SEDIKIT tetapi BANYAK
Kalau boleh jangan ada 4 perkara ini, kerana meskipun sedikit.. namun sudah terlalu banyak sebenarnya..
1- Api, sekalipun kecil boleh membakar hangus segala2nya.
2- Musuh, wlaupun seorang sudah cukup untuk memporakporandakan seluruh kehidupan.
3- Harta, sungguhpun sedikit namun sudah sangat panjang soal jawabnya diakhirat kerana akan diminta penjelasan dari mana didapati dan ke mana ia dibelanjakan.
4- Penyakit - yang selalu saja diremehkan kesannya, hinggalah berada di tahap kritikal yang tak boleh lagi dirawati.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BANYAK tetapi SEDIKIT
1- Harta - walaupun sudah banyak, tetapi masih dirasakan sangat sedikit, begitu juga bila ia mula menyusut dan musnah.. masanya sangat singkat.
2- Amalan - sungguh pun banyak, namun tidak berguna apabila tiada di dalamnya 'keikhlasan'.
3- Ilmu - Sekalipun banyak, namun tetaplah sangat sedikit yang diberi Allah, sedang yang sedikit itupun belum habis2 diterokai.
4- Kawan - biarpun ramai, namun hanya sedikit yang sedia menolong apabila di dalam kesusahan, apatah lagi di akhirat.. kawan bertukar musuh di hadapan Allah swt.
No comments:
Post a Comment