Monday, May 27, 2013

Coretan Taujihat buat Muslimah Bermaruah Amanah kerana Allah :)

Selamat Bertandang Rumah Online KNMH

Bismillahirahmanirrahim,Alhamdulillah.
( 27 Mei 2013 - Mafraq, Jordan )

Hari ini baru berkesempatan untuk membuang tulisan ke dalam blog ini.Lama tidak menaip panjang dan fokus kepada  blog ini.Kasihan, ketinggalan sudah.Namun biar apa pun yang terjadi saya tetap melazimkan diri untuk menulis biarpun hanya contengan di wall facebook.

Meyimpan khazanah yang diberikan oleh naqibah saya, Ukhti Noriana Samat yang bakal khirij (bergraduasi) beberapa hari dari tarikh saya menulis ini.Saya rasa tercuit walaupun hanya dengan sedikit pesanan ringkas, tetapi ianya sangat bermakna untuk saya telusiri dengan oencarian segala hikmahnya.

Isteri.Satu lagenda yang memang tidak diasingkan lagi dalam sebuah dunia meniti bibir masyarakat.Maka adanya isteri sudah tentunya ada pautan si suami.Ya, suami tercinta yang mencinta dan membawa manusia yang dicintainya kepada Tuhan yang menaugerah selruh empati rasa cinta-Allah!.

Ini adalah kalam taujihat yangtelah disampaikan daripada ukhti tersebut ke ruangan wall saya ;

Buatmu muslimah solehah 

"Adapun engkau seorang ukhti muslimah di atas jalan jihad ini, pada engkau peranan yang penting untuk dimainkan dalam lapangan jihad ini. Bermula di rumah dengan mendidik(tarbiyah) generasi(anak-anak), meningkatkan semangat mereka(anak-anak) dan menyediakan mereka untuk berjihad. Sungguh wanitalah pencipta lelaki gagah, dan wanita terdahulu menjaga anak-anak mereka(tentera Allah) sepertimana mereka menjaga hafazan surah di dalam al-Quran.

Selagimana seorang ukhti muslimah hidup dalam keadaan yang ada pada dirinya semangat(ruh) jihad, maka dia akan menjadi penyokong, pembantu dan pemberi semangat yang sentiasa meningkatkan keberanian suaminya untuk berjihad. Dia(ukhti muslimah) juga tidak akan menjadi fitnah, menjadi penyekat atau penghalang kepada suaminya. Dia(ukhti muslimah) juga akan sentiasa menjaga anak-anaknya dengan baik sepanjang ketiadaan suaminya di rumah kerana keluar berjihad.

Peranan wanita muslim yang telah dimainkan dalam peperangan pada zaman silam : Mereka telah menjadi tukang beri minum air kepada tentera Islam dan merawat luka mereka. Bahkan kadang-kadang mereka(wanita muslimah) turut mengangkat senjata di medan peperangan seperti mana yang telah dilakukan oleh Nusaibah Binti Ka’ab ketikamana dia sedang melindungi dan mempertahankan Rasulullah S.A.W. dalam peperangan Uhud."
-Petikan dari Fiqh Dakwah, As-Syeikh Mustafa Masyhur-

Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah yang merencanakan sesuatu.Dengan ini, saya adalah seorang isteri kepada suami, Mohd Saiful Ridzuan Bin Jasmin akan membantu dan memudahkan urusan dunianya agar kam sama-sama melangkah dengan hemat dan cermat ke arah syurga Allah dengan kutipan redha dan celupan rahmat dan rahim dariNya, In sya Allah.


Pedang Keadilan "Jika mentarbiah seorang lelaki, maka kita akan mendapat individu... manakala mentarbiah seorang wanita, In Sya Allah akan mendapat seluruh umatnya"
3 hours ago · Unlike · 1

Satu respon ringkas yang di balas oleh suami di bawah kenyataan status tersebut, membuatkan hati ini terus bersemangat dan ingin terus kuat mencari hikmat-hikmat yang tersurat dan tersirat.Biar di usia yang masih muda dan mentah ini, namun dengan rasa rendah hati saya akan melangkah menjadi isteri yang sejati , ibu yang solehah dan mithali buat generasi-generasi yang akan Allah beri nanti.In sya Allah.Saya akan tanggung dengan niat Lillahi Taala.

( gambar adalah saya dan suami tercinta )
.: Saidah Hafizah ^.^ Saiful Ridzuan :.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang