Selamat Bertandang Rumah Online KNMH
Semester ini ana banyak mencari tentang kajian agama.Seronok sungguh subjek ini rupanya,walaupun tidak mendapat kefahaman secara menyeluruh kata-kata doktor dalam kelas tapi bila balik dan belajar sendiri serta mencari tahu tentang nama-nama yang telah cuba dikupas dalam silibus betul-betul menambah lebih dan lebih banyak pengetahuan tentang hakikat beragama ini.
Sementelahan membaca kitab-kitab arab, buku-buku tulisan ulamak kotemporari dan sangat mudah didapati dalam masyarakat hari ini, di sampaing menggunakan medium media sosial, youtube salah satu cara saya mendekati dan emngenal sedikit sebanyak perwatakan mereka.
Ok, point dia adalah youtube.Semasa saya mencari-cari bahan di youtube menerusi ceramah-ceramah agama tentang perbandingan agama baik berbahasa inggeris, bahasa india, cina dan terutama bahasa arab, saya terjumpa lagu ini.Lagu ketuhanan Pengikut Jesus kepada Jesus.Taksubnya mereka, bagaikan orang Islam yang tidak asing dengan dunia nasyid.Nasyid adalah wasilah penyebaran dakwah.Begitu juga mereka, menggunakan lagu-lagu bagi menambah lagi rasa 'zouq' bersama roh muqaddas itu dalam proses pendakyahan.
Kepada anak-anak, kakanda ingin berpesan di sini.Sekira kalian sangat menggemari lagu-lagu berbangsa asing, berhati-hatilah dan kalau boleh bertanyalah kepada yang fasih tentang bahasa tersebut dengan bertanya apakah maksud lirik dan bait nyanyian tersebut.Bimbang akan rosak akidah kita secara tidak langsung sekiranya ittiba'(mengikut) dengan semborono-Taqlid- kerana hanya lagu tersebut menjadi buah mulut dan nyanyian yang 'comel' best sebagai halwa telinga.Ingat,manis sebagai halwa telinga belum tentu hati dapat terima, kerana fitrah hati ini suci untuk Allah.
Sahaja ingin memetik satu lagu yang saya 'ter'dengar semasa membuat pencarian tentang agama anutan Yazidiyyah ;tiba-tiba jumpa lagu ini...
https://www.youtube.com/watch?v=HcnfT4arZtI

No comments:
Post a Comment