Selamat Bertandang Rumah Online KNMH
Empat perkataan yang saya boleh keluarkan bila saya ditakdirkan melihat satu pertelingkahan.
# Selesa- kecewa - membara - mara #
______________________________
# Selesa.
Saya dilahirkan dengan kesenangan yang 'Alhamdulillah', semuanya dilengkapi dan mudah ditelusuri jika semangat hati menginjaki untuk tuntut dan memiliki.
Maka saya selesa dibesarkan dan hidup hingga saat ini.Terlalu selesa!Saya dibesakan dengan biah-biah yang soleh dan solehah.Jika tidak tinggi ilmunya pun, saya tetap rasa selesa kerana saya hidup tenang tanpa rasa gundah dan gulana.Selesanya rasa.
# Kecewa.
Saat saya ditakdirkan Allah melihat satu permasalahan, dan malangnya masalah itu adalah masalah umat.Umat Malaysia kritikal benar.Tersangat kritikal !, Saya hampir yakin dengan tohmahan dunia kepada Malaysia.Tersangat yakin.
Saya ini muda belia, muda sangat.Melihat dunia yang dicipta bersendiwara baru sebatas ini cuma.Banayk lagi yang belum saya teroka.Tetapi, bila saya ditakdir melihat satu perbalahan sati konspirasi yang sama, darah menjadi gugup, marah,gementar.Apa yang mereka hujahkan sebenarnya?Siapa mereka dalam dunia yang Allah pilih untuk mereka ada.
Mukmin,Muslim,Munafiq,Fasiq...semuanya bermain-main dalam fikiran saya.Saya cuba untuk percaya, percaya semua?saya terpedaya.Tidak percaya? saya akan lari dari kenyataan dunia nyata! Saya anak muda, baru mengenal dunia dan isinya...tolongilah saya, di mana jalan dan lorong dorongan yang saya harus dan boleh percaya?Bagi saya saat ini, hanya ketakutan yang bermaharaja lela.Saya takut ingin berjuang kerana agama dengan manusia bertopeng syaitan durjana.Takut menumpang sampan dengan ahli yang hidup fasiq manikam munafiq, terlalu takut sebnarnya.Tuan, di mana tempatnya tuan gangtungkan kepercayaan kami pada tuan? saat ini kami hanya ada Allah! hanya Allah!
# Membara.
Saya bangga melihat ada sahabat-sahabat saya bangkit dengan semangat yang membara.Matlamat yang sama.Tetapi saya bimbang mereka dibuai nafsu semata-mata.Bimbang mereka terikut semangat cita dan cinta yang hanya di reka-reka.Cerita hati benci dan luka derita,disketsa, didrama, dipanggung di pandangan mata anak muda supaya kami percaya.Apa kalian ingat kami akan percaya hanya sekadar olahan kata bercitra rasa sahaja?
Kami ini generasi Y, kami mahu fakta bukan auta.Bukan dengan kata-kata cerca.Bukan dengan hina saya,hina dia,atau hina mereka.Bukan!Tetapi kami mahu satu rasa di amati bersama.Rasa bersaudara.Rasa cinta kerana menghadapa Tuhan yang sama.Walau berbeza budaya, kami mahu ada tanggungjawab dan solidariti hidup bersaudara.Bersaudara! bukan kutukan dan cercaan pemecahan.
Saya terpukul saat manusia di benua lain sedang hina kepada kita yang hanya ibarat "selapang gula ditabur,beribu semut mengaut." Kami ana muda darah membara, kami mahu berjuang kerana agama.bukan kerana mengejar populiri dan nama.Apalah ertinya 'Jenama terkenal jika hanya diguna sekali sudah berkecai'?
Apalah ertinya Nama yang disandar jawatan ternama, jika tanggungjawab yang dipikul sedikit pun tidak ternilai? Nilai! di mata kami serong, di pandangan Allah? mungkinkah kosong.
Jangan salahkan kami jika kammi tidak mahu bersama kalian dalam bergerak.Bukan kerana kami tidak faham akan perjuangan.Tetapi kami tidak insan yang baik untuk dijadikan contoh teladan.Satu dua itu mungkin,Respect! tetapi jutaan yang mengekor berapa sangat yang terdidik?Raihlah hati-hati pemuda kami.Raihlah dengan rasa ihsan dengan membentuk akhlak nabi pada diri.Ubahlah diri kalian sendiri untuk menjadi insan terpuji.Agar kami kenal yang salah dan yang benar secara hakiki dan maknawi.Jangan buat kami pemuda baru meningkat dewasa terus hanyut berteka teki.Jangan terus-terus mainkan hati dan fikiran kami.pemipin yang bijak-bukan Raih undi bukan pada kertas berpeti-peti,tetapi meraih hati pemuda pemudi yang memahami erti perjuangan yang bakal diteruskan dari generasi ke genarasi.Fitnah, jangan ada lagi dan jangan lakukan lagi! Kami mahu bersih, harmoni.
# Mara
Waktu mungkin semua dapat dinikmati bersama, tetapi kesempatan tidak semua dapat menggapainya.Kami yang faham akan terus mara, walaupun kami hidup dengan cara kami sendiri, tetapi kami tidak gentar,berani bila perlu ikraf maksud dengan bersemuka.Ikutlah, andai kami akan dicop derhaka,Kami rela! Asal sahaja kemaraan kami ada matlamat jelas dan Allah redha.
Ini bukan protes, tetapi ini rasa sedih.Aku takut ingin pulang ke tanah air sendiri kerana malu tika ada insan luar menyatakan " begitukah malaysia ?!".Aku malu!hanya Allah sahaja yang tahu.
Wallahu A'lam~
Yakin hanya untuk Allah,
Mujahidah Serkandi Hafizah.

No comments:
Post a Comment