Bismillahirrahmanirrahim.
23.05.2012-Wend.
Aktiviti : Jalan-jalan kota raya alam maya di lmalan Sosial Facebook.
Isu Perbincangan yg menarik perhatian : Soalan- soalan yg dilontarkan saudari Irshad Manji.
lanjutan isu Irshad Manji :-
________________________________________________________________
Kenapa orang perempuan harus menjalankan hal-hal yang wajib,
seperti solat lima waktu, pada usia yang jauh lebih muda berbanding orang Lelaki?
Mr.Khaki memberitahuku: Kerana orang perempuan lebih cepat dewasa. Mereka mencapai “usia wajib” beribadah pada umur sembilan tahun. Sementara orang lelaki tiga belas tahun!
“Kalau begitu, kenapa tidak memberikan penghargaan kepada orang perempuan atas
kedewasaannya dengan membiarkan kami menjadi imam solat?” aku bertanya.
“Orang perempuan tidak boleh menjadi imam.”
“Apa maksud Anda?”
“Orang perempuan tidak dibenarkan menjadi imam.”
“Kenapa tidak dibenarkan?”
“Allah menyatakan begitu.”
“Apa alasan-Nya?”
“Bacalah Al-Quran.”
- Irshad Manji -
______________________________ ______________________________ _
Jawapan yang bermain difikiran saya buat persoalan diatas :
1- Islam memberi sesuatu penghargaan itu pada tempatnya. Menjadi imam itu merupakan satu amanah dan tanggungjawab. Imam merupakan simbol sebagai seorang ketua bagi memimpin orang di belakangnya. Maka seorang ketua semestinya punya kemampuan dari segi mental dan fizikalnya. Mental diantara lelaki dan perempuan pasti mampu untuk dipertandingkan akan tetapi seusaha mana pun seorang wanita itu mencuba untuk melatih fizikalnya pasti tidak akan sekuat lelaki. Maka layaklah lelaki memimpin kaum wanita di dalam solat dengan menjadi imam kerana lelaki memenuhi ciri2 seorang pemimpin y berkelayakkan dari segi fizikal dan mentalnya melebihi kaum wanita dan begitulah sebaliknya.
2- Asal penciptaan manusia itu bermula daripada Nabi Adam AS. Kemudiannya diciptakan Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam AS. Dapat kita lihat disitu wanita diciptakan selepas penciptaan lelaki dan diciptakan daripada sebahagian anggota badan lelaki. Dengan itu lelaki merupakan ciptaan asal / asli yang tidak diambil daripada mana-mana bahagian makhluk lain untuk dimuliakan sebagai khalifah di muka bumi. Mengapa pula hawa tidak diciptakan sama taraf dengan Nabi Adam AS tetapi diciptakan daripada sebahagian tulang rusuk baginda?! Jika diamati dengan baik, Hawa itu merupakan pembantu / pemudah cara / peneman dsb ( tetapi bukan ketua ) bagi Nabi Adam AS dalam meneruskan kehidupan yang asalnya di syurga kemudiannya di bumi dan kembalinya samada di syurga mahupun neraka bersandarkan hubungan kita bersama Allah. Maka layaklah ketua mengimamkan pembantunya dan tidak layak pulalah seorang pembantu untuk mengimamkan ketuanya dalam konteks asal-usul penciptaan lelaki dan wanita.
3- Dalam konteks mencapai umur baligh, kita tidak boleh meletakkan kepada kematangan aqal akan tetapi lebih kepada kemampuan untuk menghasilkan zuriat. Apabila seorang wanita mampu untuk menghasilkan ovumnya dan lelaki mampu untuk menghasilkan spermanya, masih belum mampu untuk diklaskan sebagai matang mentalnya. Ini kerana kematangan mental bukanlah terletak pada awal balighnya akan tetapi kepada pengalaman dan pembelajaran hidupnya selama mana seseorang itu menjalani kehidupan di dunia ini. Jadi wanita itu lebih awal berkemampuan untuk menghasilkan zuriat dan dengan kemampuan itu wanita wajib berterima kasih kepada Allah dengan melakukan amal wajib. Islam menggariskan kewajipan amal pada awal baligh bukan kerana matang aqalnya akan tetapi kerana kemampuan manusia menghasilkan pewarisnya.
______________________________ ____________________________
Saya cuba menjadi muslim yang berfikir kerana itulah yang diharapkan Saudari Irsyad Manji di dalam penulisannya.. diatas merupakan jawapan apa yang saya fikirkan.. jadi bagaimana dengan anda semua wahai seluruh mahasiswa/i Jordan sekalian?!
Apa jawapan anda terhadap soalan Saudari Irsyad Manji diatas?!
Beranilah berfikir dan kongsikanlah apa yang anda fikirkan.. Jangan jadi muslim yang tidak mahu berfikir dan tidak mahu berkongsi apa yang difikirkan..
sumber : Facebook post by Huzaifah Bin Basit.
No comments:
Post a Comment