Thursday, May 31, 2012

Ujian Hanya Kerana Cek.

Bismillahilillahitaala.

Balad,dengan harapan.
Hari ini ( 31.05.2012-9.25 pagi ) aku dan 4 sahabat rumah baruku pergi ke balad( satu tempat/bandar membeli belah di tengah kota irbid), kami pergi berlima menaiki coaster dengan hanya tambang 17 qursh sepaptutnya, tapi aku , ai'syah, dan una hanya bayar 15 qursh..bukan kerana pemandu coaster itu tidak adil, tetapi kesilapan kami yang mula mengingatkan harganya 15 qursh sahaja,tapi 2 sahabat yg berdiri selepasku, dipaksa bayar 17 qursh.Wajiblah! dah itu nilai yang sepatutnya.Aku dan dua sahabatku rasa serba salah juga sebenarnya,yelah 2 qursh darab 3 , conform2lah pakcik coaster tu rugi 6 qursh.Kami minta maaf pakcik ya^.^

Perjalanan kami diteruskan memasuki kota balad itu.Jalan-jalan mulai sesak.Melihat pelbagai golongan ada di sini.Aku memerhati mereka sambil langkah kaki yang sakit akibat daripada proses pemindahan rumah kelmarin masih belum hilang, akibatnya langkahku begitu lambat sedikit daripada sahabatku yang lain.naik atas laluan pejalan kaki, turun pula, tiada ayat lain yang kututurkan selain mengaduh.Hai..ujian kesakitan sengal-sengal badan.Allah sahaja yang tahu.Sakit!

Tukar cek.
Tujuan utama aku dan sahabatku pergi ke sana untuk menukar cek kami yang kami terima hampir sebulan yang lepas.Atas kelewatan cek yang kami terima, kami masing-masing menyimpan dahulu bimbang masalah pembaziran akan berlaku.Kami melangkah dari satu sarofah(money exchanger) ke sarafoh yang lain.Namun jawapan juga sama!

"mumkin tubadil hai?"(sambil mengeluarkan cek)
"la'..kana stop today!" (dengan gaya arabnya)
"lesyhhh?"  kami tetap tak mahu mengalah, soal lagi .
"mmm..ma ba'grif,you can try at (nama bank@ sarofah)"  dia memberi alasan dan meminta kami bertanya pada bank dan sorofah yg dia nyatakan.

Jawapannya, tak dapat tukarlah cek tu kat situ.Akhirnya kami pergi ke sarafoh lainnya, kejadian yang sama berlaku, paling sedihnya bila diowang lihat sahaja cek kami tu terus mereka geleng kepala.So, MH dalam diam say: why are you can't accept our check?.oh dumb! so sad~

Tak putus asa.
Kami dah keluar dari 3 jenis sorafah yg ada kat balad tu, kami melangkah lagi.Sehingga kami tergerak untuk bertanya kepada bank Standart Charterd yg ada dekat balad tu.Sebelum masuk, kami duk pikiaq  boleh ke tidak kita nak tukar cek kat sini.Tambahan pula, bank ini adalah muassasah sahaja , sistem konvensional lagi pula.So, bincang punya bincang depan tu, tiba-tiba sorang akaq JUST ni datang kepada kami.Akak Nisah gelarannya cuba bantu kami.

" can you change this traveles check?" akak tu bertanya pada pekerja bank yang sedang bertugas.
" you can ask there( sambil menunjukkan arah kepada kawan sekerjanya)"
kami melangkah ke counnter sebelahnya pula.
soalan sama diajukan.
" do have an account bank here?"tanya pekerja bank wanita tu pada akak tadi.
akak tu jawab ada bagi pihak dia.tapi chekc tu milik Hazirah.
kami menjadi pemerhati keadaan,  peliknya setelah dia pegang check Hazirah tu, seorag pekerja wanita mencari-cari sesuatu.Tetapi kami yang berlima ni hanya menanti sahaja lah  tindakan seterusnya.Aku lak berdoa dan terus berdoa di balik purdahku.
" you can get this money after 2 months." kata pekerja tu pada kami.
haa? lepas 2 bulan?! lama tu..
"if you don't mind , so how?" ditanya lagi.
aku dan sahabatku buntu.Memikirkan ke mana arah lagi tempat yang harus dituju.Sini boleh, tapi conformlah kene ambil masa yg lama, Masalahmya kami sangat memerlukan sekarang.oh Tuhan~

Hampa.
kami keluar dari Standart Charted tu dan berbincang lagi di luar bangunan berlima.Cadangan ke Amman di usulkan, masih lagi berbincang, kami memillih untuk comunicate dahulu dengan sahabat-sahabat yg pernah  kesana, bimbang kecewa dan kegagalan lain pula yang melanda.jawapannya hanya City Bank dekat Amman buat masa ini.Nak ke sana jika naik coaster 2 dinar satu kepala, tapi kalau naik teksi 12 Dinar sekali jalan.owh..mahal!

Balik hostel.
disebabkan masa pun dah semakin menganjak ke tengah hari, cuaca semakin terik membakar kulit.Kami mengambil keputusan untuk pulang dahulu.Mencari jalan ketengan dan jalan penyelesaian yang sebaiknya.Jimat masa,wang & tenaga.Letih terasa seluruh badanku.Hanya mampu berdoa dan berdoa.

Puisi tercipta!
Dalam perjalanan aku bagaikan dapat ilham ingin menulis satu puisi.
maka ini hasilnya.Setelah memendam rasa tak berbelah bahagi .Tak tahu apa rasa saat ini.Aku hanya fikir satu hal,mahukan cek in dollar yg ku milik ingin segera ditukar JD!


Tajuk puisiku:- Alahai cek.




Alahai cek,
keranamu aku aku terpaksa menyelusuri jalan berliku-liku,
menerjah sorofah, pintu ke pintu,
ada juga bank yang dicari tak jumpa pintu.
lalu di sebalik laluan orang berpusu-pusu,
ini semua hanya gara-garamu.


Jalannya pula sesakkan hati,
pelbagai warga kunjung ke sini,
yg kuat shopping apatah lagi.
kota 'terbesar' yg pernah aku lawati,
aku dan sahabat sudah sakit kaki,
melangkah lagi mengharap bukti,
namun sayang Tuhan tidak beri,
mungkin ini ketentuan Tuhan untuk menguji,
nampaknya pengharap perlu di malam hari.
oh Tuhan, bantulah kami~


Alahai cek,
disebabkanmu,
fikirankami berlima buntu,
mencari jalan mana harus kami tuju,
melangkah hanya tujuan yang satu.
Tukar cek..dah puas kami pujuk rayu,
namun hampeh, diowang leh buat tak tahu.
oh sedihnya hatiku~


Alahai cek,
bimbang mula mengudang rasa,
rumah baru sudah mula disewa,
hanya duitnya belum bersua muka,
hutang?..tak usahlah nak dikira,
lagi lah makin tebal buku hutang bermuka-muka.
oh cek,kesempitan sudah melanda,
mohon dikau boleh ditukar segera.


Alahai cek,
aku mengharap ada yang membantu,
membuka jalan kepada kami satu persatu,
agar kami tak lagi berfikiran buntu,
memikirkan jalan mana lagi nak di tuju.
janganlah kira korang diam membisu,
apatah lagi bertindak mem'batu'.
tolong..sahabatku tolong,ku mohon doamu.


_____________

nota ditulis oleh : Mujahidah Hafizah
Puisi dicipta oleh : Mujahidah Hafizah at kota raya Irbid
nota masa: 01:05 Irbid, Jordan
nota tempat : Sakan Yarmouk, University Of Yarmouk, Irbid.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang