Wednesday, June 27, 2012

Puisi-PK ~ Tulisan Si Pendakwah ~

Tulisan Si Pendakwah...


Bukan mudah untuk berceramah,
Tambah pula diundang bertazkirah,
Ilmu yang cetek perlu banyak ditambah,
Cukuplah tulisan sebagai berdakwah,
Tidak dikenali banyak faedah,
Kerana sikap mudah dijajah,
Dikelilingi masalah pelbagai fitnah,
Diri manusia mudah berubah...

***

Menyebarkan ilmu bukanlah mudah,
Perlu hadapi cekal dan tabah,
Jika tulisan pilihan pendakwah,
Janganlah ia dipandang rendah,
Zaman dahulu terbukti sudah,
Serangkap syair kesannya Alhamdulillah,
Membuat manusia kerap bermujahadah,
Tinggalkan dunia syurga ditempah...

###

Alaf baru terus menerjah,
Membuat manusia lupa sejarah,
Teknologi dunia pun makin bertambah,
Tulisan tetap menjadi kaedah,
Emosi manusia mudah dipanah,
Bukan ditembak dan sumpah seranah,
Nukilkan doa setiap ummah,
Supaya ALLAH memberi hidayah...

-----------------------------------------

Nukilan Pedang Keadilan
Rabu
27/6/2012
9.45 pm
8 Sya'ban 1433 Hijarah

1 comment:

Unknown said...

best abi..tapi apa yg abi nak katakan dalam bait ini?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang