Monday, April 15, 2013

Kisah Cinta, Rezeki dan Harta

Selamat Bertandang Rumah Online KNMH
Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirrahim,
Fuh..Fuhh..Fuhh,,bersawang sudah belog ini,lama sudah tidak mengupdate belog ini.Rindu!

Ok,walhalnya, ana nak cerita kisah cinta ana dengan pasangan kekasih ana,
dan tidak lama lagi ana dan bakal suami ana akan melangkah ke alam rumah tangga,hehe^.^ berdebor pulak rasanya tapi insya Allah, dengan masa yang berbaki kurang lebih 16 hari jer lagi, bermula tarikh hari ini ( 16 April 2013-Selasa) ana akan sediakan sedikit artikel berkaitan ahwal wedding dan persiapan kami.Now, let with my story ^.^.

Persiapan.
Oh, actually baju pengantin umi ana yang jahitkan,Design khas dari ana sendiri. Tetapi, ana masih menanti pakaian akad nikah ana tu, warna pun masih tidak tahu jelas macam mana corak, kain die macam mana semua masih dalam keruan, tak tahu setarang apa lagi.hehe^.^(Tarik nafas)
Oleh sebab kami nikah Online pakai skype, so banyak sangat persiapan yang tidak dapat dibincang terus, kecuali hanya menelusi telefon pintar dan penggunaan facebook sahaja.

Erm..btw, i hope everything going smoothlest,banyak sangat lagi persiapan yang perlu disediakan.Dari pihak ana sendiri, disebabkan ana duduk  berjauhan dari family (ana sekarang di Jordan), ana (dalam terpaksa) yang akan mengurus segalanya.Bermula dengan ambil baju pengantin sendirinya dekat balad (satu pasar di Jordan), Siapkan bajet makanan utk sahabat-sahabat yang bakal datang memeriahkan majlis ana,dan paling penting persiapan teknikal segala bagai nanti.Tiada Komputer riba dan Internet kucarlah keadaan majlis ana nanti.* moga Allah mempermudahkan perjalanan majlis ana,huh!*

Apapun terima kasih kepada Akhawati i Mahbubah ( Kak Noriana Samat, Kak Wawa, Sumaiyyah,Nasuha,Aqilah,dan Anisya) yang sudi membantu.Tambah-tambah, merekahlah adik- beradik ana di sini.Entunna memang BEST !

Kekurangan.

Dalam menulusuri jiwa seorang yang agak gembel dan slumber sebagai solo ini, ana mengaku masih  banyak kekurangan.Dan setiap dari kekurangan itu ana perlu sediakan masa yang cukup mantap untuk sedikit sebanyak merubah diri ana.Hai...demi cita-cita ingin menjadi permaisuri di Syurga bukan senang cik kak oi~
Apa pun perjalanan hidup harus kita teruskan jugak.

Sebenarnya, kekurangan itu terlalu banyak, kalau diibaratkan dengan sehelai baju, ana rasa kekurangan ini boleh disamakan dengan kelompongan atau mungkin koyakan yang terdapat pada baju akibat digigit tikus atau serangga yang seangkatan dengannya.Bergitu besar dan banyak!itulah perumpamaan kekurangan diri ini.Namun, kain yang terus koyak, jika kita masih sayang, kita akan tetap mencari jalan untuk membaik pulih ia semula.Ana carikan perca-perca kain untuk menampung semula kekurangan itu.
Dan paling best ada 'pemilik kain' yang berikan kain baru untuk ana iaitu Allah.Dia hadirkan seorang lelaki untuk menampung kekurangan ini.Alhamdulillah.

Perasaan saat ini (saat masih bujang).

Alhamdulillah.Gembira dan bersyukur tidak terkira.Selama hampir 2 tahun lebih kami berkenalan dari sesi pertunangan syarie dan adat, kami saling cuba untuk mengenal hati dan budi masing-masing.Alhamdulillah.Segalanya mungkin telah tertulis di lauh mahfuz, ana tidak dapat menafikan yang ana jatuh hati dan dan hampir sayang sepenuh jiwa kepadanya.Jujur habis lah ni! warrrggh~(hope dia x baca post ni :P)

Secara jujurnya, ana  ni jenis manusia yang 'syaksiatul basoriah'  iaitu manusia yang Allah ciptakan suka memandang segala sesuatu yang cantik-cantik, kemas,bercakap laju, agak sedikit sensitif dan mudah marah.
Namun, kelebihan da kekurangan insan yang jenis sebegini mungkin akan ditampung oleh bakal suami ana yang jika diteliti dia memiliki watak 'Syaksiatus Sam'ieyah'  yang mana dia adalah seorang pendengar yang baik terhadap sesuatu.Walaupun die pun seorang yang kuat bercakap dan 'membebel' jugak kat diri ini.Yelah mana tidaknya, bakal isteri dia ni masih muda, mentah, remaja lagi tu..of coslah banyak bende yang nak dicuba dan nak tahu,sebabkan ana ni jenis syakhsiatul basariah, ana  tidak mudah percaya sangat dengan apa yang orang kata,'dengar sahaja percaya jangan lagi'-disebabkan analogi prinsip inilah membuatkan ana sendiri mahu mencuba, mencari, membaca sendiri supaya ana dapat keyakinan yang mantap dari apa yang  pernah ana dengar sebelum ini.Namun ana bukan lah seorang yang ego.Menyedari hakikat diri adalah seorang sangat lackage,serba kekurangan dari segi ilmu terutamanya, maka ana akan sentiasa mencatit apa-apa sahaja yang telinga ini terdengar,mata ini terlihat, dan hati ini berkata,segalanya!

Berikutlah,ana akan sentiasa mambawa buku nota ke mana sahaja.Saat bercakap dengan bakal suami pun ana akan mencatit bait-bait nasihat dan kata-katanya( walaupun dia tak tahu pun, hehe^.^).Persoalan yang sering dituju kepada ana adalah berkaitan politik, hal semasa ,fiqah, kata-kata ulamak dan  perkara lainnya.Alhamdulillah sedikit sebanyak membantu ana menjadi seorang yang cakna dengan isu semasa.Yelah kan, salah satu faktor disebabkan die sangat berumur dewasa, jadi banyak kehidupan yang telah jalani sedikit sebanyak perlu ana jadikan pedoman dan tauladan,Bukan dia sahaja,semua manusia yang berada dalam pandangan ana,Insya Allah ada sahaja yang ana akan pelajari dari mereka.Ana kan baru  meningkat dewasa,orang kata ' baru nak kenal dunia'.Maka normallahkan^.^.

Persiapan akhir.

Hah!Persiapan akhir yang masih berbaki ini, ana  masih perlu cari masa yang sesuai untuk keluar dengan sahabat ana yang paling dekat, rapat, housemate,classmate,roomate beliau adalah Aishah Saharuddin. Insya Allah banyak sangat perkara yang nak kena cari lagi ini.

Antara perkara yang ana nak sediakan ;-

1. Buat tempahan Kek Khas utk sahabat-sahabat yang nak graduasi bulan 6 ini.
2. Mencari doodles untuk buat tangan sahabat-sahabat yang hadir ke majlis ana nanti.
3. Tempah guest book untuk sahabat-sahabat tulisankan ucapan dan doa khas untuk diri kami.
4. Ambil gambar ukurann passport dan upload hantar ke adik lelaki ana, ZulKifli untuk kad nikah.
5. Print kad khas dari ana dan bakal suami dalam unit 150.

Berikut di atas adalah empat daripada tugas-tugas sendiri yang ana akan handle.Jadi insya Allah,berbekalkan moto orang muslim " Utamakan yang lebih utama" ana akan berusaha siapkan dengan secepat yang mungkin.

Bertembung dengan minggu final exam sejujurnya sangat sibuk, namun kesibukan ittulah pengubat untuk ana tidak jatuh ke lebah kelalaian dan kehinaan.

" Demi Masa, Sesungguhnya manusia di dalam kerugian, melainkan orang yang  berpesan-pesan dan menasihat dengan sabar " ( Al-Asr : 1-3)

Harapan.

Erm, jujur...tiada apa yang boleh diberikan harapan kecuali hanya kepada Allah dan Allah,Allah sahaja!
Apa pun sebagai manusia impian dan cita-cita untuk menjadikan sesuatu yang baik dan terbaik itu lumrah.Namun, setiap apa yang kita mahukan bukan segalanya yang terbaik untuk kita.Tetapi setiap yang kita miliki itu mungkin itu yang berhak untuk kita.

Teringat tazkirah yang ana selalu dengar daripada Ustaz Mohd Fadzil Abdullah, Di IKIM.FM semalam ( 15 April 2013) ana terdengar apa yang beliau tazkirah tentang konsep Harta-Rezeki-Hak Milik.

Sebelum ana tutup cerita ana hari ini, ana kongsikan beberapa nasihat yang ana dapat daripada tazkirah ikim,fm tersebut.Ustaz tersebut menyebutkan, yang ana masih ingat dan teringang-iang dalam corng telinga dan kepala ana ini adalah berkisar rezeki.

Rezeki- Harta - Hak Milik.

Harta adalah sesuatu barang yang bernilai dan Setiap apa yang kita miliki dinamakan harta Milkiyah.Dalam ekonomi islam, harta yang dimiliki oleh seseorang/syarikat/ agensi dinamakan milkiyah tammah( harta pemilihan sempurna).Namun apa yang saya tertarik dengan kata ustaz tersebut adalah, setiap harta yang kita miliki itu bukan semuanya milik kita..ya! saya yakin.Tetapi apabila kita menggunakan konsep rezeki, ia adalah harta yang mungkin bukan milikan tammah kita, mungkin orang lain, tetapi jika ia diberi kepada kita dan kita rasai sesuatu tersebut dengan manfaat dan zatnya, maka itu di namakan rezeki.Pelik bukan?

Sebagai analogi dan contoh mudah ana bawakan pembaca untuk meneliti kisah ini.

Ahmad memiliki RM 5 wang hasil kerja seharian mencuci kereta.Ketika perjalanan pulang, beliau telah singgah ke kedai untuk mengeteh ( loghat pahang : minum  petang ) untuk membasahkan tekak di restoran Pak Amin.Selepas dia membuat pembayaran, dan air tesebut telah dimiliki, ada seorang kanak-kanak berlari ke arahnya dan melanggar bahu beliau.Akibatnya, air tersebut tertumpah dan cawan tersebut pecah.
Maka beliau tidak sempat untuk merasai air tersebut.Keadaan ini di namakan tiada rezeki.

Memahami sorotan contoh kisah di atas, adakah sahabat-sahabat faham dengan apa yang cuba ana sampaikan?

Sahabatku, kadang-kadang kita mahu memliki sesuatu dan alhamdulillah Alalh memberi kita untuk memilikinya.Sedar atau tidak kita memilikinya hanya dengan akad pinjaman.Adalah tidak malunya kita apabila mengakui segala yang kita miliki hari ini adalah milik sempurna kita.

Sahabatku, sedarlah bahawa semua yang kita miliki adalah pinjaman walaupun hakikat dunia kitalah yang berhak dan mengimarahkan ( memakmurkan) harta tersebut samada mengembangkan atau sebaliknya.

Dan ingatlah, setiap yang kita dapat rasai hari dan selama ini adalah apa yang Allah telah rezekikan kepada kita.Rezeki kita itulah yang menentukan berkat atau keparatnya hidup kita.Berusahalah,untuk meraih yang berkat walaupun penat.Semoga hidup kita tidak terlaknat dengan rezeki yang tidak berkat dan malang tiada manfaat di dunia dan di akhirat.

" Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah,Jika kamu hanya menyembah kepada-Nya." ( Al-Baqarah : 172)

Sekian sahaja perkongsian ana untuk kali ini.Apa yang ana miliki hari adalah pinjaman.Menyedari hakikat seorang insan, maka ana perlu berusaha untuk belajar dan mengurus kehidupan dan harta tersebut dengan baik.
Hari ini Allah pinjamkan ana harta berupa ibu bapa yang penyayang,adik beradik, sahabat handai, dan insya Allah bakal suami,akan datang anak-anak adalah untuk menguji ana sendiri.Semoga dengan ana miliki tidak melupakan ana akan hakikat untuk ibadah dan perhambaan kepada-Nya.Apa pun, kepada sahabat-sahabat doakan perjalanan perkahwinan ana dan bakal suami berjalan lancar yer:)

" Dan di antara tanda-tanda ( kebesarannya) ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari  jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang.Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." ( Ar-Rum : 21)

Ok, set diary!
Countdown to 3 MEI 2013!

( Kad Hebahan untuk Akhawat Jordan) 

( Kad Hebahan Untuk Syabab dan Akhawat di Malaysia)

Ditulis oleh : 
Saidah Hafizah Mohd Hanapi
Bayt Wafa', Irbid, Jordan.
16 April 2013.
9.30 pagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang