Thursday, April 5, 2012

PUISI : Doa Dari Seorang Isteri

Bismillahirrahmanirrahim.
Tajuk : Doa Dari Seorang Isteri

s86 + s91 = sAyaN9 u

Ya Allah , Ya Rahman , Ya Rahim.

Kau ampunilah dosa- dosa yang telah aku buat
Kau limpahkan lah aku dengan kesabaran  yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan keredhaan
Kau peliharakah lidahku dari kata - kata nista
Kau kuatkanlah semnagatku menempuah segala cabaran-Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sayang sesama insan.

Ya Allah, sekiranya suamiku ini adalah pilihan-Mu di Arash
Berikanlah Aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.

Sekiranya suamiku adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-mU,
Kurniakanlah sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya.

Sekiranya suamiku adalah pria untukku di jannahMu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk tawaduk akan segala perintahnya.

Sekiranya suamiku adalah yang terbaik untukku didunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata - kataku dari menyakiti perasaannya.

Sekiranya suamiku ini adalah jodoh yang dirahmati olehMu,
Maka berikanlah akun kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya.

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlah jalan yang terbaik untukku harungi segala dugaan-Mu.

Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,
Limpahkanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya.

Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.

Ya Allah,
Kau juga Yang Maha Pengampun segala kesilapan dan ketelanjuranku,
Kau Yang Maha mengetahui apa yang terbaik untukku,

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan,
bimbinglah aku ke jalan yang kau redhai.

Sekiranya aku lalai dalam menjalankan tanggungjawabku sebagai isteri,
kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu.

Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
berikanlah aku petunjuk ke rahmat-Mu.

Ya Allah...
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu,
Aku buta tanpa bimbingan-Mu,
Aku cacat tanpa hidayah-Mu,
Aku hina tanpa rahmat-Mu,

Ya Allah...
Kuatkanlah hati dan semangatku,
tabahkanlah aku menghadapi segala cubaan-Mu,
jadikan aku isteri yang disenangi suami,
bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
bimbingilah aku menjadi isteri yang solehah.

Hanya pada-Mu Ya Allah,
ku pohon segala harapan,
kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,
Aku sedar hinanya aku,
kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
kerana  aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu,
Kerana pendek akalku mengharungi ujianmu.

Ya Allah...Ya Tuhanku,
Aku ingin menjadi isteri yang dirahmati,
isteri yang dikasihi,
isteri yang solehah,
isteri yang sentiasa di hati suamiku.

Amin ..Ya Rabbal A'lamin.
Allah~La ilaha illallah
# Akucintadia,suamiku-SaifulRidzuan#

by: S91,

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang