Monday, April 15, 2013

Respon Mutarabbi kepada ulasan Taujihat Ustaz Sofee(Ketua BTC ISMA 2013)

Selamat Bertandang Rumah Online KNMH
Assalamualaikum.
Bismillahirahmanirrahim.

" Siapakah yang mahu memikul tugas membina mutarabbi dengan penuh tanggung jawab "
Mengulas mengenai isu yang cuba disampaikan melalui taujihat seorang murabbi, Ustaz Mohd Sofee Mustafa, Ketua BTC ISMA Jordan 2013 mengenai  artikel  "AKU" seorang Murabbi  yang  ditulis pada  17 Mac 2013 yang lalu, maka saya dapat membuat rumusan ringkas bahawa beliau cuba untuk mengoreksi diri para da'ie dan da'ieah  untuk lebih memantapkan rasa izzah terhadap tanggung jawab terbesar seorang Muslim yang menanggung kalimah syahadatain  iaitu menyampaikan (tabligh) risalah Rasulullah SAW untuk mengajak manusia kepada Allah SWT.
            Memetik kalam taujihat daripada seorang Murabbi agung, As-Syahid Hassan Al-Banna mengenai  arahan  tentang kepentingan berdakwah dengan memberi  perumpamaan  dengan perkataannya,
" Di setiap kota terdapat pusat pembangkit tenaga listrik.Para pegawai memasang Instalasinya di seluruh penjuru kota , memasang tiang dan kabel ,Setelah  itu aliran listrik masuk ke pabrik-pabrik, rumah-rumah, dan tempat-tempat lain.Jika aliran listrik tersebut kita matikan dari pusat  kawalannya,nescaya seluruh penjuru Kota akan gelap gelita.Padahal saat itu tenaga listrik  ada dan tersimpan  di pusat kawalan listrik, hanya saja listrik yang ada ittu tidak dimanfaatkan." 1
Meneliti  tafsiran yang cuba disampaikan oleh beliau,As-Syahid Hassan Al-Banna tidak lain dan tidak bukan bahawa seorang muslim itu perlu menjadi seseorang yang dapat memberikan tenaga dalam erti kata yang lain memberi manfaat beragama kepada orang sekeliling yang berada dalam kawasannya.
" Kitab yang terletak di perpustakaan sedikit sekali yang membacanya tetapi seorang Muslim adalah kitab yang terbuka yang semua orang membacanya, ke mana sahaja dia pergi , dia adalah dakwah yang bergerak." 2
            Ilmu,satu kajian lengkap yang diteliti dan difahami dengan proses adanya persoalan.Proses –proses untuk cuba menjawab beribu rintangan persoalan yang tidak difahami pada awalnya, akan membawa seseorang itu kepada keyakinan yang mantap dan kefahaman yang jitu berkaitan jawapan dari persoalan yang sering di kaji dan ingin difahami itu.Persoalannya, bagaimanakah kita sebagai murabbi mahu menjelaskan konsep ilmu itu sendiri, dan dari mana konsep ilmu perlu dimulakan?
" Ilmu itu adalah cahaya yang Allah tempatkan di dalam hati seseorang.Dalam meraih atau mencapai cahaya itu diperlukan ittiba'(mengikut Nabi Muhammad SAW) dan menjauhkan diri dari hawa nafsu serta perbuatan bida'ah." 3
Menjawab persoalan Murabbi Ustaz Mohd Sofee melalui kalam taujihatnya,
"Ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan iman kita, fikrah kita, kefahaman kita, adakah selama ini ia palsu ? adakah wujud sifat- sifat munafiq dalam diri kita ? Setelah kita bertahun menerima tarbiah melalui usrah, daurah, mabit, mukhayyam dan sebagainya, namun usaha kita amat lemah , capaian kita sedikit , bahkan tiada langsung usaha kita yg mampu merubah sifat mazmumah yg ada pada mutarabbi kita, walaupun sedikit, lebih malang dan pelik mutarabbi kita hari demi hari rasa hambar , hilang komitmen dengan tarbiah ini ? dimanakah puncanya ? adakah silibus ? adakah kerana jamaah ini lemah ? Ya, sudah tentu adalah kerana Murabbi2 nya mempunyai iman yg palsu, tidak mempunyai kesungguhan untuk berlumba2 terhadap keampunan Allah . Tidak ikhlas dan merayu di hadapan Allah. Tidak lansung memperuntukkan waktu bersama Allah. Tidak mengalir air mata di hadapan Allah. Bersifat keanak- anakan . Bergelumang dengan maksiat. Sering membuang masa . Boros. Tidak kemas dalam penampilan. Suasana rumah yang kotor . Ya Allah….banyaknya kelemahan kami. Mampukah panji- panji ini kami bawa. Mampukah kami menghindari azab mu Ya Allah ? Mampukah kami bertemu dan melihat wajah mu Ya Allah ?"
            Kita seharusnya tidak menjadikan masalah turun naiknya iman mutarabbi kita sebagai alasan untuk kita lemah dan lesu mengurus diri sebagai Dai'e dan daie'ah sebaliknya kita perlu bangkit dan bersemangat untuk membantu mereka ke arah yang lebih progressif terhadap dunia Islam dan isinya.Kita sebagai murabbi juga perlu berani dan kuat dengan pegangan prinsip yang berlandan kefahaman syariah bahawa kita mahu berkongsi dan mahu orang di sekeliling kita memahami Istilah ISLAM itu bukan hanya sekadar dalam silibus buku dan pustaka, malah sebaik memahaminya sehingga dapat melahirkan diri mereka mutarabbi-mutarabbi  sebagai seorang yang baru.Yang lebih jelas akan prinsip hidup,dan memahami gelombang kehidupan yang fana dengan cara bagaimana untuk mereka mengawalnya dan mengelak segala fitnah yang terisi oleh dunia.
Ibnu Al-Qayyim Rahimatullah peernah berkata,
" Orang yang berani dan kuat mampu menggerunkan musuh, maka berdirinya dia dibarisan hadapan jihad menentang musuh Allah lebih afdhal daripada mengerjakan haji, berpuasa, bersedekah, dan ibadah sunat yang lain.Bagi orang alim pula memahami sunnah, halal haram, kebaikan dan kejahatan,bergaul dengan orang ramai, mengajar dan menasihati mereka lebih utama daripada mengasingkan diri dan menghabiskan masa bersolat, membaca Al-Quran dan bertasbih." 4
Kadang kala, permasalahan usrah yang tumbuh bagaikan cendawan tanpa adanya permilihan yang mantap dari murabbi agung bagi melantik kader-kader yang beramanah memikul tanggung jawab menyebar wasilah mereka juga menjadikan usrah itu menjadi hambar dan kelihatan kurang mantap,Para Murabbi agung membuat  pemilihan dalam kalangan mereka (bakal murabbi) hanya sekadar mengikut silibus semata-mata, hanya menyandar berapa banyak buku yang telah dihabiskan, tetapi malangnya amalan mereka tidak standing dengan berapa tebal muka surat yang telah tercetak oleh buku-buku silibus tersebut.

Ini adalah komentar saya dalam menyingkap intisari kefahaman dari hadis yang Murabbi Ustaz Sofee tuliskan dalam artikel,
" Dari Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Haritsah ra. Berkata : “ Saya mendengar Rasulullah saw bersabda “ nanti pada hari kiamat ada seorang yg didatangkan kemudian di lemparkan ke dalam neraka maka keluarlah usus perutnya dan berputar- putar di dalam neraka sebagaimana berputarnya keldai yang sedang berada dalam penggilingannya, lantas para penghuni neraka berkumpul seraya bertanya “ wahai fulan kenapa kamu seperti itu ? Bukankah kamu dulu menyuruh untuk berbuat baik dan melarang dari perbuatan mungkar ? Ia menjawab “ benar, saya dulu menyuruh untuk berbuat baik tetapi saya sendiri tidak mengerjakannya, dan saya melarang dari perbuatan mungkar tetapi saya sendiri malah melakukannya." 5
"Umat Islam akan mengalami kerugian besar jika sistem usrah ini tidak berkembang dan paling malang menjadi punah.Hal ini kerana usrah menjadi sarana paling efektif untuk melahirkan kader-kader Islam yang tangguh dan siap berkorban memperjuangkan Islam." 6
Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, saya ingin membawa pembaca untuk menyelami wasiat Hassan Al-Banna berkaitan peranan kita sebagai dai'e dan daie'ah Islam,
" Saudaraku,
Janganlah engkau berputus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang Muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok.Walau masih panjang  dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masayarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka.Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak selamanya kuat.
Allah berfirman ,
" Dan Kami hendak memberi  kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpi dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), dan akan Kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman serta tenteranya apa yang selalu mereka khawatirkan (bimbangkan) dari mereka itu." ( A-Qashash : 5-6)
Putaran waktu akan memperlihatkan kepada kita peristiwa-peristiwa yang mengejutkan dan memberikan peluang kepada kita untuk berbuat.Dunia akan melihat bahawa dakwah kita adalah hidayah, kemenangan, dan kedamaian, yang dapat menyembuhkan umat dari rasa sakit yang sedang dideritainya.Setelah itu tibalah giliran kita untuk memimipin dunia, kerana bumi tetap akan  berputar dan kejayaan itu akan kembali kepada kita.Hanya Allah-lah harapan kita satu-satunya.
Bersiap dan berbuatlah, jangan menunggu putaran datangnya esok hari, kerana boleh jadi engkau tidak boleh berbuat apa-apa esok hari.
Kita memang  harus menunggu putaran waktu itu, tetapi kita tidak boleh diberhenti.Kita harus terus berbuat dan terus melangkah, kerana kita memang tidak mengenal kata ' berhenti' dalam berjihad." 7
Allah berfirman,
" Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami,seungguh akan Kami tunjukkan Jalan-jalan Kami." ( Al-Ankabut : 69)
            Dan, akhir sebelum menutup kata,mari bersama saya untuk menghayati 'Puisi Tokoh yang telah dicipta oleh Dr.Hiassan Hathut,

 Puisi Tokoh

Mereka sangka agama itu ialah uzlah dan pertapaan,
Dan asyik di dalam wirid dan zikir,
Anehnya  ku lihat mereka beriman dengan sebahagiannya,
Kelihatan hati mereka kufur terhadap sebahagian lagi,
padahal agama ini adalah Fardhu,
sunat, dan Istighfar kepada Allah.

Agama ini adalah medan jihad,
kepahlawanan yang menghancurkan,
leburka kejahatan  dan penyangak.

Agama Ini pemerintahannya atas nama TuhanMU,
Menegakkan Keadilan , bukan kezaliman
dan bukan ambil tidak Kesah.

Puisi Tokoh,Dr.Hiassan Hathut,
Majalah Al-Muslimiun,Bil.3, M/s 199
 (Petikan dari Qasidah yang panjang) 



Rujukan ;
1.Abbas As-Siisiy,Bagaimana Menyentuh Hati,m/s – 24, Terbitan Intermedia.
2.Mutiara kata Hassan Albanna.
3. Imam Al-Ghazali, 16 Ramadhan 1433 H bersamaan 5 august 2013, buku Nota Mujahidah Hafizah.
4.Ibnu Al-Qayyim,Iddah Al-Sabirin wa Akhirah Al-Syakirin,m/s – 93.
5.Riwayat Bukhari dan Muslim, Kitab Riadus Solehin, bab 24.
6. Satria Hadi Lubis, Menggairahkan Perjalanan Halaqah, m/s – 20 , Terbitan Pro You.
7.'Wasiat Hasan Al-Banna', Abbas As-Siisiy,,Bagaimana Menyentuh Hati, Terbitan Intermedia.

Tulisan oleh,
Saidah Hafizah Mohd Hanapi.
Wajibat Usrah Mahbubah,
15 April 2013
"   " حسبن الله ونعم الوكيل ونعم مولى و نعم النصير

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang