Friday, May 11, 2012

Ceramah : Hidayah


Warna warni HIDAYAH ^_^ 

Setiap insan adakah MERASAI dalam dirinya NIKMAT dikurniakan olehNYA terutama rahmat Islam dan Iman yang bergelar seorang muslim ?

Dalam menonton Tv9 dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O, pengacara bertanya seorang artis bernama Farah Asyikin. Kenapa TIBA - tiba pakai tudung ?

Farah Asyikin : Hal ini berlaku semasa saya memandu selepas hadir majlis perkahwinan irfan, di cermin HADAPAN kereta saya seolah2x menjadi SKRIN diperlihatkan seksaan hari kiamat bagi orang - orang yang melangar hukum - hukum Allah yang teramat amat amat PEDIH. Saya amat TAKUT dalam keadaan tersebut.

Pengcara : Nampak tak masa memandu ?

Farah Asyikin : Saya nampak keadaan jalan tersebut walaupun visual ada di hadapan kereta. Tiba dirumah, saya mula solat. Saya membuat solat taubat nasuha, dalam keadaan tersebut. Hujan sungguh lebat. Percaya atau tidak, sebaik sahaja saya selesai menunaikan solat tersebut, guruh berserta dengan hujan pun turun dengan lebatnya. Bagi saya itulah kebesaran Tuhan. Keesokan harinya saya bertudung ke rumah family minta maaf pada ibubapa saya. Ibubapa terasa tergamam cara saya. Keesokannya lagi adik saya pula bertudung ^_^.

Kesimpulan
SubhanaAllah !!! Adakah HIDAYAH itu lebih bernilai daripada BERLIAN ? Diri tidakan akan BERUBAH cuma dengan INPUT (Hidayah) sahaja, amat perlu ada TINDAKAN ( solat ) dan PERANCANGAN ( memakaian pakaian tutup aurat ) menjadi INSAN yang lebih TERBAIK daripada semalam... Sama2x mendoakan diri sendiri, ibubapa, keluarga, saudara mara kawan2x dan umat sentiasa diberikan HIDAYAH dan TAUFIQ sehingga ke akhir hayat...

“Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri PETUNJUK kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, karena sesungguhnya Engkau Maha pemberi (kurnia).” (QS.Ali ‘Imran:8)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang