Sunday, May 27, 2012

Dato Seri Najib, What you want to give us?

Dato Seri Najib, What you want to give  us?


Wahai Perdana Menteriku, 
yg ku hormati...

apa yg dikau sedang berikan kepada kami ini,
bukan itu yg kami dahagakan.
bukan!

apa yg dikau sajikan kerohanian,
yg terlihat hanya nilai2 hedonisme.
tidak lebih dari itu!

pemuda pemudi hilang jati diri
angkara jawatanmu,

Dikau sewenangnya dipertuhankan 
tanpa rasa segan dan silu,
malah sedih sekali dikau tidak menyedari.

lautan manusia tertipu berdalilkan hujah dikau,
ribuan jasad kosong akalnya dilambung rasa tak bermaruah,
kerana asalnya menyokongmu bakal meningkatkan kesenangan peribadi.

siapa??
yg meminta disokong,menyuruh sokong, dan sibuk menyokong.
masing-masing seperti dibutakan dengan dunia.
semua sementara!

mengapa kalian begini.
mengapa?

kami generasi kalian!

punah harapan kami,

menanti puluhan tahun 
ditambah kosong akhirnya,
masih tetap sama,
malah...masalah yg sama bertambah parah ,
membengkak, dan akhirnya rosak dengan nilai-nilai kelumpuran!

Kehidupan enak ditawarkan,
untuk apa?
kami pewaris generasi 
disaji makanan rohani berupa kelabu,
ditanam marah dalam sayang,
dituai dendam dalam simpati sepeti,
untuk apa??

manusia ini akan kembali!
tugas dikau bukan bawa arus globalisasi cuma...
tetapi bawa kami pulang ke pangkal jalan sana,

generasimu ini,
 bukan membuangmu,
bukan!
membencimu?
juga bukan..


kami hanya pemerhati dan pemikir aksi 
malah kami melihat cara didikanmu kepada generasi atasan kami,
mereka hancur!
jiwa mereka berkecai kerana ikuti jalanmu.
ke mana dikau bawa mereka dengan semangatmu itu?

jangan biar ia hanya di situ,

kerana pewaris mendatang melihat tingkahmu,

mereka jelik,
mereka sakit hati,
mereka meyampah!

ye..
kenapa sakit hati?
kerana hati mereka diisi racun beserta penawar,
semua diisi dalam satu bekas yg sama,
dan dalam waktu tika yg  sama.
ahkirnya..
hati mereka, rakyamu yg sakit..
menderita!
kerana iman semakin lemah..
semakin rapuh..
dan parah...ia x berfungsi lagi,
dan akhirnya mati!

wahai pemimpinku yg ku hhormati,
jika dikau mahu meraih kepercayaan rakyatmu ini,
raihlah benar cinta sebenar dari illahi,
apa sebab dikau inginkan kemenagna jika ISLAM itu x disatukan?
apa pun partimu dan parti mereka...
jika jalannya pudar dan nanar...
hanya manusia alpa yg punya itu jalannya,
jika jalannya terang dan pasti,
bukan hanya manusia alpa yg mulai tersedar,

namun manusia yg belum lahir merasa hebat dengan sejarah keberadaan dikau.



lihatlah dimana kepercayaan rakyatmu untukmu,

muhasabah diri sebelum ajal pula yg menjemputmu.
nilai kebaikan untuk hasilkan kebaikan.
jangan terlalu bangga dengan kuasamu.
kami sayangmu kerana kita adalah satu

satu ummah-islam, ummat nabi Muhammad saw.


________________

Sedutan puisi dari Kelab IKRAM Mesir:-


Hai kawan,

Kamu kata
oh, lihat pada diri mereka,
maka konsert kpop dibantai, dimaki secara habis-habisan,
eh, lihat pula pada diri kamu,
drama korea menjadi budaya harian

Kamu kata,
oh, lihat pada diri mereka,
hedonisme merosakkan, melalaikan mereka
eh, lihat pada diri kamu,
kerana deretan movies , sanggup bersengkang mata

Kamu kata,
oh, lihat pada diri mereka,
Al-quran dan as-sunnah sudah 'dicampak' ke tepi
eh, lihat pada diri kamu,
sudahkah Al-Quran dibaca pada hari ini ?

Kamu kata,
oh, lihat pada diri mereka,
pergaulan bebas antara mereka adalah tiket ke neraka,
eh, lihat pula diri kamu,
berchatting, bersms berlainan jantina tanpa keperluan tiket ke syurga?

Hai kawan,
saya tidak memperkatakan dan mempertahankan apa yang dibuat mereka itu betul,
(rujuk hari belia Malaysia )
mudharat kerana over'dosa' sangat jelas kelihatan.

Alhamdulillah, mata hati kamu masih sensitif terhadap kemungkaran yang berlaku,
tahniah kerana menegur sahabat2 kita yang ter'lalai' tersebut
namun suka untuk saya ingatkan,

Jika pada diri kamu masih sebati dengan kelakuan sebegini,
tidak mustahil jika mereka 'hidup' dengan kelakuan sebegitu,

"tegakkan islam di dalam dirimu, nescaya Islam akan tertegak di sekelilingmu"

Ayo, muhasabah sama2!



by :111_________________



akhirnya :-

Mari hayati lirik lagu ini bersama
Mujahidah Hafizah tujukan kepada Perdana Menteri Malaysia kita 2012,

Dato Seri Najib Tun Abdul Razak



Lirik Lagu Itu Ini Begitu Begini –Mirwana & Altimet

Kau membisik, Kau memanggil,
Cuba mengheretku ke ruang fantasi,
Bicaramu menggoda, Semua bagai indah,
Hanya madah sia-sia, Racun berbisa..

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta..

Aku merenung ke luar tingkap
Memikirkan masa aku yang kian singkat
Merancang usaha aku yang perlu ditingkat
Terkenang masa lalu yang lebih ringkas.
Pesanan ringkas di alat komunikasi,
Bisik belakang lagi gosip sensasi
Dulu geli hati pernah ku minati
Yang dahulu manis kini aku rasa basi,
Bila diumpankan secebis umpatan,
Yang lebih penting lebih senang dilupakan,
Yang gangsa digilap kita sangka emas,
Kaca dikejar yang berlian lekas terlepas
Nasi yang dikendong senang tercicir
Bila sibuk mengejar madu mengalir dari bibir
Yang dijual murah untuk beli sepah,
Hingga tubuh kebulur, dan rohani resah

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta.


Satu masa dulu kita dua sejoli,
di antara hobi, bercerita di kedai kopi
Hingga pukul 2 3 4 5 pagi,
Malam tua tapi kita masih muda lagi
Gerak pantas mulut manis bila ada gadis,
Macam baju tukar laju biar mereka menangis,
Tak heran ada yang lain lain,
Kita saing bukan sukan hanya main main,
Bukan tempat aku untuk mencemuh mencaci,
Tapi aku bukan, lelaki itu lagi,
Kau ada hidup kau aku punya hal sendiri,
Lihat aku punya masjid indah yang terdiri,
Jauh sekali tempat aku mengadili
Tapi aku harap kau pandai membawa diri,
Kalau jumpa diluar pasti bertegur sapa,
Jemput ke rumah aku kalau ada masa,

Helah dan dusta punca sengketa,
Menghancurkan segala,
Bawa sengsara dan airmata..

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/09/lirik-lagu-itu-ini-begitu-begini.html#ixzz1w7RahgEL
__________________

by : Mujahidah Hafizah
sakan yr.Irbid,Jordan.
03:20 pagi
28 Mei 2012

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang