Monday, October 29, 2012

Menulis x sehebat bercakap atau bercakap x setara bahasa penulisan?

Menulis x sehebat bercakap?
Atau bercakap x sehebat menulis?

Bagi saya, dua2 perlu.
Kalau keadaan x membenarkan saya bercakap dan bercakap juga x mendatangkan faedah, ya!saya hanya tinggal diam saja dan mendengar dan terus mendengar sambil menganalisis maklumat yang saya dengar.

Tetapi sekiranya keadaan memerlukan kepada berkata-kata dan menyampaikan sesuatu yang benar, maka saya terpaksa berkat
a.Walaupun pada awalnya saya juga pincang dalam menyusun kata-kata, namun saya tahu saya mesti mencuba.Mana ada manusia yg hidup dari lahirnya sudah semurna?.Jadi,Masakan saya memilih untuk menjadi syaitan bisu?,maka saya menyahut seruan itu.

Namun di dalam keadaan apa pun saya, mencatit setiap yg baru dan pendapat yg saya dengar atau pandangan yg saya lihat itu adalah wajib dan perlu bagi saya.Oleh itu saya sentiasa bersedia dengan pen dan kertas ke mana sahaja kerana saya x yakin utk akan mendengar lagi kata2 itu akan dtg.Saya takutt ianya hilang,tambah-tambah lagi saya seorang yg semakin hari semakin kian pelupa.

Bagi saya, bercakap tetapi x menulis itu mungkin baik tetapi kurang memuaskan..kerana kita bercakap daripada hasil gerak fikir dari kata-kata yg dinukil oleh org2 yg telah kita jumpa, org yg telah kita baca dan telaah dirinya dan sebagainya.Namun menulis tetapi tidak bercakap itu juga banyak kebaikkannya. Kerana mungkin saja seorang yg gemarkan ilmu itu sering ada waktu utk membaca dan menulis utk dirinya,namun untuk bercerita dan berkata-kata manusia lain ia memrlukan masa dan objek org yg sudi mendengarkannya.

Sepantas kata saya mencorak usaha:

Saya berusaha membentuk diri saya dengan menjadi seorang penulis kepada pembaca pancaindera saya sendiri.Saya menulis untuk mengenal saya siapa.Setiap kali saya mengulang-ulang bacaan saya, maka saya tahu tahap ilmu saya.Jika ia masih sama tanpa idea dan maklumat baru..maka ia sia-sia,malah saya bakal kecewa.Namun Alhamdulillah..kerana saya menulis untuk bercerita semula pada diri saya, maka apa yg saya tulis dapat dikongsi bersama (jika ditulis ditempat umum-fb,twitter,atau blog).Namun pada yg sama Saya dapat belajar dimana titik kekurangan yg perlu saya ubah dan cari jalan menambah lagi ilmu di kepala dan dada.

Sehingga saat demi saat, hari berganti hari..saya semakin berani menyatakan apa yg saya yakini dan sering saya tulis samada di wall fb, di twetter, di blog dan di dalam buku dairi kepada org dengan lafaz kefahaman dan ilham Allah beri kepada saya sendiri dengan corak penyampaian saya sendiri ,dan membuatkan saya yakin utk berdiri di hadapan org demi menyampaikan kefahaman tersebut apabila keperluan mendesak saya melalukan demikian.namun pada masa yg sama, sehingga hari ini juga ,saya tetap berusaha menjadi pendengar yg baik hatta kepada pengfitnah apalagi pemberi nasihat dan kritikan yg membina kepada diri saya.:).

Jadi, sekian saya menlafazkan seinfiniti terima kasih semua, kerana adanya kalian sebagai pelakon tambahan dalam hidup saya, maka cerita filem saya semakin hari semakin menarik dan cantik untuk diolah dan ditinggal sebagai hadiah kenang-kenangan pada generasi yg mendatang.

Hiduplah seperti mana yg kita fikirkan ianya positif, kerana setiap yg positif dan baik itu adalah lambang (syiar) Islam.InsyaAllah.-Mujahidah Hafizah Loivart MH

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang