بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
“Akh, biar apa pun yang terjadi, ana tetap bersama antum.”
“Ana harap, ana dapat ikut usrah dengan akhi sampai bila-bila.”
“Ana harap akhi akan terus membimbing ana.”
“Akhi, kalau ana keluar dari jalan dakwah, tolong tampar ana sampai ana sedar.”
Itulah antara dialog bagi mereka-mereka syang mula meletakkan cinta mereka
pada pengislahan atau pembaikan diri. Mula meletakkan sebahagian atau sepenuhnya daripada tujuan hidup mereka untuk tarbiyah dan dakwah. Tapi, selalu juga kita dengar dialog seperti,
“Akh, ana tidak bersama antum lagi.”
“Akh, ana nak hold dulu halaqoh.”
“Akh, ana rasa ana tak mampu nak jadi seperti antum.”
Dan lebih malang dan sedihnya apabila ayat yang kedua ini keluar daripada lidah mereka yang mengucapkan ayat-ayat yang pertama tadi.
Kenapa? Entahlah, macam-macam alasannya.
“Tidak ikhlaslah, tidak layaklah, tidak sucilah, tidak mampulah, tidak kuatlah, tidak minatlah, tidak itu dan tidak ini.”
OK. Cuba kita duduk dan perhatikan sebentar. Alasan-alasan tadi selalu kita dengar daripada orang yang asalnya aktif dalam berbuat kebaikan, kemudian dia memilih untuk berhenti atas alasan-alasan tadi.

Tapi, pernah tidak kita dengar orang yang main games atau kaki movie atau taik couple merungut dengan apa yang mereka perbuat, kemudian menggunakan alasan-alasan tadi untuk meninggalkan perkara-perkara tidak bermanfaat tadi?
“Aku tidak ikhlaslah main games. Delete-lah.”
“Samalah, aku rasa tidak layak untuk tengok movie. Tutuplah.”
“Itulah, aku pun rasa tidak sucilah untuk bercouple. Clash-lah.”
Pernah?
Haha. Mungkin ada, tapi berapa ramai jika kita mahu bandingkan dengan mereka-mereka yang lebih suka beralasan dalam melakukan kebaikan berbanding melakukan keburukan?
Lagi satu, pernah tidak kita dengar orang kata,
“Akh, doakan ana istiqomah dalam bercouple ya!”
Atau,
“Akh, doakan ana tsabat atas jalan games!”
Pernah? Kenapa tidak pernah? Kerana dalam nak melakukan perkara-perkara maksiat, manusia memang tidak perlu diajar cara-cara untuk istiqomah. Automatik reti! Tapi, kalau dalam hal-hal kebaikan, hal-hal keislaman?
“Akh, doakan ana istiqomah atas jalan tarbiyah.”
Atau,
“Akh, doakan ana tsabat dalam memperbaiki diri.”
Ha.. Ini selalu kita dengar. Sebab apa? Sebab memang hakikatnya untuk duduk atas jalan tarbiyah ini memang perit.
Bukanlah salah kalau kita mengharapkan doa daripada ikhwah atau akhwat kita untuk terus tetap, teguh, isitqomah dan beristimrar atas jalan dakwah, jalan tarbiyah ini. Bagus dan sangat bagus!
Cuma, saya mahu ajak kita semua berfikir bahawa, memang atas jalan dakwah dan tarbiyah ini akan ada banyak ujian dan cabaran berbanding kalau kita nak hidup atas jalan hidup sia-sia, buang masa, maksiat dan lain-lain.
Orang akan tuduh kita macam-macam. Gila, sesat, tok lebai, bajet baik, rigid, radikal, ekstrim dan lain-lain.
Orang akan ancam kita macam-macam. Nanti kena tangkap polis, tarik scholar, miskin, tak laku.
Pada saya, biasalah itu. Rasulullah SAW dituduh gila, sesat, ahli sihir.
كَذَٰلِكَ مَا أَتَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ مِنْ رَسُولٍ إِلَّا قَالُوا سَاحِرٌ أَوْ مَجْنُونٌ
"Demikianlah setiap kali seorang rasul yang datang kepada orang-orang yang sebelum mereka, mereka (kaumnya) pasti mengatakan, "Dia itu pesihir atau orang gila"
[QS Az-Zariyat, 51:52]
وَإِنْ يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُونٌ
"Dan sesungguhnya orang kafir itu hampir-hampir menggelincirkan engkau dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar peringatan dan mereka berkata: "Sesungguhnya dia (Muhammad saw) benar-benar seorang yang gila.”
[QS Al-Qalam, 68:51]
Rasulullah SAW sendiri diancam bunuh, dipulaukan oleh saudara-mara dan masyarakat.
وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ ۚ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
"Dan (ingatlah) ketika orang kafir mengatur rancangan terhadap engkau (wahai Muhammad saw), (iaitu) untuk menangkap engkau, atau membunuh engkau, atau mengusir engkau. Mereka membuat rancangan dan Allah (juga) membuat rancangan, dan Allah adalah sebaik-baik Pengatur rancangan."
[QS Al-Anfal, 8:30]
Tapi, pernah tak dia kata,
“Ya Allah, aku nak berehat. Nanti bila dah ready, aku join balik!”
Pernah?
Ada ikhwah bercerita mengenai keluarga dia yang menegurnya kerana clash dengan couple dia,
"Kamu ini kenapa clash, tak kasihankah pada dia?"
Kawan-kawan pula,
"Weyh, kalau dia bunuh diri macam mana?"
Hati diri sendiri pun berkata-kata,
"Betul juga, dulu aku yang bagi harapan pada dia.. Hmm.."
Konklusinya
Maka, tetaplah ikhlaskan niat kita. Berbuat dan terus berbuat kerana mencari cinta Allah dan mengharapkan keredhaan Allah.
Tingkatkan amal, jaga hati baik-baik, jaga mata dan sibukkan diri dengan hal-hal berfaedah. Melemah itu biasa, tapi kalau rasa diri itu mula negatif nilai imannya, cepat-cepatlah bina balik.
Tinggalkan sahaja benda-benda maksiat yang akan menghambat perjalanan kita menuju syurga. Kalau dia datang balik macam mana? Buat tak tahu saja. Nanti dah lama-lama, dia boring, hilang lah tu. =)
Sampai bila?
Sampai Islam itu menang atau kita mati kerananya.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَا ۖ نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?"
"(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui,"
"Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam surga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung."
"Dan (ada lagi) kurnia yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin."
[QS As-Saff, 61:10-13]

No comments:
Post a Comment