Selamat Bertandang Rumah Online KNMH
Belajar Membaca,Menulis dan Berhitung mengikut singkapan Tafsir Al-Quran.
Bismillahirahmanirrahim,
Untuk mempelajari 'ilmu-ilmu yang tersebut itu mestilah ada dasar yang utama sekali, iaitu pandai membaca,menulis,dan berhitung.Ini kerana Ilmu -ilmu itu dituliskan ke dalam buku-buku,sdang untuk membahagi-bahagikan pusaka , berniaga mestilah pandai berhitung dan untuk mengetahui kiblat (ka'abah) di negeri Mekkah, mestilah dipelajari pula ilmu-ilmu tersebut.
Antara ayat-ayat (Dalil) yang berhubung dengan proses sunnatullah ini,Membaca-menulis-dan menghitung terdapat dalam surah-surah yang bakal saya sebutkan secara terperinci di bawah ini.
96 : 01 - Al-Alaq
" Bacalah (Ya Muhammad) dengan nama Tuhan-Mu yang telah menciptakan."
Tafsirannya :-
Surah inilah yang mula-mula turun kepada Nabi Muhammad SAW, iaitu ketika Baginda berada di atas bukit di gua Hira' di Negeri Mekah.Walaupun Nabi Muhammad sejak kecilnya tidak pernah menyembah berhala,sebagaimana yang telah diperlakukan oleh kaumnya.Maha Suci Allah tyang telah menyelamatkan akidahnya tanpa pengetahuan Baginda.Setelah umur Baginda berusia 40 tahun, maka pergilah baginda ke gua Hira' untuk mengingati Allah dan bersedih hati kerana memikirkan nasib kaumnya, yang telah rosak binasa tentang kepercayaannya, pergaulannya, serta budi pekerti mereka.
Ketika Baginda mengingati Allah di gua Hira' itu, maka datanglah Malaikat Jibril dengan perutusan dari Allah Taala untuk menyampaikan wahyu yang pertama itu.Lalu berkata Malaikat kepada Baginda saw :
Malaikat Jibril : " Bacalah!"
Maka Nabi Muhammad saw menjawab : " Saya tidak pandai membaca."
Lalu disuruh lagi Malaikat Jibril : " Bacalah!"
Demikian kedua kalinya Nabi Muhammad saw menjawab : " Saya tidak pandai membaca."
kejadian ini berlaku berulang -ulang kali sehingga genap tiga kali soalan yang sama diajukan tetap diberikan jawapan yang sama.
Sehinggalah dibacakan Jibril alaihi salam ayat 1-5 daripada surah Al-Alaq ini dan diulangi oleh Nabi Muhammad saw sesudah itu.
Hikmah ayat 1-5 dari Surah Al-Alaq:-
Ayat ini menganjurkan kepada kita,supaya setiap orang,baik lelaki atau perempuan mesti pandai membaca dan menulis dengan pena(kalam),Oleh sebab itu di negeri-negeri yang berkemajuan dan keterdepan telah diadakan satu peraturan, iaitu 'memaksa' ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah.Ini bertujuan,sekurang-kurangnya ke sekolah rendah, supaya umum orang pandai membaca dan menulis.
Di Jepun, telah ada di sana 99% yang pandai menulis dan membaca,sdang orang yang buta huruf hanya 1% sahaja.Ini bermakna tiap-tiap dalam 100 orang cuma seorang sahaja yang buta huruf.
Berkisar pula purata Buta huruf dan kemerosotan yang berlaku di negara kita sendiri,Malaysia.
Petikan Ahkbar, ( Di Serawak)
Buta huruf di kalangan pelajar sekolah kebangsaan dan menengah kini sudah mencecah ratusan ribu dan Kementerian Pelajaran Malaysia wajib mencari pendekatan baru untuk mengu-rangkan sindrom itu daripada terus meningkat.
Presiden Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Negeri Sarawak, Wan Zain Syed Mohdzar berkata ramai ibu bapa yang melihat bahawa sistem pendidi-kan wajib diolah dengan pendekatan yang lebih berkesan dalam menghadapi sindrom buta huruf itu.
Namun katanya, terdapat sekolah-sekolah yang membenarkan dan menempatkan jumlah 50 pelajar berbanding dengan jumlah 25 orang yang sepatutnya dalam sesebuah kelas.
“Jumlah pelajar yang ramai seperti itu sudah tentunya menimbulkan keadaan yang kurang kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Justeru, katanya, pihak kementerian terbabit wajib memberi keutamaan sama ada berusaha menambah bilangan kelas atau sebaliknya.
“Kalau semua sekolah ingin mencapai sekolah berprestasi tinggi seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai yang hanya mempunyai kurang lebih 30 pelajar pada keseluruhannya, maka Kementerian Pelajaran harus mencari jalan mengurangkan jumlah pelajar dalam setiap bilik darjah,” ujarnya.
Beliau menegaskan per-ubahan dasar pendidikan juga dilihat sebagai sebahagian daripada penyumbang sindrom buta huruf itu terus berlaku.
Wan Zain menambah satu ketika semua mata pelajaran di sekolah diajar dalam Bahasa Inggeris (BI) kecuali Bahasa Malaysia (BM).
“Menteri terbabit bertukar kurikulum… sekolah bertukar dari BI ke BM. Di sam-ping itu, perubahan bermula dari KLSR ke KBSR kemudian Sains dan Matematik dalam BI kini diperkenalkan BIBM dan akhirnya KSSR di mana sudah tentu mempunyai impak atas tahap (standard) pendidikan pelajar itu sendiri, “ katanya.
Beliau menarik perhatian KSSR juga memberi kesan dan tekanan terhadap barisan pendidik dengan menggunakan ‘system filing’ yang diwajibkan terhadap setiap pelajar.
Difahamkan setiap guru selain dari tugas mengajar terpaksa menyediakan sembilan fail untuk setiap pelajar dan guru-guru terlibat dalam mengendalikan sistem itu terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk menyediakan fail bagi setiap pelajar.
Katanya, kelas-kelas pemulihan oleh guru-guru pakar sudah tentu turut mampu membantu mereka.
Dalam proses menimba ilmu, tegasnya, peranan ibu bapa di peringkat awal amat penting sebelum anak-anak mereka memasuki peringkat institusi pendidikan lebih tinggi.
“Sumber ilmu yang ber-mula dari kedua ibu bapa adalah peringkat utama dan pertama dalam memupuk dan mendidik minat anak mereka mengikuti proses belajar dan pembelajaran.
“Kecacatan salah satu pe-ringkat sumber ilmu di pe-ringkat awal akan melunturkan minat anak-anak mereka sehingga boleh berlaku keciciran seawal tahap satu dan dua persekolahan,” kata-nya.
Malah, beliau juga men-dakwa bahawa tabiat pemakanan pelajar yang kurang seimbang wajar diberi perhatian.
Justeru, kempen dan pe-nyediaan makanan di sekolah-sekolah perlu dipantau oleh Jabatan Kesihatan agar makanan yang telah dilarang tidak dijual kepada pelajar-pelajar seperti keropok, snek dan sebagainya.
Sehubungan itu, katanya, MAPIM amat berterima kasih kepada penganjur St. Benildus Learning Centre di St Joseph Kuching kerana telah meng-ambil langkah yang patut dicontohi oleh sekolah-sekolah lain dalam usaha mengurangkan sindrom buta huruf di kalangan pelajar.
“MAPIM percaya bahawa kerajaan juga akan memberi sokongan atas daya usaha itu dengan menyediakan dana khas bagi pelajar yang kurang berkemampuan,” katanya. -Masdarwahid
***
Petikan Akhbar,

Buta Huruf di Malaysia meningkat - MAPIM

Malaysia Boleh Capai Dewasa 100 Peratus Celik Huruf Pada 2012
TAWAU: Malaysia boleh mencapai sasaran celik huruf 100 peratus pada kalangan dewasanya lebih awal pada 2012, berbanding sasaran pada 2016.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek berkata ia berdasarkan usaha agresif dan pencapaian program Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) yang dilaksana Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
“Bilangan golongan buta huruf di negara kita ini sudah tidak ramai. Sasaran kita untuk mengenal pasti golongan buta huruf ini dibuat hingga jauh ke pedalaman termasuk di rumah-rumah panjang di Sarawak.
“Kajian (terbaru) yang dijalankan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) menunjukan bahawa pada masa ini Malaysia telah mencapai 96 peratus celik huruf di kalangan orang dewasa,” katanya kepada pemberita, di sini, Ahad.
Beliau sebelum itu mewakili menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal merasmikan Hari Literasi Luar Bandar Peringkat Kebangsaan di sini.
Turut hadir ialah Pembantu Menteri Kewangan Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Apas Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi dan Adun Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat.
Mengulas lanjut, Hasan berkata Malaysia berada di hadapan berbanding beberapa negara jiran dalam pembasmian buta huruf, dan di tempat kelapan berdasarkan laporan Unesco.
Terdahulu, Ketua Pengarah Kemas Datuk Puhat Mat Nayan dalam ucapannya berkata sehingga tahun ini, terdapat 25 kelas bagi golongan buta huruf disediakan di seluruh Sabah dan Sarawak.
Daripada jumlah itu 10 berada di Sabah manakala bakinya di Sarawak, kata beliau.Program PLF merupakan pendekatan Kemas untuk membantu golongan dewasa yang buta huruf menguasai 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) menerusi kelas bagi orang dewasa khususnya di pedalaman.
Kelas celik huruf untuk orang dewasa di Sabah dan Sarawak dikendalikan di bawah Kemas manakala di Semenanjung dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran.-BERNAMA
Source: mStar
***
Jika kita soroti kisah dari akhbar di atas, masalah buta huruf masih lagi menjadi kekangan kepada negara yang ingin membangun 10 hingga ke 20 tahun akan datang.Namun msalah yang berlaku ini hanya terjadi di dalam kalangan masyarakat luar bandar yang masih hidup secara nomad(berpindah randah) walaupun jumlahnya kecil,namun kesan kepada popuulasi pembangunan intelek negara semakin membimbang,Namun Alhamdulillah,kerajaan yang bertanggung jawab telah ' memaksa' golongan yang terawal untuk menhantar generasi mereka mempelajari 3 kuasa ilmu ini.
Oleh sebab itu,menyeru kepada setiap negeri diadakan sekolah tambahan bagi sesiapa yang dewasa tetapi masih mahu untuk mempelajari asas ilmu kemahiran ilmu ini.Sekiranya pemerintah tidak mewajibkan sedemikian,Perlu setiap individu tersebut mewajibkan diri sendiri kerana setiap diri dan sanubari itu sangat-sangat memerlukan ilmu ini,kerana kewajipan ke atas diri sendiri itu terlebih kuat berbanding mewajibkan keatas orang lain.
Namun,jika diperhatika hikmah Allah menjadikan Nabi Muhammad saw itu tidak pandai menulis dan membaca , ini kerana ia sebagai mu'jizat bagi Baginda saw.Jika Bagainda panda membaca dan menulis, tentu sahaja akan ada tentangan dan tuduhan orang yang menggangap bahwa Kitab Suci Alquran ini ditulis oleh Baginda.Nauzubiilah dan Alhamdulillah Allah Maha Bijaksana dalam pentadbiranNya.
Oleh itu, suka citanya kita seharusnya berbangga dan bersyukur menjadi yang terpilih menjadi seorang yang dapat menguasai tiga ilmu asas itu dalam kehidupan seharian kita.Dengan menengahkan persoalan ini,dapatlah kita membantu manusia yang lainnya untuk memahami sekitar ilmu Allah yang lain dan lebih tinggi dengan bertujuan membantu manusia pembaca,penulis dan penghitung mengangkat kalimah Allah di tempatnya.Mari kita sma-sama berusaha menyediakan diri untuk membantu mereka.
:: 3M | MEMBACA-MENULIS-MENGHITUNG ::-
Selingan buat pengunjung portal rasmi Kelab Penulisan Irbid :-
Disediakan oleh:
Saidah Hafizah Mohd Hanapi,
Setiausaha Kelab Penulisan Irbid,Jordan.
Sesi 2012/2013.
artikel ini boleh dibaca di Penulisanirbid.blogspot.com
No comments:
Post a Comment