Showing posts with label PUISI KRI = PK. Show all posts
Showing posts with label PUISI KRI = PK. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

Hayati Lirik : Maksud Tersirat Disebalik Lagu Tanya Sama Hud-Hud | M.Nasir

Selamat Datang ^.6 ,Assalamualaikum my fellow freinds yg osem!

Anda pecinta PUISI ,SAJAK DAN MUNGKIN PENULIS LIRIK LAGU??
Pernahkah kalian mendengar lagu dendangan M.Nasir ini,bertajuk Tanya Sama Hud-hud?
MH rasa dan pasti ramai yg pernah dan mungkin ada yg boleh mnghafalnya tanpa melihat lagi skrip alunannya.
Tetapi...
Tahukan kalian,bahawa disebalik lirik lagu ini, (yang asalnya sebuah puisi) mempunyai maksud yg tersirat.
nak tahu apakah maksud disebalik bait-bait lagu ini?
baca sini jom!^.^

***
# Lirik Lagu : Tanya Sama Hud-hud -M.Nasir.
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"

*M. Nasir
*Tanya Sama Itu Hud-hud
*Pencipta: M. Nasir
*Album: Canggung Mendonan





#Maksud Tersirat Lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud Nyanyian M.Nasir#

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan


Pernahdengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecahkepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.

Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecahkepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umatIslam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluhdua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuksyurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429)

Maknanya,yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat.Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?


Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh


Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ketahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya,advencer burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Untuk maklumat lanjut mengenai perjalanan tersebut, boleh KLIK SINI!.

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu


Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara,beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?


Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung, with an open minded dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.


Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini


"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!"

Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini,di dunia yang penuh kalut ini.


Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat kah?

Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari

Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini. Lang mensilang Kui mengsikui maksudnya orang bukan orang hantu bukan hantu.

Musykil lagi?

sumber: http://muntahpelangi.blogspot.com/2012/06/maksud-tersirat-lagu-tanya-sama-itu-hud.html

Monday, August 20, 2012

Nukilan Hati PK

Ya Allah...
Aku kelu lagi...
Tanganku mula menukil sesuatu...
Aku mula mengikut si dia...
Ape yang terlintas aku catatkan...

Tak kira apa pun berlaku...
Sentiasa ada pen dan kertas...
Akan sentiasaku ingat...

Banyak Ya ALLAH...
Seperti sudah menulis beribu tahun...
Aku cuba buat dan buat...
Tapi di mana aku ingin paparkan...
Dulu aku berkongsi sementara...
Erm...takpe...
Sabar...
Aku perlu belajar membuat itu...
Si dia pernah memesan...
Belajarlah perlahan-perlahan...

Ya Rabbi...
Tanpa ku sedar...
Air mata jatuh berderai...
Sewaktu aku leka merenung...
Memikirkan ayat mendatang...
Dibuai alunan perasaan...
Terima Kasih ingin ku ucap...
Pada dia yang masih ku mengharap...

Nukilan P.K

Wednesday, August 15, 2012

Istikharah Cinta : Surat Maya Dari Tunangku - Saiful Ridzuan

Waalaikumussalam wahai srikandi muslimah yang tabah menghadapi ujian di perantauan. Harap keadaan awak sentiasa sihat dan diberkati oleh Allah didalam menempuh "bulan ramadhan" yang dikenali sebagai "bulan perjuangan". Wahai srikandi yang digelar Mujahidah Hafizah. Maafkan Abi sekiranya menganggu ketenangan jiwamu yang sekarang mungkin berdegup laju dan berdebar-debar kerana fitrah manusia jika kita terlalu memikirkan masalah yang berlaku. ditambah masalah itu melibatkan hati dan perasaan terhadap orang yang kita sayangi.

Srikandiku...
Abi amat memahami keinginan dirimu...
Tapi abi tidak pandai untuk memberitahumu...
Kerna abi suka melihatmu melalui hati kecil abi...
Cuba Memandangmu dengan penuh keikhlasan...

Saidah...
Abi sentiasa berdoa agar hubungan ini diberkati...
Abi sentiasa mengharap agar Allah membimbing PERTUNANGAN ini...
Dan abi memohon dipermudahkan UJIAN sewaktu bergelar tunangan orang...

Hafizah...
Kalau dirimu bertanya pada diri ini...
Sudah lama jawapan diberi...
Tetap akan menunggumu...
Kerna diri ini merasa dekat denganmu walaupun berjauhan...
Kerna diri ini yakin dan percaya Pada kemampuanmu...

Fizah...
Panggilan yang suka abi gelarkan...
Buat masa sekarang teruskan perjuanganmu...
Jangan toleh kebelakang...
Bebaskan perasaan takutmu...
InsyaAllah abi memahami "KEBEBASAN" yang dirimu inginkan...
Diri ini akan sentiasa berada di sisimu untuk bersama-sama berjuang...
Abi faham...
Abi doakan...
Kita ingin bersama menjadi pejuang dan daie...

Ija...
Awak suka gelarkan diri dengan panggilan ini...
Takpe..
Abi tak pernah marah pun...
Abi akan sentiasa akan maafkan awak...
Sedangkan Nabi ampunkan Ummatnya...
Inikan pula abi yang bergelar insan biasa...

Mujahidah Hafizah...
Gelaran ini sungguh abi hormati...
Abi percaya awak mampu menjadi "DUTA ISLAM"
Yang penting dirimu sentiasa bersabar...
Belajar dari kesilapan yang lalu...
Kuatkan keazaman...
Abi sentiasa doakan...

Muslimahku...
Abi takut untuk meluahkan padamu...
Cukup dirimu tahu...
Abi sangat menyayangi dirimu kerana ALLAH...
Ingin hidup bersamamu hingga ke SYURGA ALLAH...
Doakan supaya hubungan ini menjadi nyata...
InsyaAllah biar ALLAH yang tentukan...
Kerna dia pencipta kita...
Berdoa Dan yakinlah padanya...

Akhir sekali...
Abi tidak pernah anggap hubungan ini dingin...
Inilah ujian kita sebagai manusia...
"PERTUNANGAN" ini abi serahkan padamu dan keluargamu...
Abi sentiasa menyayangimu walau ape pun terjadi...
Kerana dirimu amat TERISTIMEWA yang Allah telah pautkan dalam hati abi...
Cuma perlu kita tahu dan sedarii...
Allah memberi ruang untuk kita perbaiki...
Kuatkan diri...
Abi akan sentiasa berada disisimu...
Jika dirimu benarkan...

------------

usai baca warkah ini,
aku copy dan paste kat sini, 
sambil air mata mengalir laju.
kerana ...sungguh!

Aku rindu dirimu , 
kekasih hatiku~

Tunangku-Saiful Ridzuan Bin Jasmin,

tunangmu ini terharu~Terima kasih ;)


***


surat kiriman dariku :-


Asslamualaikum,

Ija minta maaf kerana terlalu meyayangi abi satu ketika dlu,
dan ija minta maaf keran ija x mampu membuang rasa sayang itu
dari memberi pada seorang lelaki bernama Saiful Rdzuan.

Fizikal Ija memang sangat2 x perlukan abi, tapi....
cinta hati dan ruh semangat ija sgt2 perlukan abi.

Ija minta maaf kerana terlalu egois terhadap hubungan ini.

Ija keanakkan...
Abi pula terlalu kedewasaan...
Ija minta maaf buat abi termangu dan teleka seketika,
Ija xkan ulanginya sehingga ija sah jadi seseorg tuk jasad dan roh abi...

Ija syg abi cam ne ija sygkan umi dan babah dan adik2 ija,

Ija xnak kehilangan abi,
sungguh!
Namun ija cepat melatah,
kerana ketakutan yg luar biasa sering ada dlm diri ija...
mujur abi selalu bersabar seadanya.
Ija nak ada dlam pelukan dan merasai hembusan semnagat 
dan merasa debaran jantung dari abi 
supaya ija semakin kuat dengan visi dan misi hidup ini..

namun Ija tetap mahu teruskan hubungan ini dingin sedinginnya..

sehingga Ija pulang ke Malaysia.
Ija mahu cuba jadi wanita yg baik dan terbaik..
melupakan kisah kita mungkin sukar,
namun Ija ingin ia segera menjadi halal 
supaya ija x takut berdepan dgn dunia nyata 
kerana ija dan abi adalah daie yg org lain perlukan...
Ija sgt sensitif soal ini..

Mohon,...

abi maafkan ija dan bergerak sama bebaskan rasa ini..
Ija telah membuat keputusan ini,
dan abi sudah menghormatinya..

Ija menunggu abi, 

namun ija x mahu kita semesra dahulu..
cukup bg Ija bersabar UNtuk kepastian jodoh kita..
Ija kan menunggu abi dalam doa dan mimpi ija....
agar semua ni segera jadi kenyataan.

wassalam-
Serikandimu, Mujahidah Hafizah.


Thursday, August 2, 2012

Kata Sarahan Tarbiyah Imam Al-Ghazali


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.


::Lebih baik mata itu buta jika
tidak menghargai
keindahan dan ayat-ayat Allah
s.w.t..

::Lebih baik telinga itu pekak jika
tidak mendengar
nasihat-nasihat Allah s.w.t..

::Lebih baik anggota badan itu
mati jika tidak
melaksanakan segala suruhan
Allah s.w.t.. 

::Barangsiapa
mengaku empat perkara tanpa
disertai
dengan empat perkara yang lain,
maka dia adalah
pembohong..

::Barangsiapa mengaku cinta
syurga tetapi tidak beramal
dengan ketaatan, maka dia adalah
pembohong..

::Barangsiapa yang mengaku
cinta Rasulullah saw tetapi tidak
cinta kepada ulama dan kaum
faqir, maka dia
adalah pembohong..

::Barangsiapa yang mengaku
takut pada neraka tetapi
tidak meninggalkan maksiat,
maka dia adalah
pembohong..

::Dan barangsiapa yang mengaku
cinta kepada Allah swt tetapi
berkeluh-kesah dari bala, maka
dia adalah
pembohong..
(Al-Imam Ghazali)

Tuesday, July 3, 2012

PUISI-PK: Ku Padamkan Kejahilan Dengan Ilmu.

KUPADAMKAN KEJAHILAN DENGAN ILMU 

Mulanya sebuah kisah,
Segala-galanya diambil mudah,
Tidak kira siapa dan waktu diterjah,
Hilang pedoman dan arah,
Bergelumang dengan nafsu serakah,
Akhirnya timbul masalah,
Cuba menjadi gagah,
Ibarat sebuah pepatah,
Menegak benang yang basah,
Ditegur dididik buat tak endah,
Akhirnya menjadi parah,
Wahai manusia ciptaan ALLAH,
Cukup-cukuplah jalan diredah,
Biar semuanya menjadi noktah,
Pohonlah doa ditadah,
Ditunjuk taufiq dan hidayah...


***


Airmata dialirkan,
Letih diucapkan,
Takut dirasakan,
Sabar diterapkan,
Ibadah digandakan,
Dakwah diteruskan,
Semangat dikekalkan,
Ilmu wajib diutamakan,
Jamaah jangan tinggalkan,
Gunakan akal wahai insan,
Kematian tanpa pesanan,
Semua menjadi bekalan,
Akan disoal malaikat ciptaan,
Sewaktu kesorangan tanpa berteman,


Dunia hancur untuk dibangkitkan,
Melalui pelbagai ujian,
Sedikit sebanyak tetap ditimbangkan,
Padang Masyar tempat dikumpulkan,
Samada Syurga atau neraka membuat pilihan,
Berdasarkan segala amalan,
Untukmu yang bergelar insan,
Umat muhammad diakhir zaman,
Coretan dinukilkan,
Kupadamkan kejahilan,
Dengan ilmu kurniaan tuhan...

-----------------------------------

Hasil coretan Pedang Keadilan
2 Julai 2012
Isnin
14 Sya'ban 1433 Hijrah
3.45 am


Wednesday, June 27, 2012

Puisi-PK ~ Tulisan Si Pendakwah ~

Tulisan Si Pendakwah...


Bukan mudah untuk berceramah,
Tambah pula diundang bertazkirah,
Ilmu yang cetek perlu banyak ditambah,
Cukuplah tulisan sebagai berdakwah,
Tidak dikenali banyak faedah,
Kerana sikap mudah dijajah,
Dikelilingi masalah pelbagai fitnah,
Diri manusia mudah berubah...

***

Menyebarkan ilmu bukanlah mudah,
Perlu hadapi cekal dan tabah,
Jika tulisan pilihan pendakwah,
Janganlah ia dipandang rendah,
Zaman dahulu terbukti sudah,
Serangkap syair kesannya Alhamdulillah,
Membuat manusia kerap bermujahadah,
Tinggalkan dunia syurga ditempah...

###

Alaf baru terus menerjah,
Membuat manusia lupa sejarah,
Teknologi dunia pun makin bertambah,
Tulisan tetap menjadi kaedah,
Emosi manusia mudah dipanah,
Bukan ditembak dan sumpah seranah,
Nukilkan doa setiap ummah,
Supaya ALLAH memberi hidayah...

-----------------------------------------

Nukilan Pedang Keadilan
Rabu
27/6/2012
9.45 pm
8 Sya'ban 1433 Hijarah

Puisi-pk ~ Meredah Arus Yang Dinanti~


Meredah Arus Yang Dinanti...

Bertahun lamanya impian ditanam,
Hari ini kucuba kuatkan azam,
Dicuba-cuba dengan mendalam,
Alhamdulillah akhirnya berjaya semalam...


***


Hari-hari sentiasa berlaku,
Bukan begini caraku selalu,
Diperah tajam setiap waktu,
Sehingga terlupa masa berlalu,
Dulu aku jarang meniru,
Malas untuk mencuba yang baru,
Sehingga terdetik dalam hatiku,
Ingin mencuba perkara yang baru...


###


Entah kenapa mudah berubah,
Bakat ini ciptaan ALLAH,
Mungkin doa si Saidah Hafizah,
Sabar menanti tak kunjung sudah...


***


Gembiranya hati puaskan diri,
Itulah kata penulis puisi,
Akanku cuba tidak berhenti,
Semoga segalanya diberkati...


----------------------------------

Nukilan Pedang Keadilan
8.15 pm
Rabu 
27/6/2012
8 Sya'ban 1433 Hijrah

Puisi PK : Impian Manusia


Impian Manusia...

Azan dibisik sebagai pembuka,
Comel dilihat menyejukkan mata,
Melilau mencari serba tidak kena,
Itulah sifat bayi pada awalnya...


Menangis pula pembuka bicara,
Puas dipujuk si ibu dan bapa,
Mulalah dia menjadi raja,
Pening kepala itulah adatnya...

###

Dididik lengkap dengan sempurna,
Supaya berjaya didalam AGAMA,
Akhlak dibentuk supaya berguna,
Menjadi harapan menakluk dunia...

###

Bukan mudah mengharungi dugaan,
Ibarat nakhoda melayari lautan,
Bermacam-macam terima ujian,
ALLAH menguji manusia beriman,
Bukan mudah mengecapi kejayaan,
Susah dahulu senang kemudian,
Pepatah pun ada dibuat kajian,
Sejarah pula jadikan tauladan....

###

Nabi diutus sebagai pedoman,
Sunah dipelihara jangan tinggalkan,
Jika tidak rujuklah Al-Quran,
Semoga hidup tenang dan aman...

-----------------------------------------


Hasil Nukilan : Pedang Keadilan
                       1.31 am
                       Rabu / 27 hrbln Jun 2012
                       7 Sya'ban 1433 Hijrah

PUISIKU-PK : Pondok Usang

Pondok Usang...

Diwaktu kecil yang lalu,
Terlalu ramai yang datang kesitu,
Itulah tempat dituju,
Segala-galanya bersatu...


###


Laman yang luas tempat tumpuan,
Dicelah pokok tempat idaman,
Memanjat, melompat tidak keruan,
Disitulah bermula segala ingatan,
Sejarah yang lalu menjadi lipatan,
Bukan mengungkit untuk hebahan,
Cuma berfikir segala jadian,
Untuk mengungkap sedikit lembaran...


Bermula kembara bertahun berbulan,
Akhirnya hinggap di batang ampaian,
Mencari arah utara selatan,
Akhirnya berhenti kerana kepenatan,
Disitulah rumah di tepi jalan,
Sebuah pondok yang tegap dalam binaan...


###


Banyak perkara yang difikirkan,
Sejarah juga banyak diteladankan,
Akhirnya kembali untuk pembersihan,
Kerana banyak kesan kotoran,
Bukan mudah dalam sebulan,
Biar masa yang menentukan,
Kerana kudrat tidak terlayan,
Usaha juga diutamakan,
Doa pula tidak dilupakan,
Supaya ia terus berlanjutan,
Agar mendapat rahmat dan keberkatan...


###


Pembaharuan mula diatur,
Ramai juga yang marah dan menegur,
Kerana mencabar perkara yang jujur,
Orang yang lena mula bangun dari tidur,
Mungkin terkejut kerana berdengkur,
Dimulakan perlahan biar teratur,
Supaya tidak jatuh tersungkur,
Kalau tersungkur janganlah didalam lumpur,
Kerana semangat mudah terluntur,
Biarlah jatuh sehingga menggelupur,
Menjadikan diri hebat bertempur,
Bukan riak ataupun takbur,
Cuma ingin menjadi penghibur...


###


Besi dan timah jangan dilebur,
Daun dipokok biarkan gugur,
Tanah yang siap diukur,
Jangan jadikan padang jarak padang tekukur,
Nenek yang tua disangka uzur,
Berjalan pula beransur-ansur,
Sudah terkenal dan termasyhur,
Tinggalkan nasihat sebelum terkubur...

--------------------------------------------




Hasil Nukilan : Pedang Keadilan
                       Selasa 26/6/2012
                       6 Sya'ban 1433 hijrah
                       9.30 mlm
                      ~ Kampung Halaman ~


Tuesday, June 26, 2012

Puisi PK: Kehidupan

KEHIDUPAN...


Pagi Subuh...

Dikala embun menitis perlahan,
Terdengar jeritan si jantan,
memanggil menjerit melalui kokokan,
Itulah dia si ayam jantan yang tidak segan.

Mata mula merasa berat,
Ditarik selimut dengan kuat,
Di situlah bermulanya jihad,
Berperang dek angkara nafsu jahat.

Di celah-celah corong telinga dihambat,
Terdengar laungan azan yang hebat,
Terjagalah seorang insan bernama Hang Jebat,
Subuh didirikan dengan selamat,
Itulah modal dibawa ke akhirat....

****

Awal Pagi...

Hiruk-pikuk mula berbunyi,
Si nenek mula menanak nasi,
Bunga yang kuncup sudah nampak berseri,
Unggas pula sudah lama menyanyi,
Haiwan berkaki empat mula berlari,
Yang berkaki dua pula melompat sana-sini,
Dek gembiranya terkena pancaran matahari.


Begitulah juga manusia keluar di awal pagi,
Cuba mencari rezeki,
Bermacam kerja sudah menanti,
Menggunakan kudrat anugerah ilahi,
Walaupun peluh membasahi diri,
Digagahi juga walaupun perit menanti,
Indahnya ciptaan Allah di muka bumi,
Bersamalah kita merendahkan hati,
Menunaikan DHUHA itulah kunci,
Supaya rezeki yang dicari tadi,
Diberkati malah diredhai...


****
Tengahari Menjelma...

Awan terlalu laju bergerak,
Matahari pula sudah mula mengambil tempat terpacak,
Perlahan-lahan insan mula mengatur tapak,
Makhluk pula tidak teragak-agak,
Mencari masa untuk bertindak,
Merehatkan diri dari panas yang menggelegak,
Orang dirumah sudah siap menu yang dimasak,
Sesudah selesai disiram dengan air mutlak,
Menunggu bersama untuk diajak,
Itulah sunnah yang sering kali kita nampak,
Menghadap rezeki tidak berganjak,
Itulah adab yang sering dipasak,
Zohor dijaga agar tidak rosak,
Berjemaah bersama diwaktu sesak,
Kerana mata mula terdesak,
Keletihan sudah mula mengasak,
Akhirnya rebah tidak bergerak...

****

Petang Yang Nyaman...


Inilah waktu yang dinanti dan ditunggu,
Unggas berkicauan ibarat menyanyi sebuah lagu,
Haiwan yang berehat kini berlari laju,
Mencari arah tempat dituju,
Menyambung aktiviti yang telah terganggu,
Dek panas yang menyerang diwaktu tertentu.


Remaja-remaja pun begitu,
Kecil besar muda mula bersatu,
Disetiap sudut seperti kelkatu,
Menghilangkan bosan dan juga rindu.


Azan berkumandang bererti masuknya waktu,
Mulalah masjid kosong seperti selalu,
Adakah tidak mendengar atau buat-buat tidak tahu,
Persoalan yang masih dibelenggu,
Berbagai ragam dapat dihidu,
Terlalu banyak perkara yang berlaku,
Ibarat membalas dendam perkara yang lalu,
Ingatlah pesanan ayah dan ibu,
Nabi pun berpesan buat begitu,
Supaya hidup sentiasa direstu,
Semoga hidup aman bersatu,
Ikhlas dari hati untuk penduduk kampungku.

****


Malam DiCipta...

Langit yang indah bertukar merah,
Semua hidupan bertukar arah,
Ada yang kembali diarah,
Ada yang rela mengalah,
Ada juga yang tidak rasa bersalah,
Dan ada juga yang kena marah...

Kerana fikiran yang sukar diubah,
Tidak jumpa jalan ke rumah,

Azan maghrib tidak diendah,
Begitulah manusia yang akhlaknya rendah.

Sepilah lagi masjid yang indah,
Hanya dipenuhi oleh si datuk dan si ayah,
Kemana perginya pahlawan yang gagah,
Syahidkah?
Hilangkah?
Sesatkah?
Sakitkah?

Atau buat-buat tak kisah,
Erm..entahlah,
Jawapanku Mudah,
Aku serahkan segala-galanya pada Allah,
Semoga mereka semua menerima hidayah,
Hendak ditegur takut menjadi amarah,
Bukan mengelak cuma serba salah...

Azan isyak dilaung seperti Bilal Bin Rabah,
Alhamdulillah didengari di setiap sudut rumah,
Tapi sayang... sedikit saja yang singgah,
Masjid juga tidak dilengkapi dengan kuliyah,
Itulah yang mungkin menjadi masalah!...

Banyak yang perlu diubah...
Bukan mudah!
Untuk membentuk sebuah jamaah,
Sangat susah!
Untuk mencapai persamaan tentang fikhrah,
Cuba diajar melalui usrah,
Supaya terbentuk budaya mentarbiyah.

Akhirnya diri menjadi pasrah,
Di sini tercetusnya sahwah,
Tetapi susah untuk bergerak di dalam harakah.


Ya Allah permudahkanlah,
Untuk membentuk sebuah ummah,
Yang akrab dan berhemah,
Janganlah sampai berpecah belah,
Cukuplah sekadar menulis bukan untuk marah,
Kerana Syurga bermula dari rumah,
Tapi sayang di sini tiada madrasah,
Hanya ilmu yang diajar di sekolah,
Cukupkah?

Banyak yang perlu dibedah,
Bukan hanya buku sebuah,
Mencari ilmu perlu meredah,
Ia tidak datang bergolek mudah.


Bukankah ada sebuah pepatah,
Belajarlah sampai ke negeri china yang indah,

Mempunyai tembok besar yang megah,
Semoga berjaya InsyaAllah,
Itulah pesanan Saidah Hafizah,
Akanku ingat sehingga ke alam berzakh,
Alhamdulillah,
Selesai sudah...


Nukilan ku kerana mu Ya Allah,
Tak lupa juga wahai nabiku ya Rasulallah,
Belajar untuk tidak bercakap sepatah,
Cuba merungkai pelbagai masalah,
Melalui penulisan yang rendah,
Semoga semuanya menjadi indah,
Terima kasih juga Mujahidah Hafizah,
Tak henti-henti mencurah,
Ilmumu seperti laut, bukit dan lurah,
Semoga dirimu kekal bermujahadah,
Doaku untukmu wahai muslimah,
Jadilah insan sehingga digelar Solehah...

****
Tengah Malam Datang...


Di hening malam yang dingin,
Tidak didengari suara dan enjin,
Cuma merasai tiupan angin,
Insan pula dilitupi kain,
Makhluk juga seperti yang lain,
Embun jantan kembali terjalin,
Membuat malam menjadi hero dan heroin,
Menjadikan manusia tidak ingin,

Bertahajud dan berdoa padamu ya Rabbul alamin.

Adakah semuanya terjamin,
Mendapat jannahmu yang diizin,
Ya Allah bantulah umatmu menjadi mukmin,
Muhsin dan seterusnya mendapat Muttaqin,
Amin,
Ya Rabbul Alamin...

-----------------------------------------

Hasil nukilan: Pedang Keadilan
2.45 AM - Ditulis di susana kampung~

Dilandkapkan oleh : Admin Nota Kanvas Mujahidah Hafizah.
Tarikh tulis: 25 JUN 2012 
------
p/s: Nukilan Peribadi Pedang Keadilan.
segala perkongsian perlu keizinan penulis.

Hak Terbitan Personal-Terpelihara NKMH.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang