yaqin atau keyakinan hakiki; melibatkan dzouq (rasa) dengan sebenar-benarnya dan terbukti melalui pengalaman. Nah, apabila kita sendiri mengelilingi kota Petra, keyakinan mengenai keindahan Petra benar-benar terpahat di hati dan mustahil untuk sesiapa pun merenggut keyakinan tersebut daripada diri kita.


Bagi kakak, menjadi tanggungjawab golongan yang Allah telah kurniakan nikmat haqqul yaqin untuk berusaha menenangkan hati adik-adik yang masih berada di peringkat ‘ilmul yaqin atau ‘ainul yaqin. Rasa takjub bila mengalami sendiri cinta tanpa couple itu ingin kakak kongsikan dengan adik. Bukan untuk berbangga atau menceritakan hal rumah-tangga sedangkan perjalanan kakak masih jauh, tetapi untuk meningkatkan keyakinan adik bahawa janji Allah itu benar. Semoga adik dikurniakan kekuatan untuk percaya dengan janji Allah dan tidak terpengaruh dengan budaya couple yang menjadi norma masyarakat kita kini. Biar adik nampak kolot di mata manusia, namun adik sebenarnya dipandang tinggi olehi Allah dan para malaikat. Jangan sesekali meragui keupayaan Allah untuk menghadirkan rasa cinta selepas wujudnya ikatan yang sah. Malah, cinta yang barakah itu pastinya berjuta-juta kali lebih manis dan indah.
Wahai adikku, si mata-air kebangkitan ummah,

Andai kakak bertanya sekarang, apakah visi keluarga adik? Apakah yang adik inginkan bagi ibu dan ayah, adik-beradik, bakal suami, dan bakal anak-anak adik? Sasarkanlah visi adik sebagaimana yang telah Allah firmankan dalam Surah At-Tur ayat ke-21, “Orang-orang yang beriman dan anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan Kami kumpulkan anak cucu mereka dengan mereka. Dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.”

Dengan visi yang sebegini mulia, haruslah kita mempermuliakan hidup kita. Bimbang bukan, kita bercita-cita untuk dikumpulkan di syurga Allah bersama keluarga kita, tetapi kita masih belum berperangai seperti ahli syurga. Kebimbangan ini seterusnya patut membuatkan kita cemerlang beramal dan bertindak, bukan futur atau lemah semangat mengenangkan prestasi diri yang masih corot.
Wahai adikku yang bernilai dan berharga,

Mari kita teladani ciri-ciri bidadari syurga, agar selayaknya kita menjadi ketua mereka bagi pasangan kita. Allah telah berfirman dalam Surah Ar-Rahman, ayat ke-56, “Dan di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.”

Adikku sayang, sopan dan menundukkan pandangan itu subjektif, maka timbanglah segala perilaku kita dengan neraca iman. Walaupun dengan rakan sekelas atau pemandu teksi, ingatlah sabda Nabi s.a.w bahawa pandangan kedua itu adalah panahan syaitan. Takut-takut setiap kali kita terdetik,“Handsomenya mamat ni!”, bakal suami yang telah Allah catatkan untuk kita di Lauh Mahfudz juga terdetik, “Cunnya awek ni!” Takut-takut setiap kali kita melirikkan mata, bertambah titik hitam di hati yang memadamkan cahaya keimanan dan menyukarkan kita membuat kebaikan. Izinkan kakak untuk menghadiahkan adik hadith Nabi s.aw. ini yang diriwayatkan oleh Ahmad:
إِيَّاكُمْ وَ مُحَقَّرَاتِ الذُّنُوِبِ، فَإِنَّهُنَّ يَجْتَمِعْنَ عَلَى الرَّجُلِ حَتَّى يُهْلِكْنَهُ
“Hati-hati kalian daripada dosa-dosa kecil, kerana dosa-dosa kecil itu bila berkumpul pada diri seseorang akan membinasakannya.”

Adikku sayang, jagalah adab-adab sewaktu diiringi muraqib agar hati kekal suci terpelihara. Bukan muraqib berjalan di hadapan atau belakang yang patut kita perdebatkan, tetapi yang perlu kita cakna adalah kita tidak membuka ruang untuk dicuri pandang mahupun ditegur sapa. Rendahkanlah suara dan hindarkan gelak ketawa sesama akhawat ketika di jalanan. Berterima kasih itu wajar, namun bertanyakan khabar itu seharusnya disambut hambar. Cantik sungguh lembaran sirah yang mencatatkan perjalanan pulang Aishah r.a, apabila beliau tertinggal mencari rantai selepas peperangan Bani Mustholiq. Bayangkan adik, Sofwan Al-Muaththol telah mengheret unta yang ditunggangi Aishah tanpa kedua-duanya bercakap walaupun sepatah kalimah.

Adikku sayang,  pastikanlah setiap aktiviti yang melibatkan syabab dan akhawat mempunyai objektif yang ingin dicapai, samada untuk kita mendekatkan diri kepada Allah, memberi manfaat kepada dunia kita, ataupun membawa faedah buat akhirat kita. Pilihlah antara tiga objektif ini yang telah ulama’ sarankan. Kakak tersenyum bahagia mendengar kelas akademik, simulasi peperiksaan,diskusi ilmiah dan sebagainya yang dijalankan dengan kerjasama syabab dan akhawat. Kadang-kala pula, kakak berkerut dahi mendengar jamuan makan, rehlah batch, melancong dan sebagainya dilaksanakan dengan percampuran syabab dan akhawat tanpa keperluan yang mendesak. Suka untuk kakak petik kata-kata Imam Fakhrurazi bila beliau menerangkan mengenai ayat ke-48 Surah As-Saffat, “Ini menunjukkan betapa malunya bidadari syurga kerana “at-Torfu” adalah gerakan kelopak mata (eyelid). Bidadari tidak menggerakkan kelopaknya dan tidak mengangkat kepalanya untuk lelaki bukan suaminya.”
Adikku sayang, pergaulan di alam maya tiada beza hukumnya dengan pergaulan di dunia nyata. Bersembang mesra online dengan lelaki yang bukan muhrim menggambarkan status sebenar iman kita. Saidina Ali pernah mengungkapkan,
ٌ لِلْمُرَائِيْ عَلاَمَاتٌ، يَكْسُلُ إِذَا كَانَ وَحْدَهُ، وَيَنْشَطُ إِذَا كَانَ فِي النَّاسِ، وَيَزِيْدُ فِي الْعَمَلِ إِذَا أُثْنَى، وَيَنْقُصُ إِذَا ذُمَّ
“Orang yang riya, terdapat beberapa ciri, Malas  jika seorang diri, giat beramal jika di tengah-tengah orang ramai, bertambah semangat beramal jika mendapatkan pujian, berkurang  frekuensi amalnya jika mendapatkan celaan.”
Semoga kita tidak hanyut dengan hawa nafsu yang mengatakan “It’s okaylah..” untuk malas memelihara pergaulan di Facebook, Yahoo Messenger, Twitter, dan lain-lain lagi. Adikku, lawan kepada sikap riya’ adalah sifat ikhlas. Bagaimana agak-agaknya tahap ikhlas kita jika diri kita yang bersendirian menghadap laptop berbeza berbanding diri kita yang malu tersipu-sipu di khalayak orang?

Adikku sayang, firman Allah di dalam Surah At-Taubah ayat ke-71 berbunyi, ”Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Marilah kita bantu mujahid-mujahid ummah kita menundukkan pandangan dengan tidak meletakkan gambar online yang jelas memampangkan wajah mujahidah-mujahidah ummah kita. Sepertimana bidadari syurga, keayuan adik dan sahabat-sahabat adik mestilah istimewa buat mereka yang membayar mahar yang digariskan-Nya. Namun, janganlah sesekali marah atau mengguriskan perasaan ahli keluarga adik atau sahabat-sahabat yang meng-upload foto adik. Qudwah hasanah itu jauh lebih baik daripada kritikan. Lambat laun, mereka akan mengerti dengan izin Allah.

Buat adikku bakal bidadari syurga, maafkan kakak andai ada perkataan yang tidak ditepati amalan. Saling menasihati dan mendoakan, kakak titipkan ayat-ayat Allah ini sebagai pendamai jiwa adik.
“Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Rabbnya, mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik).  iaitu syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dari bapa-bapa mereka, isteri-isteri mereka dan anak cucu mereka, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan): “Salamun ‘alaikum bima shabartum”.  Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” [Ar-Ra’du:22-24]

Oleh;
Nadhirah Sahri
Tahun 4 Perubatan, JUST

 ''Saat membaca artikel ini...terasa bagaikan setiap patah perkataan menyentuh hati ini...disebbkan terlalu terkesan dgn artikel ini...hati bertekad utk berkongsi artikel bermkna ni kepda semua muslimah...mohon izin dri ukhti NADHIRAH SAHRI untuk jadikan artikel ini sebgai nota dlm FB ana.Jazakillahu khoiran jaza' ya ukhti mahbubah... :-)

Jika RUFAIDAH AL-ASLAMIYAH mmpu menjadi sepertimana bidadari...iaitu seindah dan sesuci bidadari..adakah kita tidak malu kpda si comel ini...dan malulah kepda ALLAH..semoga ia mnjadi perngsg utk kita semua..insyaALLAH..

Monday, April 15, 2013

Kisah Cinta, Rezeki dan Harta

Selamat Bertandang Rumah Online KNMH
Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirrahim,
Fuh..Fuhh..Fuhh,,bersawang sudah belog ini,lama sudah tidak mengupdate belog ini.Rindu!

Ok,walhalnya, ana nak cerita kisah cinta ana dengan pasangan kekasih ana,
dan tidak lama lagi ana dan bakal suami ana akan melangkah ke alam rumah tangga,hehe^.^ berdebor pulak rasanya tapi insya Allah, dengan masa yang berbaki kurang lebih 16 hari jer lagi, bermula tarikh hari ini ( 16 April 2013-Selasa) ana akan sediakan sedikit artikel berkaitan ahwal wedding dan persiapan kami.Now, let with my story ^.^.

Persiapan.
Oh, actually baju pengantin umi ana yang jahitkan,Design khas dari ana sendiri. Tetapi, ana masih menanti pakaian akad nikah ana tu, warna pun masih tidak tahu jelas macam mana corak, kain die macam mana semua masih dalam keruan, tak tahu setarang apa lagi.hehe^.^(Tarik nafas)
Oleh sebab kami nikah Online pakai skype, so banyak sangat persiapan yang tidak dapat dibincang terus, kecuali hanya menelusi telefon pintar dan penggunaan facebook sahaja.

Erm..btw, i hope everything going smoothlest,banyak sangat lagi persiapan yang perlu disediakan.Dari pihak ana sendiri, disebabkan ana duduk  berjauhan dari family (ana sekarang di Jordan), ana (dalam terpaksa) yang akan mengurus segalanya.Bermula dengan ambil baju pengantin sendirinya dekat balad (satu pasar di Jordan), Siapkan bajet makanan utk sahabat-sahabat yang bakal datang memeriahkan majlis ana,dan paling penting persiapan teknikal segala bagai nanti.Tiada Komputer riba dan Internet kucarlah keadaan majlis ana nanti.* moga Allah mempermudahkan perjalanan majlis ana,huh!*

Apapun terima kasih kepada Akhawati i Mahbubah ( Kak Noriana Samat, Kak Wawa, Sumaiyyah,Nasuha,Aqilah,dan Anisya) yang sudi membantu.Tambah-tambah, merekahlah adik- beradik ana di sini.Entunna memang BEST !

Kekurangan.

Dalam menulusuri jiwa seorang yang agak gembel dan slumber sebagai solo ini, ana mengaku masih  banyak kekurangan.Dan setiap dari kekurangan itu ana perlu sediakan masa yang cukup mantap untuk sedikit sebanyak merubah diri ana.Hai...demi cita-cita ingin menjadi permaisuri di Syurga bukan senang cik kak oi~
Apa pun perjalanan hidup harus kita teruskan jugak.

Sebenarnya, kekurangan itu terlalu banyak, kalau diibaratkan dengan sehelai baju, ana rasa kekurangan ini boleh disamakan dengan kelompongan atau mungkin koyakan yang terdapat pada baju akibat digigit tikus atau serangga yang seangkatan dengannya.Bergitu besar dan banyak!itulah perumpamaan kekurangan diri ini.Namun, kain yang terus koyak, jika kita masih sayang, kita akan tetap mencari jalan untuk membaik pulih ia semula.Ana carikan perca-perca kain untuk menampung semula kekurangan itu.
Dan paling best ada 'pemilik kain' yang berikan kain baru untuk ana iaitu Allah.Dia hadirkan seorang lelaki untuk menampung kekurangan ini.Alhamdulillah.

Perasaan saat ini (saat masih bujang).

Alhamdulillah.Gembira dan bersyukur tidak terkira.Selama hampir 2 tahun lebih kami berkenalan dari sesi pertunangan syarie dan adat, kami saling cuba untuk mengenal hati dan budi masing-masing.Alhamdulillah.Segalanya mungkin telah tertulis di lauh mahfuz, ana tidak dapat menafikan yang ana jatuh hati dan dan hampir sayang sepenuh jiwa kepadanya.Jujur habis lah ni! warrrggh~(hope dia x baca post ni :P)

Secara jujurnya, ana  ni jenis manusia yang 'syaksiatul basoriah'  iaitu manusia yang Allah ciptakan suka memandang segala sesuatu yang cantik-cantik, kemas,bercakap laju, agak sedikit sensitif dan mudah marah.
Namun, kelebihan da kekurangan insan yang jenis sebegini mungkin akan ditampung oleh bakal suami ana yang jika diteliti dia memiliki watak 'Syaksiatus Sam'ieyah'  yang mana dia adalah seorang pendengar yang baik terhadap sesuatu.Walaupun die pun seorang yang kuat bercakap dan 'membebel' jugak kat diri ini.Yelah mana tidaknya, bakal isteri dia ni masih muda, mentah, remaja lagi tu..of coslah banyak bende yang nak dicuba dan nak tahu,sebabkan ana ni jenis syakhsiatul basariah, ana  tidak mudah percaya sangat dengan apa yang orang kata,'dengar sahaja percaya jangan lagi'-disebabkan analogi prinsip inilah membuatkan ana sendiri mahu mencuba, mencari, membaca sendiri supaya ana dapat keyakinan yang mantap dari apa yang  pernah ana dengar sebelum ini.Namun ana bukan lah seorang yang ego.Menyedari hakikat diri adalah seorang sangat lackage,serba kekurangan dari segi ilmu terutamanya, maka ana akan sentiasa mencatit apa-apa sahaja yang telinga ini terdengar,mata ini terlihat, dan hati ini berkata,segalanya!

Berikutlah,ana akan sentiasa mambawa buku nota ke mana sahaja.Saat bercakap dengan bakal suami pun ana akan mencatit bait-bait nasihat dan kata-katanya( walaupun dia tak tahu pun, hehe^.^).Persoalan yang sering dituju kepada ana adalah berkaitan politik, hal semasa ,fiqah, kata-kata ulamak dan  perkara lainnya.Alhamdulillah sedikit sebanyak membantu ana menjadi seorang yang cakna dengan isu semasa.Yelah kan, salah satu faktor disebabkan die sangat berumur dewasa, jadi banyak kehidupan yang telah jalani sedikit sebanyak perlu ana jadikan pedoman dan tauladan,Bukan dia sahaja,semua manusia yang berada dalam pandangan ana,Insya Allah ada sahaja yang ana akan pelajari dari mereka.Ana kan baru  meningkat dewasa,orang kata ' baru nak kenal dunia'.Maka normallahkan^.^.

Persiapan akhir.

Hah!Persiapan akhir yang masih berbaki ini, ana  masih perlu cari masa yang sesuai untuk keluar dengan sahabat ana yang paling dekat, rapat, housemate,classmate,roomate beliau adalah Aishah Saharuddin. Insya Allah banyak sangat perkara yang nak kena cari lagi ini.

Antara perkara yang ana nak sediakan ;-

1. Buat tempahan Kek Khas utk sahabat-sahabat yang nak graduasi bulan 6 ini.
2. Mencari doodles untuk buat tangan sahabat-sahabat yang hadir ke majlis ana nanti.
3. Tempah guest book untuk sahabat-sahabat tulisankan ucapan dan doa khas untuk diri kami.
4. Ambil gambar ukurann passport dan upload hantar ke adik lelaki ana, ZulKifli untuk kad nikah.
5. Print kad khas dari ana dan bakal suami dalam unit 150.

Berikut di atas adalah empat daripada tugas-tugas sendiri yang ana akan handle.Jadi insya Allah,berbekalkan moto orang muslim " Utamakan yang lebih utama" ana akan berusaha siapkan dengan secepat yang mungkin.

Bertembung dengan minggu final exam sejujurnya sangat sibuk, namun kesibukan ittulah pengubat untuk ana tidak jatuh ke lebah kelalaian dan kehinaan.

" Demi Masa, Sesungguhnya manusia di dalam kerugian, melainkan orang yang  berpesan-pesan dan menasihat dengan sabar " ( Al-Asr : 1-3)

Harapan.

Erm, jujur...tiada apa yang boleh diberikan harapan kecuali hanya kepada Allah dan Allah,Allah sahaja!
Apa pun sebagai manusia impian dan cita-cita untuk menjadikan sesuatu yang baik dan terbaik itu lumrah.Namun, setiap apa yang kita mahukan bukan segalanya yang terbaik untuk kita.Tetapi setiap yang kita miliki itu mungkin itu yang berhak untuk kita.

Teringat tazkirah yang ana selalu dengar daripada Ustaz Mohd Fadzil Abdullah, Di IKIM.FM semalam ( 15 April 2013) ana terdengar apa yang beliau tazkirah tentang konsep Harta-Rezeki-Hak Milik.

Sebelum ana tutup cerita ana hari ini, ana kongsikan beberapa nasihat yang ana dapat daripada tazkirah ikim,fm tersebut.Ustaz tersebut menyebutkan, yang ana masih ingat dan teringang-iang dalam corng telinga dan kepala ana ini adalah berkisar rezeki.

Rezeki- Harta - Hak Milik.

Harta adalah sesuatu barang yang bernilai dan Setiap apa yang kita miliki dinamakan harta Milkiyah.Dalam ekonomi islam, harta yang dimiliki oleh seseorang/syarikat/ agensi dinamakan milkiyah tammah( harta pemilihan sempurna).Namun apa yang saya tertarik dengan kata ustaz tersebut adalah, setiap harta yang kita miliki itu bukan semuanya milik kita..ya! saya yakin.Tetapi apabila kita menggunakan konsep rezeki, ia adalah harta yang mungkin bukan milikan tammah kita, mungkin orang lain, tetapi jika ia diberi kepada kita dan kita rasai sesuatu tersebut dengan manfaat dan zatnya, maka itu di namakan rezeki.Pelik bukan?

Sebagai analogi dan contoh mudah ana bawakan pembaca untuk meneliti kisah ini.

Ahmad memiliki RM 5 wang hasil kerja seharian mencuci kereta.Ketika perjalanan pulang, beliau telah singgah ke kedai untuk mengeteh ( loghat pahang : minum  petang ) untuk membasahkan tekak di restoran Pak Amin.Selepas dia membuat pembayaran, dan air tesebut telah dimiliki, ada seorang kanak-kanak berlari ke arahnya dan melanggar bahu beliau.Akibatnya, air tersebut tertumpah dan cawan tersebut pecah.
Maka beliau tidak sempat untuk merasai air tersebut.Keadaan ini di namakan tiada rezeki.

Memahami sorotan contoh kisah di atas, adakah sahabat-sahabat faham dengan apa yang cuba ana sampaikan?

Sahabatku, kadang-kadang kita mahu memliki sesuatu dan alhamdulillah Alalh memberi kita untuk memilikinya.Sedar atau tidak kita memilikinya hanya dengan akad pinjaman.Adalah tidak malunya kita apabila mengakui segala yang kita miliki hari ini adalah milik sempurna kita.

Sahabatku, sedarlah bahawa semua yang kita miliki adalah pinjaman walaupun hakikat dunia kitalah yang berhak dan mengimarahkan ( memakmurkan) harta tersebut samada mengembangkan atau sebaliknya.

Dan ingatlah, setiap yang kita dapat rasai hari dan selama ini adalah apa yang Allah telah rezekikan kepada kita.Rezeki kita itulah yang menentukan berkat atau keparatnya hidup kita.Berusahalah,untuk meraih yang berkat walaupun penat.Semoga hidup kita tidak terlaknat dengan rezeki yang tidak berkat dan malang tiada manfaat di dunia dan di akhirat.

" Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah,Jika kamu hanya menyembah kepada-Nya." ( Al-Baqarah : 172)

Sekian sahaja perkongsian ana untuk kali ini.Apa yang ana miliki hari adalah pinjaman.Menyedari hakikat seorang insan, maka ana perlu berusaha untuk belajar dan mengurus kehidupan dan harta tersebut dengan baik.
Hari ini Allah pinjamkan ana harta berupa ibu bapa yang penyayang,adik beradik, sahabat handai, dan insya Allah bakal suami,akan datang anak-anak adalah untuk menguji ana sendiri.Semoga dengan ana miliki tidak melupakan ana akan hakikat untuk ibadah dan perhambaan kepada-Nya.Apa pun, kepada sahabat-sahabat doakan perjalanan perkahwinan ana dan bakal suami berjalan lancar yer:)

" Dan di antara tanda-tanda ( kebesarannya) ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari  jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang.Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." ( Ar-Rum : 21)

Ok, set diary!
Countdown to 3 MEI 2013!

( Kad Hebahan untuk Akhawat Jordan) 

( Kad Hebahan Untuk Syabab dan Akhawat di Malaysia)

Ditulis oleh : 
Saidah Hafizah Mohd Hanapi
Bayt Wafa', Irbid, Jordan.
16 April 2013.
9.30 pagi.

Friday, November 30, 2012

Untuk Babah,Umi-Simfolis Tinggal Rasa Mati !

Selamat Bertandang Rumah Online KNMH


Sentiasa merasa bersedia jika org tersayang dan penting pergi dari kita.

Babah,Umi..
akak rinduuuu.
akak TAKUT kehilangan umi dan babah.

Bila akak cakap macam ni, semua orang akan marah akak,
Mereka cakap,
" Ija ne leh cakap macam tu lah,x baik! "
tapi...
Akak takut.
Akak takut kehilangan umi dan babah.
Akak tak tahu mane lagi tempat akak nak mengadu nasib,berkongsi cerita,..
Akak faham,setiap yang hidup pasti akan merasai mati.Faham sangat-sangat.

Urusan hidup akak sekarang...
semua bende umi dan babah yang sediakan.Bagi makan,pakai,urusan-urusan lain,walaupun hakikatnya umi hanya bagi not-not kertas sahaja ke dalam akaun bank akak.Akak takut membayangkan siapa akak dikala umi dan babah dipanggil tuhan.

Impian akak tak pernah sesekali padam...
Akak selalu bercita-cita nak jadi anak yang terbaik,anak yang solehah,sentiasa bantu umi dan babah,akak x nak susahkan hati umi dan babah,tambah-tambah bila akka suda beranjak dewasa ini.

Akak belum bersedia...
Menerima hakikat yang benar itu.Janji Allah yang satu itu benar!tetapi hakikat itu entahkan bila menjadi hakiki dalam sebuah kehidupan manusia ini.
Akak belum bersedia berdikari seberani mungkin.Akak belum bersedia mengenal dunia tanpa lari dari kalam taujihat yang umi dan babah sisipkan setiap hari.
Akak  masih belum mampu mengurus semua perasaan ini.

Ya Allah,panjangkanlah umur ibu bapaku.Sungguh! hanya merekalah kecintaanku selepas MU dan  NabiMU- Nabi Muhammad SAW.

***
p/s : mungkin entry akan terbalik kisahnya, jika Akak yang pergi dulu.
akak ingin menulisnya lagi, tetapi deraian air mata ini mengaburkan kalam-kalam yang tertera di skrin,maka akak akan tangguhkannya dengan doa buat umi dan babah yg tercinta di Malaysia sekarang ini.

 * اللهم اغفرلي ذنوبي ولوالديا وارحمهما كما ربيان صغيرا *

Tugas MH sepanjang hidup di Sesi 2012/2013

Selamat Bertandang Rumah Online KNMH

Bismillah, dengan berat dan rasa penuh tanggungjawabnya,
Sesi 2012/2013 telah diberi kuasa oleh Allah 
untuk berlatih dan bertatih dengan dunia
 " Mari Menjadi Hamba Bersyukur Dan Bertaqwa"
melalui beberapa tugas yang perlu dijalankan dengan penuh rasa Islam dan Iman.

Dengan ini,
MH dengan nama sebenar : SAIDAH HAFIZAH MOHD HANAPI 
bernombor I/C : 910909 - 06 - 5870
dan bernombor telefon :.." nak cari sendiri,kalau pandai cari jumpa^.^ "
telah menerima cabaran dan amanah ini,
dan bercita-cita menjadi yang terbaik 
dengan adanya penguasaan MH 
dalam unit-unit khas yang MH minati ini.

Berikut adalah antar tugas atau amanah yang telah dipertanggungkan,
dan bakal MH jawabkan di dunia dan di akhirat kelak.

***





Namun, tidak dilupakan juga beberapa tugas penting 
untuk mengisi kegersangan hati
iaitu AKTIVITI USRAH!
bersama MH ahli usrah terchenta^.^ :-

In HALAQAH MAHBUBAH, i learn about Islam Including dunya wal akhirah !



IKATAN MUSLIM MALAYSIA-JORDAN


Halaqah Maya sentiasa berlangsung secara Online
walupun ketika itu saya sibuk dengan proses belajar utk peersediaan kelas.
Usrah di mana-mana sahaja.
Mudah dan cepat.
Murabbiku sentiasa ada,
hanya tinggal klik 'on Go to meeting' jep^.^

bagi sesiapa yang nak join,
boleh bagi tahu MH yep^.^
Usrah Online segalanya disimpan dan x diketahui sejarah siapa kita,
Usrah online lebih membuatkan minda kita lebih terbuka menerima kata-kata manusia lain
yang mungkin tidak senasib dengan kita.

Allah,
Tuhanku.

Bukakan lah kesedaran dan hakikat beragama itu kepadaku,
dan kepada mereka-mereka,
hambaMu...
yang sentiasa bercita-cita mencari Nikmat berada dalam kebesaranMu.

Allah.
Bantu segala urusan kami.
^.^
 


Wednesday, October 31, 2012

Hadiah Coklat dari Dr.Batanih hanya kerana Nama Saidatal Hafazaat?? (31.10.2012)


Hanya kerana nama "SAIDAH HAFIZAH" nama arab " SAIDATAL HAFAZATT"
macam x percaya pun ada, terharu lah boleh kata:)
seorang doktor ekonomi hadiahkan saya coklat kerana suka dengan nama saya.Warghhh..!!! * rasa apa ntah ni, tapi yg pasti ; Alhamdulilah,alhamdulillah,subhanallah, Allahuakbar *
Allah bagi rasa kasih dan sayang itu kepadaku dari org2 yg x disangka2 ^.^
Aiseyy, subhanallah lagi!

Sesuatu yg sangat memberi kesan ibrah pada saya.
selama hari ini, sya selalu memberi rasa cinta kepada org2 yg saya sayg, tetapi xd balasan dari mereka wlaupun sememangnya saya x mengharap balasan itu dtg dari mereka ,namun Allah tetap memberi balasan kasih sayang itu dengan mencampakkan rasa sayang itu kepada org yg lebih berhak menyayangi diri ini.Subhanallah!

Subhanallah! x tahu nak kata apa...hebatnya aturan Allah, x dikenali dikalangan sabahat2 dikenali dikalangan org yg saya sendiri x kenal betul dengannya malah ada bibit segan dan malu disitu :') siyes terharu gileeerrr..!!!

Actually, bukanlah kali ini yg pertama tapi dah banyak kali..tetapi apa yg bezanya kali ini, DR.Ibrahim sanagt cute dengan hadiah yg die berikan (coklat!!! * siyes aku ni hantucoklat kot,mujur muka x coklat juga :p)..insyaAllah,sya juga akan menyediakan hadiah special buat doktor ^.^ * x sabarnya nak bagi esok *

Eh cop!, tapi tetibe takut/bimbang pulak.
tetibe doktor mengharapkan aku jadi scorer subjek die.....
haaaa??? takutttt.....
Doktor, awal2 sya tazallul lah,sya bukan pelajar cemerlang macam rakan2 saya yg lain.tapi sya x pernah putus asa dan terus belajar dan mencuba buat yg terbaik.Namun, kejayaan saya adalah sebuah hasil yg saya terima ia membuka minda (idea untuk digunakan melalui ilmu tersebut -walaupun x lulus @ lulus ) dan memberi ketenangan kepada saya untuk lebih tazallul disamping dapat bina diri ummah akan datang.Itu haq Allah, sya hanya berusaha.InsyaAllah.

Terima kasih Aisyah Aishah Saharuddin dan Hunafa' Rosli @ Una Rossha sebab menerima kiriman ini dari Doktor dan beri pada saya.Jkkk ye antuma:)





Esok saya akan balas hadiah ini untuk Doktor,hope dr sudi menerimanya ^.^ , cop bukan gula2kan doktor minta tambah markah ok lepas exam.Ni tanda saya sayang doktor juga^.^








Sunday, September 9, 2012

9 sept, istikharahku menghasilkan rasa setenang ini.Allah~


21 Tahun,
telahku putuskan
rasa hati ini...

Setelah istikharah sudah
memberi ketenangan di hati,
dan harapan umi dan babah
ku harap dpt kuatkan diri ini,
maka keputusanku...

-Aku setuju dan bersedia...
Mengakhiri zaman bujang ini.
Semoga Allah mudahkan hasrat dan impian kami-

***
Ya Allah,
Jadikan keputusan ini sebagai penguat imanku,
Pembakar semangatku,
mengorak langkah dgn cita2 besarku,
dan dpt menutupi seluruh jasad dan fikiranku dari jahiliyah.

Ya Allah,
Aku terima dia seadanya.
Aku menerimanya kerana kekuatan dakwah.

Ya Allah,
Bantu kami sempurnakan separuh usaha kami ke arahMU.
sahabatku2 doakan kami~

SAIDAH HAFIZAH dan SAIFUL RIDZUAN



Sunday, September 2, 2012

Barakallaulakuma Sahabatku

Bismillahirahmanirrahim.

Ketar tanganku dan menggigil habis badanku melihatmu,
bukan ketakutan yg cuba ku pamerkan, 
tapi kegembiraan yg x terungkap yg ku ingin luahkan buatmu sahabat.

SELAMAT PENGANTIN BARU SAHABAT!
1 SEPTEMBER 2012
@KOTA GELANGGI 03,JERANTUT,PAHANG.


Semalaman aku menanti gambar2 perkahwinan kalian berdua.
2 september 2012 baru aku dapat menyaksikan gambar2 kalian.
tetapi syg tiada yg tag buat kalian vedio dan sebagainya.
mahu rasanya merasai detik bila dipetik kumbang dan merasai saat ini sepertimu.
Aku gembira dan cemburu..
aku bilakah lagi?~ :'(
doakan aku duhai teman.

***
Pagi2 2 september, seperti biasa laman web pertama yg aku buka selepas berita2 dunia adalah lama sosial facebook dan tweeter.
Kelihatan di wall gambar2 kahwinmu dan ucapan2 tahniah sahabat-sahabiah kepadamu.
"Tahniah! jadilah isteri yg baik dimata suamimu"- 
ini ucapanku jika aku akan ada disampingmu, dan aku akan memelukmu bahagia :D.

***
Ok, malas nak cerita panjang, aku nak share dan nak dedikasi semua ni dalam blog untuk dijadikan kenangan bersama, insyaAllah.
Semoga akan tiba pula giliran ku pula  mengikut jejakmu bersama kekasih hatiku -
Saiful Ridzuan Jasmin.
Doakan kami pula:D

****
Dan doa ini aku hulurkan buat 2 mempelai yg bakal menyatu sehingga ke syurga:D
InsyaAllah amin.


 ***
Saat Lafaz Sakinah termeterai.

Saat pembatalan air sembahyang.
(: Nur Hafizah + Saddam :)

Time x boleh blah,aku terbaca status suami sahabat aku ni, 
tapi btw..tahniah sangat2 kat u, sebab berjaya menjalani dengan cermat dan tenang~
***
 saat ketika akad nikah


terkenang semula saat ingin diakad-nikah, geli hati, gembira dan sedih turut ada...normal bagi seseorang untuk melafazkan akad nikah hanya dengan sekali lafaz.. namun bagi ana... alhamdulillah Allah swt memberi ana
 5 kali ucapan ulang :P hihi


lafaz yang pertama...

ana tidak berkata apa-apa... waktu dan ketika itu, ana melakukan janji pada Ilahi, kerana telah mempermudahkan segala urusan ana, untuk bertambah amal ibadat, tidak zalim pada sang bidadari di hati, dan meneruskan cita-cita dan harapan keluarga untuk menjadi doktor ummah yang lebih baik! ;)


lafaz yang kedua dan ketiga..

ana tidak berkata apa-apa juga... ana terkedu, rasa pilu... ana adalah anak bongsu, anak emas dalam keluarga.. anak yang paling rapat dengan maknya.. waktu itu.. dua hati menjadi satu, hati anak dan hati emak, emak tidak mahu melepaskan anaknya.. air mata berlinangan, ana memandang ke arah mak.. air mata ibu berat hendak melepaskan anak kesayangannya.. ana terkedu....
adakah insan yang tidak pernah ana kenali ini, yang hanya berjumpa dua kali ini boleh memberi kasih sayang, menjaga dan menerima ana seperti mana mak ana... Allah..


lafaz ke 6... alhamdulillah



"...aku terima nikahnya Nur Hafizah binti Hanafi dengan mas kahwin RM 22.50 tunai "



alhamdulillah :) dan now officialy and gratefuly to say Nur Hafizah , ana sayang kamu ♥ ^-^



(sumber: dari Facebook Saddam)


:: Tahniah sahabatku ::




Aku di perantauan mendoakan kalian.
Banyakka bersabar dalam ujian rumah tangga ye sahabat.
buktikan kita lebih rasional menjalani rumah tangga di usia yg muda:D
I'm happy for you teramat sangat!
***
Wassalam<3

Sunday, August 12, 2012

Aku mesti belajar menjadi kuat!



Masa semakin berginjak berlalu pergi,
Aku juga mahu berganjak melarikan diri.
Aku x mahu lagi termanggu sendiri,
Tanpa hiraukan teman dan saudara dihati,
Aku perlu cekal mengharungi gelora pertunangan ini.

:: aku mesti kuat! ::
kerana aku adalah duta ISLAM.
aku mesti hasilkan sesuatu yg terbaik, walaupun apa pun rintangannya.
Allah..bantu hambamu ini.
Amin.

Hambamu yg lemah,
Hafizah.

Thursday, June 14, 2012

Diari : Tukar Cek Lagi (14 JUN 2012 )

Bismillahirrahmanirrahim.

14 JUN 2012 Keluar ramai-ramai pergi Amman.
Tujuan : Tukar Cek lagi~
Harapan : Korang doakan Cek kami dapat tukar tunai lah yer.
----------------

Bertolak: Jam 10 ++ pagi.
Dari Sakan Danny, naik teksi ke Mujamma' Amman.
Dari Mujamma' Amman, kami menaiki bas Hijazi untuk ke Amman City.

Perjalan bermula.

: : Harap maklum : :
( Gambar -gambar dibawah ini adalah gambar candict )



Permandangan disekeliling dalam perjalanan ke Amman.




Pengalaman 'keserabutan' dengan orang arab.
Pemandu Coaster Arab sibuk nak kami naik coaster diowang.
semua pakat hurung kami , masing- masing sibuk nak tawar menawar sedangkan tempat tujuan kami untuk ke bank CIMB Bank @ City Bank tak tahu pun.
Keadaan kami lak, Pening+ pusing+ Panas & ++= :P




Muka pun x puas hati je memasing.
Dah lah masalah pakcik tu tak faham bahasa kami pulak.
Aduii:(





Salah sorang pak cik Arab yg sibuk sangat nak  kami naik Coaster dia.
Tawar harga 10 JD untuk 14 orang kami.
Perghh..berasap kot..
Penat tolak,Serius kami tak percaya kot.




Selepas kami selesai (nak kata selesai tak jugak) terjah money exchange  merata-rata, jawapan masih tetap sama.Cek kami tetap tak menatijahkan wang tunai.So kami ambil keputusan untuk ke Mall.Makan-makan:)

( Gambar candict lagi: Boring tahap gaban:P )






Time tunggu member-member usha barang kat carrefore.
Layan~nah gasak kauu,huhu^.^



So, sekarang tibe time balik lah pulak,Jam menunjukkan pukul 6++ dah waktu ni.
So, Penat pun ada.Panas tahap nak terbakar pun menculap-menculap dijulang rasanya.
So, tunggu bas sat.




Permandangan dalam perjalanan semasa pulang ke Irbid.
sempat lagi kauu...ha ha ha^.^








------------
Sorry, Malas nak menulis panjang-panjang dah, Otak tak leh nak proses ayat.
So, next time kalau rajin.edit semula..kalo x, biar bersawang:P
Yang Penting korang doakan Cek kami yg kene tahan tadi dapt ditunaikan, sebab minggu depan baru leh tebus duit kalau Bank dapat kebenaran dan pengesahan Cek kami belum tamat tempoh.
Doakan ok:)
Sayang semua.muah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang